Assalamualaikum


Broken link, pernah dengar? Semua link itu harus menuju pada tempat yang betul dan jangan sampai ada link yang mengarah pada halaman yang page not found atau 404 page not found. Page not found itu adalah halaman yang tidak ada halamannya.

Broken link berasal dari kata broken dan link, broken ertinya pecah, mati dan link ertinya tautan, link. Jadi, broken link itu adalah link yang mati. Jika di klik maka akan menemukan halaman yang tertera page not found.

Broken link juga dianggap sebagai link web atau url yang tidak terjangkau. Atau menurut bahasa umumnya adalah link yang rosak atau url dalam web atau blog anda yang tidak berfungsi. Banyak di antara anda yang mungkin tidak mempedulikan hal seperti ini sama ada sedar atau tidak.

Apa keuntungan broken link?

Kadang kala broken link itu mampu buatkan pengunjung lain masuk ke dalam blog kita dengan broken link itu. Kadang kala okay!

Apa kerugian broken link?

  • Pengunjung akan merasa kecewa ketika halaman yang dituju tidak ditemui. Kemungkinan mereka akan pergi dan tidak akan kembali lagi ke blog anda.
  • Jika anda sebagai seorang penjual, sebagian besar pelanggan online menganggap hyperlink rosak sama halnya menipu dan terkesan ada rasa tidak hormat pemilik website kepada pengunjung. Hal ini akan merosak reputasi anda secara peniaga online.
  • Yang lebih parahnya lagi, Search Engine Optimization (SEO) ( Google, Yahoo, Bing, dll ) akan memberikan nilai negatif untuk website/blog anda. Mereka menganggap anda tidak profesional dalam membangun blog atau website.
Mengapa ada broken link?
Seperti yang telah dijelaskan diatas, broken link adalah link yang mati atau link yang tidak valid. Jadi, kemungkinan penyebab adanya broken link ini adalah:
  • URL yang dituju sudah berubah atau telah diganti
  • URL yang dituju sudah dihapus.
Bagaimana cara mengetahui adanya broken link?


  1. Masuk ke http://www.brokenlinkcheck.com/
  2. Masukkan alamat blog yang ingin di semak pada kotak yang tersedia, kemudian klik FIND BROKEN LINKS
  3. Tunggu hingga proses semakkan selesai
  4. Broken link pada blog anda akan terpapar. Jika tidak ada, maka blog anda bebas dari broke link
  5. Jika ada, perbaikilah satu-satu
Apa broken link boleh diperbaiki?

Kebiasaannya boleh diperbaiki dengan menggunakan google webmaster tool dan http://www.brokenlinkcheck.com/. Proses perbaiki memang agak sukar, jadi perbaikilah satu persatu.

NOTE!
Broken link aku terdapat pada comments dan backlink. So, cara aku sendiri ialah aku delete comment reader itu dan aku remove backlink. Mata kena tajam sikit untuk tengok list broken link tu. Entry mana yang ada broken link. So, selamat mencuba semua! Harap dapat membantu walaupun sedikit.
Assalamualaikum


Betul bahawa banyak diluar sana yang bernikah dengan niat yang salah. Sedangkan nikah adalah untuk seumur hidup. Bukan hanya untuk satu atau dua hari saja. Jika niatnya sudah salah, kuatkah kita menjalani pernikahan itu?

Ada tiga hal penting yang wajib dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk melayari dalam bahtera rumahtangga dan sebelum ijab kabulkan iaitu niat untuk bernikah haruslah benar, harus kerana Allah swt dan bukan kerana tiga hal ini seperti " Menikah kerana cemburu melihat kawan-kawan sudah bernikah ", " Menikah kerana sudah bosan dengan pertanyaan wajib apabila tiba waktu berkumpul "Bila nak makan nasi minyak nie?". " Menikah kerana kamu merasa selepas menikahi seseorang, masalah akan tentang pernikahan akan selesai ".

Percayalah, jika niat asal adalah salah satu yang ada diatas itu, maka kebahagiaan pernikahan tak akan pernah kamu dapatkan. Kita semua setuju bernikah adalah salah satu pembuka rezeki terhebat dan layaknya menyempurnakan separuh agama. Namun apakah kamu yakin bahwa pernikahan nanti akan membawa mu lebih dekat dengan Allah swt?

Menikahi seseorang seharusnya mampu membuat pasangan menjadi lebih soleh dan soleha. Lebih baik dari segala hal.  Bukannya malah merosakkan segalanya. Jadi, jangan tergesa-gesa bernikah jika masih ada niat tak baik dalam hati dan fikiran. Betulkan niat, pilihlah pasangan yang tepat dan satukan visi dan misi dalam menjalani rumahtangga.

