Resepi : Keropok Lekor Bakar

June 08, 2017

Assalamualaikum
Hari nie rajin update sikit sebab tengahari nanti aku tidur. Mengantuk mata hoyy! Masuk office kena check email lagi, social media official yang resort and semak apa-apa yang patut. Memang mengantuk mata nie mengalahkan orang tak tidur seminggu 😂

Okay, resepi hari nie ialah keropok lekor bakar. Dengar nama pun dah terbayang keropok lekor bakar tu kan? Jangan terbayang cendol bakar pulak. Keropok nie aku bakar betul. Bila fikir balik, nie kali kedua aku buat keropok bakar. Kali pertama masa ramadhan tahun 2014. Hahahahahaaa after three year, aku buat lagi.

Resipi Keropok Lekor Bakar by Eyqa Hasnan

Bahan-bahan

1. Keropok lekor
2. Minyak masak
3. Handphone

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas
2. Masukkan keropok lekor yang dah sudah dipotong ke dalam kuali
3. Main handphone sambil scroll newfeeds facebook, chatroom whatsapp group, scroll timeline twitter
4. Angkat keropok yang sudah rentung terbakar setelah puas bermain handphone
5. Hidangkan bersama-sama sos

Selamat Mencuba
Lihatlaa dunia! Inilaa hasil keropok lekor rentung terbakar 😂 Hahahahahaaa buat kerja tak pernah nak elok. Kononnya nak hidangkan untuk ayah bila dia balik solat terawih, sekali rentung. Eh ehh! Bagi yang nak mencuba, silakan. Nanti share hasilnya tau! 😋

You Might Also Like

6 comments

  1. haha! eyqa letak jugak dalam blog..nais la eyqa. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaaa nak ceriakan sikit blog nie.

      Delete
  2. hahha terus boleh update entri.. arini belum update lagi ni, tak tahu nk story ape.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaaa cari idea nak update tu susah. Eyqa pun tak update setiap hari. Time tak busy, bolehlaa update.

      Delete
  3. hahaha.. sayang dah tak boleh makan.. takde rezeki kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa a'ah miera. Rasa sayang gila tengok keropok tu :'(

      Delete