Assalamualaikum

Selepas sebulan berpuasa, umat Islam dah sambut bulan Syawal yang mulia nie. Sekejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah Ramadhan. Sahur puasa sahur puasa dah raya. Raya oii raya! Makan tak ingat dunia. Masa puasa turun 5kg, bila raya naik 15kg. Padan muka! Hahahahahahaa ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Jom spam gambar raya yang tak seberapa okay ๐Ÿ˜‡ Hello! Ini masa si tembam nie bergambar dan posing acah acah model plus size. Hahahahahaaa.. Kisah pulak aku orang nak kata apa pun. Nie masa untuk aku enjoy!

Ayah, ma dan satu-satunya anak yang masih bujang ๐Ÿ˜‚
Outfit of the day on 1st Syawal 1438H.

Outfit of the day for 2nd Syawal 1438H.

Outfit of the day for 3rd Syawal 1438H.

Maksu dan anak-anak saudara kesayangannya.
Maksu dan anak saudara kesayangannya.
Sahabat sejak kecil. Thank you tasya for coming..
Okay tu je laa.. Tak banyak update sebab busy. Sekarang letih sangat sebab hari nie buat open house. Alhamdulillah ramai yang datang. Aku busy bakar satay je. Nak bergambar pun tak sempat mana. Penat penat penat! Esok buat self-reward sikit. Nak layan wayang..
Assalamualaikum
Iklan raya paling sedih *bagi aku* pada tahun 2017 nie. Aku tengok iklan nie memang aku menangis weyy! Serious talk, korang patut tengok iklan. Aku tengok iklan nie, terbit rasa insaf dalam hati. Jarang tau aku menangis macam potong bawang seguni ๐Ÿ˜ญ

Tahniah Pelaburan Mara kerana mencipta idea iklan sebegini. Walaupun ada manusia tweet tweet kenapa buat iklan sedih sedangkan aidilfitri kita patut raikan dengan gembira. Iklan sebegini kadang-kadang insafkan kita.

Dalam iklan nie, kita dapat lihat bagaimana hubungan sesebuah keluarga itu. Sedihkan bila makcik pakcik tak ambil peduli tentang kita. Sanggup nak hantar ke rumah kebajikan sedangkan anak-anak kecil itu baru sahaja menjadi anak yatim piatu sekelip mata. Nasib baik masih ada yang ada hati. Sanggup jaga! Sedihnya! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Aku suruh HR tengok video nie semalam. Hari nie dia cakaplaa yang dia dah tengok video tu. Dia cerita kat aku sambil menangis weyy! Hati tisu betul mak buyung nie. Nak tergelak pun ada. Truly, video nie sangat menyentuh perasaan ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ 

❝ By the way, terima kasih iklan raya Tenaga Nasional Berhad kerana hiburkan hati aku dengan gelagat Aida tu ๐Ÿคฃ ❞
Assalamualaikum
Raya dah dekat tapi baju raya tak jadi. Apa perasaan kau kalau kena macam tu? ๐Ÿ˜ญ Aku punya kecewa tu jangan cakap laa. Aku punya angan-angan nak bergaya di hari raya bukan main tinggi lagi. Sekali baju kau hancur weyy! Hati aku? Hancur jugak!

Ceritanya bila baju aku siap, aku tak ada rasa nak try baju tu. Yelaa mana tahu tiba-tiba baju tu terbesar ke, terkecil ke apa kan. Tapi langsung tak ada rasa nak try baju tu. Selepas seminggu baju tu siap, baru laa terbuka hati nie nak try baju raya tu.

Huwarrggghhhhh! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Apa nak buat nie? Apa nak buat? Baju raya yang aku tempah baju kurung moden berkain jenis A-Line tapi kain tu jadi kembang serupa gaun. Apa kau rasa weyy? Apa kau rasa?! Menangis melalak aku tepi katil masa tu.