Memang benar, menyegerakan bernikah bagi orang yang sudah mampu menjalani kehidupan rumahtangga adalah suatu perbuatan yang baik. Menyegerakan disini tak bererti harus terburu-buru. Buat apa bernikah tetapi tak ada manfaatnya di dunia dan akhirat dan akhirnya terjadi perceraian. Kalau terjadi penceraian, siapa yang rugi?

Ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki, nasib, untung, rugi semua sudah di tulis Allah dalam Luh Mahfuz. Walaupun pahit diterima, namun Allah Maha Mengetahui segala. Pilih pasangan yang mampu membawa kita untuk terus berada di jalan Allah swt. Supaya nanti kita dipertemukan dalam syurgaNya yang agung. Aminnn..

Assalamualaikum


Semalam terbaca status kenalan di facebook berkenaan crunchy caramel. Aku nie pantang tengok makanan sebab sejenis suka mengunyah dan ternak lemak setiap masa 🤣 Maka, gigih aku pergi beli bahan-bahan semata-mata nak buat crunchy caramel. Rupa tidaklah sebegitu cantik tapi rasa tu sedap!



Crunchy caramel nie mudah untuk disediakan. Orang yang malas nak baking yang renyah-renyah confirm suka buat crunchy caramel nie. Nahhh! Aku kongsikan resepi semudah satu dua tiga.

Bahan-bahan
1. 200g tepung floretine
2. 120g kepingan baham **
3. 70g kuaci hijau (Pumpkin Seed) **
4. 70g kuaci putih (Sunflower Seed) **
5. 15g bijan hitam

Cara-cara
1. Bakar bahan bertanda selama 5 minit dengan suhu 170°c
2. Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas dan gaulkan perlahan-lahan
3. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telah dilapik dengan parchment paper
4. Masukkan bahan-bahan tadi dan ratakan (Jangan tebal macam kuih talam. Secara nipis sahaja)
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 170°c selama 10 minit atau sehingga bertukar kepada warna golden
6. Keluarkan dengan pantas dari oven; potongkan dan keluarkan dari loyang
7. Sejukkan dan segera simpan ke dalam bekas kedap udara
Assalamualaikum


Sekali tajuk kauuuuu! Kemain tau 😂 Mood rajin memasak datang menyerang, maka pelbagai resepi aku google. Dari kek sampailah ayam asalkan kaedahnya guna oven. Hahahahahaa.. Disebabkan ayah belikan oven dan mixer baru, gigih aku buat kek marble petang semalam tetapi disebabkan kek aku tak cantik kejadiaannya, aku buang 😭 Aku ubatkan hati yang lara nie dengan masak ayam bakar oven berasap. Kenapa oven berasap? Sebab bau ayam yang sedap tu.

Bahan-bahan
1. Seekor ayam yang bersih dipotong dan dicuci
2. 10 ulas bawang putih (Boleh lebihkan kalau suka)**
3. 6 cili padi**
4. 2 inci halia **
5. 2 sudu besar lada hitam**
6. 3 sudu besar madu
7. 2 sudu besar sos tiram
8. 3 sudu besar kicap manis
9. 2 sudu besar sos blackpepper *Optional

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda
2. Masukkan bahan-bahan siap ditumbuk bersama madu, sos tiram, kicap manis dan sos blackpepper ke dalam bekas dan masukkan ayam, gaul sehingga sebati.
3. Perapkan ayam bersama bahan-bahan itu sekurang-kurangnya setengah jam.
4. Susun ayam di atas dulang oven yang telah dilapik dengan aluminium foil.
5. Panas oven dengan suhu 230°c selama 10minit.
6. Bakar dengan suhu 230°c selama 30minit. Selepas 30minit, balikkan ayam dan curahkan sos perapan ayam tadi diatasnya dan masak lagi 15minit.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan! Selamat mencuba.


Assalamualaikum


Disebabkan busy dan penat dengan kerja, muka tak terjaga. Jerawat bermaharajalela diwajahku. Oh tidakkk! Stress tengok muka sendiri. Jerawat sana sini, lepas tu aku picit sampai berparut hitam. Hahahahaa.. Padan muka! Muka jadi berparut hitam 😑

Bila dah jadi parut nie, aku nie asyik tenung muka kat cermin. Bila zoom in zoom out ala-ala sinetron Indonesia, nahhhh! Terjumpa sekelompok blackhead dan whitehead bahagian t-zone. Makin stress aku dan mula lah adegan google sana sini cari petua. Maklumlah, dah berparut teruk muka nie. Takkan aku nak tambah dengan benda-benda macam tu.

