Assalamualaikum


Gadis Ini Kongsikan Angan-Angan Majlis Perkahwinan Yang Diidamkan Sejak Kecil Perlu Dilupakan |  Semua orang mempunyai angan-angan sejak kecil, betul? Tak salah nak angan-angan kerana angan-angan itu tak perlu dibayar. Tapi macam mana dengan angan-angan yang sejak kecil perlu dilupakan? Tak kecewa ke?

Aku seorang gadis yang hidup dalam angan-angan yang tak pernah henti. Walaupun hati sekeras kerikil, angan-angan itu wajib okay! Hahahahaa.. geli sangat bila ingat! Alaa.. normal benda tu okay. Tapi angan-angan perlu yang logik laa. Takkan aku nak pasang angan-angan beli banglo kalau gaji seribu sebulan. Hihihii..

Dulu masa aku kecil, aku pasang angan-angan aku nak mengadakan majlis perkahwinan aku yang gah! Nak wang hantaran RM14319.95 tau! Tarikh lahir punya pasal. Hahahahaa.. lepas tu nak barangan hantaran serba mewah. Lepas kahwin, nak terus duduk rumah sendiri tau, bukan sewa. Nak ada kereta mewah! Aku macam taknak rasa susah. Angan-angan tak salahkan?

Lepas aku berangan setinggi langit, aku sedar satu perkara apabila aku masuk alam pekerjaan. Tak semudah itu nak capai sesuatu benda. Aku struggle kumpul duit! Aku bekerja dan bila gaji masuk, gaji tu almost 70% ke arah komitmen bulanan sahaja. Kenapa komitmen terlampau banyak? Itu tanggungjawab aku.

Dan aku sangat susah nak saving sebab komitmen terlampau tinggi. Oleh kerana itu, aku focus kerja blog. Aku cari lubang lain untuk aku menabung. Aku perlu menabung untuk merealisasikan impian sejak kecil aku.

Sehingga aku jumpa partner aku, aku berkenalan dengan dia. Dia serius untuk menghalalkan hubungan nie. Aku nampak macam mana dia struggle kumpul duit. Kerja siang malam untuk cari duit kahwin. Dapat gaji, dia bagi untuk aku pegang setiap bulan sehingga cukup target duit hantaran tu. Seriously, aku appreciate penat lelah dia!

Baca: Nota Sekeping Hati Untuknya

Bila tengok semua tu, aku sedar! Kenapa aku idamkan perkahwinan yang serba mewah untuk sehari? Sedangkan duit yang aku invest untuk majlis sehari tu aku boleh berbelanja untuk selepas kahwin. Perkara-perkara sebegitu aku baru sedar lepas aku tengok dan rasai sendiri macam mana susahnya nak kumpul duit.


Terus aku tukar mood weyy! No more perkahwinan mewah okay. Cukup sekadar majlis yang simple tetapi bermakna untuk aku. Untuk apa aku habiskan duit yang banyak untuk puaskan hati orang sekeliling? Lebih baik aku guna duit itu untuk benda lain. Abaikan mulut makcik pakcik bawang!


Doakan semoga dipermudahkan segalanya. Aku coretkan disini agar menjadi kenangan untuk aku walaupun orang lain mencaci. Hashtag #roadtoRM10k kini menghiasi hari-hari aku!

1 Comments

  1. all the best eyqa, bagus ada kesedarn tu, at least nnt lepas kahwin ada umah nak duduk, ada duit nak beli keperluan baby nanti..ada ada masa sukar, ada back up plan. sehari berhabs adalah sangat merugikan.

    ReplyDelete