Boleh dikatakan baju tu jadi sangat buruk! Tak sesuai langsung dipanggil sebagai baju raya. Aku tak buat apa dah. Terus aku simpan baju raya tak jadi tu plastik dan campak dalam almari. Taknak tengok! Mood raya aku dah capai 95% merundum ke 5% je. 90% tu dah hilang bersama-sama baju buruk tu!

Menangis aku whatsapp Kak Ida cerita yang baju raya adiknya nie hancur. Siap hantar gambar lagi! Kakak ipar aku pun terkejut tengok baju aku. Tahu laa aku nie besar tapi janganlaa over sangat jahitkan baju aku tu ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ 

Terus suruh Kak Ida balik tunggu sebab nak ajak teman pilihan baju raya baru kat kedai. Bila Kak Ida balik je, terus aku pergi beli. Habiskan gaji macam tu. Sehelai pun RM200 weyy! Kering kejap gaji aku. Tak apa, demi raya! Bila dah beli dan try baju baru, mood raya aku over tau! Meningkat terus 200%! Hahahahahahaaaa tak sabar nak raya ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Checklist:-
✔  Baju Raya [Baju Kurung, Jubah, Blouse, Seluar]
✔  Kasut Raya [Sandal, Selipar]
✔  Shawl Raya [Maroon, Mustard and coming soon *ada lagi tak beli*]
✔  Tukar Duit Raya [RM1, RM5]
✔  Handbag Raya [Ini pilihan ma]
✔  Henna Raya [Baru pakai di jari. Lukis belum]
ใ„จ Bakal Suami [Belum berjumpa jodoh lagi]
Assalamualaikum
Selepas update entry Rumah Sewa Puaka, gigihlaa aku nak story lagi satu cerita yang baru lagi aku terkena sebelum Ramadhan. Dalam awal bulan Mei aku terkena benda. Ya Allah, kenapa aku insan terpilih yang tidak bertuah untuk itu? ๐Ÿ˜ญ

Kali nie benda nie memang buat aku takut meremang habis weyy! Gila tak meremang kalau kena benda macam tu walaupun hanya dengar sahaja. Kalau aku tegur hari tu, taktahu laa apa yang akan terjadi. Nasib baik hari tu mulut aku nie dapat cover sebaik mungkin. Biasanya mulut aku berpuaka jugak suka tegur.

Kisahnya macam nie, pada hari Rabu bulan Mei tu, aku pergi rumah nenek aku untuk hantar periuk dan lemang. Aku, ayah dan dua orang anak saudara aku je yang pergi. Bila sampai rumah nenek, aku turun sensorang je sebab nak cepat. Bayangkan masa aku sampai rumah nenek petang hari sekitar pukul 6 petang tu, grill pintu terkunci tapi pintu rumah terbuka.

Aku pun assume laa maklong aku tinggal nenek yang sensorang kat rumah sebab nenek aku nie sakit. Katil nenek diruang tamu di tepi pintu utama rumah tu. Kiranya katil nenek nie belakang pintu bila pintu rumah dibuka. Tepi katil nenek tu ada tingkap yang menghadap beranda rumah.

Aku nie masa sampai intai-intai je laa dalam rumah sambil bagi salam. Bila tengok sunyi je, aku letak periuk dan lemang atas kerusi tepi pintu luar tu. Masa aku letak periuk, aku dengar suara nenek menangis mendayu-dayu je kat tepi tingkap katil dia. Sangat mendayu weyy! Aku pun terdetik dalam hati taknak tegur sebab nanti nenek suruh aku teman dia sampai maklong balik. Hahahahahahaa cucu derhaka betul ๐Ÿ˜…

Aku pun terus blah sebab malas nenek tahu aku datang. Masa tu tak ada apa-apa yang berlaku pun. Selepas seminggu, aku pun pergi rumah maksu sebab nak ambil bubur pulut hitam. Bila sampai rumah maksu, maksu ajak aku borak-borak sebab dah lama aku pergi rumah dia sejak aku kerja. Busy je memanjang ๐Ÿ˜‡

Entah macam mana, aku cerita pasal dengar nenek menangis dan aku blah sebab taknak nenek tahu yang aku datang. Terus maksu aku terkejut! Maksu cakap nenek mana ada kat rumah hari tu. Nenek pergi rumah nenek saudara aku. Malam baru nenek rumah. Rumah tu memang kosong masa tu sebab tu maklong kunci macam tu je rumah.