Akhirnya! Aku jumpa satu petua mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ada kat dapur tu je. Korang pun boleh je ikut langkah mudah dan berkesan nie. Harap dapat membantu untuk hilangkan blackhead dan whitehead pada muka korang juga.

Bahan-Bahan
1. Soda Bikarbonat
2. Limau Nipis

Langkah-Langkah
1. Sediakan tiga sudu kecil soda bikarbonat dalam bekas
2. Cuci muka dengan bersih dan wapkan dengan air suam
3. Perahkan limau dalam bekas yang terisi soda bikarbonat tersebut
4. Sebatikan dan sapu di wajah
5. Biarkan sehingga kering
6. Setelah kering, gosok perlahan-lahan dan cuci dengan air bersih


Dah siap! Memang cun melecun je lepas tu sebab kulit jadi halus mulus dan blackhead tu semua hilang! Sukanya pegang kulit sendiri. Sikit lagi nak mulus macam baby. Hihihihiii..
Assalamualaikum


Selepas terbaca artikel Cikgu Azizan Dibebaskan, aku terdetik dalam hati nak berkongsi suka duka aku sepanjang menjadi seorang anak bongsu yang ibunya macam garang macam harimau dan seorang pelajar. Sejujurnya, aku tabik pada semua guru di dunia ini. Tanpa mereka, tak sepatutnya wujud pepatah bagai lilin menbakar dirinya.

Dulu semasa aku lima tahun pada tahun 2000, aku seorang pelajar yang tak aktif. Maksudnya aku pergi sekolah tapi tak pandai bergaul. Aku hanya berkawan dengan anak-anak jiran. Tetapi cikgu di tadika sana cuba untuk tarik perhatian aku. Biar aku aktif dan pandai bergaul. Dulu aku bijak, nombor satu dalam kelas. Hihihihiii...

Tapi kesan cikgu tadika tarik perhatian aku untuk bergaul tu, membawa bencana kejap. Hahahahaa.. Masa aku dah masuk tahun satu, aku nie terlalu aktif. Duduk kelas pertama, meja paling depan tapi tahu aku buat apa? Aku usik budak kelas aku yang pendiam sampai menangis, aku menyorok dalam longkang besar masa waktu pendidikan jasmani. Ada budak tahun satu perempuan turun dalam longkang besar masa tahun tu? Tak ada.. Aku je. Nakal macam apa je. Tapi masa aku tahun tu kan, subjek Bahasa Inggeris paling budak budak takut sedangkan aku excited. Kalau exam, subjek ini wajib 90% dan ke atas. Pernah aku dapat 88%, penampar aku dapat. Cikgu kasi weyy! Lepas kena lempang, markah aku memang 95% dan ke atas. Rindunya teacher Selvi!

Masa aku nak masuk tahun dua, aku turun kelas. Masuk kelas nombor dua. Mak aku punya marah, dia tak datang daftar sekolah aku. Kakak aku wakilkan 😅 Alasannya, malas nak ambil tahu sebab anak bongsu dia dah nakal. Elok-elok duduk kelas nombor satu, turun kelas nombor dua. Tapi masa tahun dua, nakal aku makin menjadi-jadi. Aku buli budak lelaki sampai budak nie serik duduk sebelah aku. Maafkan aku Syafiq! Hahahahaa..

Tapi tahun dua tu jugak buku aku kena campak luar kelas. Sebab kerja sekolah tak siap dan orang lain dah hantar sebab ustazah nak kutip. Aku dengan kawan aku tak hantar tapi kami tidur tandatangan cikgu tu. Alaaa, tandatangan huruf YA dalam jawi je. Mudah! Hahahahaaa.. Kawan aku siapa? Budak yang usik sampai menangis masa tahun satu tu. Hahahahaa weyy sampai sekarang budak tu ting tong masuk air selepas berkawan dengan aku 😂

Masa tahun tiga tu aku ingat lagi. Masa subjek matematik. Cikgu suruh hafal sifir dan make sure boleh sebut dengan jelas bila cikgu tanya. Tak boleh gagap atau teragak-agak. Aku hanya tergagap, terus kena berdiri luar kelas atas kerusi. Masa tahun lima, aku tak bawa buku ke sekolah. Sama kena denda berdiri atas kerusi luar kelas. Aku buat tanpa bantahan. Tahun lima juga aku kena rotan 25 kali di telapak tangan sebab tak dapat markah 80%. Aku hanya dapat 65%. Tapi sepanjang aku kena denda, tak pernah aku mengadu. Aku sedar itu salah dan silap aku.

Tapi itu laa, ingatkan insaf selepas asyik kena denda. Perangai aku bawa sampai ke sekolah menengah tapi masa sekolah menengah perangai aku macam Firaun sikit. Hahahahaa.. Ya ampun! Nakal gila masa tu. Tapi tak ada laa macam Israel sangat perangai tu. Hahahahaa.. Ehh dah sambung belajar kat IPTA pun still ada perangai Firaun tu. Kalau tak, takkan pensyarah boleh koyakkan kertas aku. Hahahahaa.. Perangai tak berubah!

Betul, aku selalu kena denda. Dari kecil sampai lah besar. Sebab? Perangai aku yang sedikit nakal je. Kalau cikgu rotan aku, aku memang tak mengadu. Pernah aku mengadu bagitahu mak ayah aku, tapi dorang hanya cakap " Dah buat salah, memang kena rotan ". Setiap tahun sejak aku mula-mula aku masuk tadika sampai habis sekolah menengah, mak aku mesti jumpa cikgu aku dan pesan " Kalau Syafiqa salah, rotan je. Saya tak marah ". Dan setiap kali ambil report kad, mak aku memang akan datang untuk bagi pesanan supaya cikgu rotan kalau aku buat salah.

Sebab pesanan penaja mak aku itu lah, aku jadi manusia sekarang. Kalau tak, mungkin manusia tapi perangai tu tak elok. Mak aku jaga anak-anak dia dengan tegas. Setiap hari akan lalu depan sekolah anak-anak untuk pastikan tak ada muka anak-anak dia lompat pagar. Walaupun tegas dan kadang-kadang anak-anak rasa seperti pesalah, ia amat berguna.

Aku tak faham apabila ada segelintir ibu bapa buat laporan polis disebabkan anak-anaknya dirotan guru. Dia taktahu apa masalah anak-anaknya di sekolah, terus buat laporan polis sedangkan anak-anaknya yang bersalah. Kenapa? Nampak perbezaan cara didikan ibu bapa dulu dan sekarang.
Assalamualaikum


Sebagai yang menjaga penampilan dan kecantikan, sunblock adalah sesuatu yang sangat penting untuk digunakan setiap hari. Sunblock mampu membantu untuk melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari yang berbahaya selain daripada mengurangkan risiko masalah kulit. Di pasaran sekarang banyak sunblock yang dijual dengan kepelbagaian jumlah SPF tetapi sesuaikah dengan kulit wajah kita?

Jom sama-sama ikuti ilmu kecantikan yang ditelah dikongsikan oleh Doktor Erna Nadia.

Apakah SPF?
SPF adalah singkatan untuk sun protection factor. Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?
Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.

Kalau kita tengok produk-produk sunblock ada tulis SPF15, SPF30, SPF50. Yang mana yang sesuai dengan kita?
Jom, belajar dahulu apa itu SPF. SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Contoh pengiraannya adalah:
1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita.
Kita ambil contoh SPF15. Kita perlu tolak satu dari nilai SPF itu. Misalnya; 

SPT15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran UV. Jika SPF30, 96%.

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran UV. Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit. Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit. Kulit sawo matang 20 minit. Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan SPF15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15x10 minit=150 minit untuk bertahan. Untuk kulit sawo matang, 15x20 minit= 300 minit untuk bertahan.

Selain dari nilai SPF, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B. UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn). Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA dan UVB juga.

Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja? PA itu adalah kiraan untuk UV A. +++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock. Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UV B.

Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sunblock yang sesuai dengan anda? Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), SPF15 sudah mencukupi. Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukan SPF50.

Beza pada SPF cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama. Jadi,tak perlu SPF yang tinggi. Jangan rosakkan kulit dengan SPF yang tinggi jika tidak perlu. Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air. Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria 'water-proof'.


Okay, tips untuk memakai sunblock saya senaraikan di dalam gambar. Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunblock adalah:

1. SPF yang sesuai dengan jenis kulit dan aktiviti kita
2. Mempunyai UV A dan UV B
3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita (spray/ gel/ krim)

Akhir sekali, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita. Seperti biasa air kosong boleh membantu kulit kita untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
Assalamualaikum


Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan. Mungkin sukar untuk percaya, namun ilmu astrologi mengajar yang waktu lahir bayi memang memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak. Mari lihat penjelasan lengkap dari kami untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.

Waktu lahir bayi jam 5-7 pagi: Waktu Subuh
Anak yang lahir di waktu ini adalah anak yang sangat lembut, dia suka kebersihan dan juga suka berpakaian rapi. Anak yang lahir pada waktu subuh sangat peramah, dan bersikap rendah diri. Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh sangat sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.