What?! Siapa yang menangis weyy? Selepas maksu aku cakap macam tu, automatik aku meremang teruk. Sampai aku tak bagi ma ayah tinggal aku sensorang kat rumah ๐Ÿ˜… Sebab aku dengar sebijik suara nenek aku menangis mendayu-dayu tepi tingkap. Balik rumah terus aku cerita ma ayah. Dorang ingat aku tahu nenek tak ada kat rumah tapi dorang taktahu yang aku dengar suara nenek tu.

Terus rasa serik jadi cucu derhaka. Hahahahahahaaa baru sekejap niat taknak layan nenek, terus dengar suara nenek menangis macam tu. Nasib baik sekarang dah bulan Ramadhan, tak ada laa takut sangat ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“
Assalamualaikum
Maybe ada yang pernah baca dan mungkin tak baca entry aku update tahun lepas berkenaan Hantu Atau Ilusi. Alaa kisah rumah sewa aku masa zaman belajar ๐Ÿ˜‘ Hari baru teringat nak update lagi pasal rumah sewa tu walaupun dah berbulan-bulan aku habis belajar ๐Ÿ˜‰

Selepas aku dengan housemates di "usik" oleh benda tak berapa nak bertuah tu. Kami sekali lagi diusik pada siang hari okay! Masa tu waktu lunch dan kami makan kat ruang tamu sambil borak-borak. Tetiba aku tercerita kisah hantu serata Malaysia nie laa. Aku kan pembaca tegar Fiksyen Shasha.

Bayangkan masa tu pintu bilik L1 dan L2 memang tertutup tapi secara tiba tiba pintu bilik tu macam dihempas dengan kuat. Gedegang! Kami semua terus pandang sesama sendiri dan pandang kedua-dua pintu bilik tu. Aikk! Pintu memang tertutup tapi kenapa bunyi? ๐Ÿ˜“

Lepas bunyi yang pertama, aku sambung bercerita lagi *dasar degil*. Tak sampai lima minit, sekali lagi pintu kedengaran dihempas dengan kuat. Weyy! Pintu tu memang tertutup kot ๐Ÿ˜ญ Apa nie main pintu siang hari? Kau ingat kami semua nie Ahmad Albab ke? ๐Ÿ˜ž

Pernah jugak time maghrib, aku tengah siap bahan-bahan nak masak kat dapur. Aku sensorang je kat dapur sambil potong bawang dan housemates tengah layan cerita Tundukkan Playboy Itu. Kaki aku tak reti duduk diam. Sambil potong bawang, aku letak kaki aku atas kekuda kabinet bawah. Entah tiba-tiba ada tangan dari kabinet dalam sentuh kaki aku. Menjerit weyy time maghrib!

Tangan siapa? Takkan housemates aku cerdik pandai nak duduk dalam kabinet yang super gelap, panas dan bersepah tu. Memang rasa macam taubat je taknak letak dah kaki kat situ ๐Ÿ˜ญ Sampai sekarang macam dapat rasa lagi "tangan" yang sentuh kaki aku tu.

Sejujurnya, memang rumah sewa tu berpuaka. Masa aku semester akhir lagi beberapa nak habis, jiran depan dah lari dari rumah sebab kena usik teruk sangat. Tapi bukan rumah je berpuaka, penghuni rumah-rumah sewa dalam pagar tu semua berpuaka. Gelak tak ingat tak kira waktu ๐Ÿ˜š Hahahahahaa dah habis dah pasal rumah sewa. Nextime aku story lagi pasal satu lagi kena usik waktu petang.
Assalamualaikum
Hari nie rajin update sikit sebab tengahari nanti aku tidur. Mengantuk mata hoyy! Masuk office kena check email lagi, social media official yang resort and semak apa-apa yang patut. Memang mengantuk mata nie mengalahkan orang tak tidur seminggu ๐Ÿ˜‚

Okay, resepi hari nie ialah keropok lekor bakar. Dengar nama pun dah terbayang keropok lekor bakar tu kan? Jangan terbayang cendol bakar pulak. Keropok nie aku bakar betul. Bila fikir balik, nie kali kedua aku buat keropok bakar. Kali pertama masa ramadhan tahun 2014. Hahahahahaaa after three year, aku buat lagi.

Resepi Keropok Lekor Bakar by Eyqa Hasnan

Bahan-bahan

1. Keropok lekor
2. Minyak masak
3. Handphone

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas
2. Masukkan keropok lekor yang dah sudah dipotong ke dalam kuali
3. Main handphone sambil scroll newfeeds facebook, chatroom whatsapp group, scroll timeline twitter
4. Angkat keropok yang sudah rentung terbakar setelah puas bermain handphone
5. Hidangkan bersama-sama sos

Selamat Mencuba
Lihatlaa dunia! Inilaa hasil keropok lekor rentung terbakar ๐Ÿ˜‚ Hahahahahaaa buat kerja tak pernah nak elok. Kononnya nak hidangkan untuk ayah bila dia balik solat terawih, sekali rentung. Eh ehh! Bagi yang nak mencuba, silakan. Nanti share hasilnya tau! ๐Ÿ˜‹
Assalamualaikum
Pernah dengar " tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima " dan " tangan di atas beli baik daripada tangan yang berada di bawah "? Haaa amaran! Entry nie tidak ada bermaksud riak atau takbur ya. Kang ada yang salah anggap, aku cepuk kang!

Aku selalu dengar ayat tu. Sedekah sedekah sedekah.. Aku nie punya laa kedekut nak bersedekah dulu. Bagi aku, duit aku akan habis kalau bersedekah nanti. Tak cukup nak beli apa-apa kalau bersedekah. Jahilnya aku! ๐Ÿ˜ญ

Sampai laa satu masa tu, Allah swt bukakan mata aku tentang sedekah. Masa tu aku baru habis belajar dan tengah cari kerja. Dah hantar resume kat banyak tempat. Selalu berdoa agar dapat kerja. Ada hari tu, aku tengah makan tengahari kat dapur. Datanglaa kucing mengiau depan pintu dapur. Entah kenapa aku rajin nak bagi kucing tu makan sedangkan sebelum nie aku malas. Huhuhuu ๐Ÿ˜‘

Masa aku hulur kucing tu makan, aku bercakap dengan kucing. Serius weyy! Aku cakap nie kat kucing tu " Doakan aku dapat kerja ya ". Mungkin Allah swt menghantar kucing nie untuk uji aku sama ada aku akan bersedekah atau tak. Start hari tu, aku selalu cakap macam tu kalau kucing tu datang minta makanan.

Ditakdirkan aku dapat panggilan interview dan dapat kerja. Aku percaya tu kerja Allah swt. Aku dapat kerana aku bersedekah dan membantu insan lain walaupun binatang. Doa seekor kucing! Percayalah.

Nie bila aku dah kerja, aku rasa gaji aku tak cukup. Yelaa, gaji kecil je tapi bayar kereta, ptptn and more, habislaa. Kadang-kadang sampai taktahu aku spend duit aku kat mana je. Sekali lagi aku diuji! Aku selalu terserempak dengan orang-orang mintak sedekah. Aku ajar diri aku untuk bersedekah. Ajar diri aku biar tangan aku berada diatas.

Alhamdulillah, dengan perlahan-lahan aku rasa gaji aku cukup. Walaupun dah banyak aku berbelanja, gaji aku masih cukup aku survives sampai next gaji. Tengok! Jangan kedekut. Takkan papa/muflis seseorang itu kalau bersedekah. Terima kasih ya Allah kerana sedarkan aku.