Waktu bayi lahir jam 7-9 pagi: Waktu Pagi
Karakter bayi yang lahir di waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan sedikit kurang sabar juga keras hati. Namun demikian, dia juga memiliki komitmen kuat, bersifat jujur, harga diri tinggi yang membuatnya boleh mencapai masa depan cerah berkat usahanya sendiri.

Waktu lahir anak jam  9-11 pagi: Waktu Pagi
Bayi yang lahir di waktu awal tengahari akan membesar sebagai seorang yang mementingkan penampilan. Dia juga memiliki sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan. Dia menyukai persaingan, dan sangat gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga seorang yang suka merancang secara bijak. 

Waktu bayi lahir jam 11 pagi: Waktu Pagi
Jam sebelas pagi adalah masa kelahiran para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia juga seorang pengembara dan bersikap murah hati. Anak ini juga memiliki banyak ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya akan membuatnya menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.

Waktu lahir anak jam 12 – 1 petang: Waktu Tengahari
Anak yang lahir di waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya adalah anak yang aktif dan energetik. Dia penuh rasa ingin tahu dan suka bermain. Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang tinggi memiliki kemampuan mengajar yang bagus. Dia akan menjadi orang yang bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Dia juga akan mudah bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.

Bayi yang lahir pada pukul 2-5 petang: Waktu Petang
Anak yang lahir pada jam ini bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga sering kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir. Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang. Dia membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.

Waktu bayi lahir jam 5-7 malam: Waktu Menjelang Maghrib
Anak yang lahir di waktu ini memiliki keperibadian terbuka, namun juga kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Meski demikian, dia akan membesar menjadi seorang yang bijaksana, pintar, berani melakukan hal yang benar, perancang yang baik, dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar. Anak ini juga memiliki kemampuan beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai. Selain itu, dia mudah menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.

Waktu anak lahir jam 7-8 malam: Waktu Maghrib
Bayi lahir waktu magrib sehingga Isyak akan membesar menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia akan selalu tulus membantu orang lain. Dia juga memiliki pembawaan diri yang ceria dan menerima apa saja dalam hidupnya. 

Waktu lahir anak jam 8-12 malam: Waktu Malam 
Anak yang lahir di waktu malam memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini boleh dilihat sejak usia muda.

  • 8 – 10 malam: Anak akan suka membantu orang lain dan bertemu kebahagiaan dalam berbuat kebaikan. Sayangnya, dia akan menjadi seorang yang perfectionist dan benci melakukan kesalahan.
  • 10 – 12 malam: Bayi yang lahir pada waktu ini membesar menjadi anak periang. Dia sangat menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.
Waktu bayi lahir 12 malam–4 pagi: Waktu Tengahmalam Menjelang Pagi 
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif.

  • 12 – 2 pagi: Bayi yang lahir ketika ini cenderung memiliki kepercayaan diri tinggi dan berasa senang berkawan. Mereka juga suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik. Keluarga adalah hal utama bagi mereka yang lahir di tengah malam. 
  • 2 – 4 pagi: Anak yang lahir di waktu awal pagi sehingga menjelang subuh akan membesar menjadi seorang yang mahir berkomunikasi. Dia juga penuh rasa ingin tahu. Peluangnya untuk berjaya dalam karier sangatlah besar. Dia selalu berusaha keras dan teguh menjaga harga diri.
Semua ramalan di atas adalah berdasarkan ilmu astrologi. Sama ada benar atau tidak, terpulanglah pada diri untuk percaya atau sebaliknya. Paling tidak, ia boleh menjadi panduan karakter yang harus ada pada diri setiap anak itu. Yang pastinya, jam berapa pun anak anda lahir, dia akan membesar dan mempunyai peribadi yang luar biasa jika betul cara didikan kita.


Assalamualaikum


Seringkali wanita membelanjakan gaji bulanannya hanya untuk sepasang kasut Charles & Keith yang sudah lama diidamkannya. Belum lagi hasrat berbelanja yang membuak-buak ketika melewati rak penuh dengan pakaian berjenama yang menarik.

Apakah anda termasuk dalam kalangan wanita yang tidak dapat menahan hasrat berbelanja tersebut? Tentunya gaji sebesar manapun tidak akan cukup untuk memenuhinya. Terdapat beberapa cara mengendalikan gaji bulanan anda agar tidak cepat tiris:
1. Gunakan Kaedah yang Tepat

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk mengendalikan wang gaji anda, salah satunya adalah membuat anggaran bulanan yang sesuai dengan kemasukan dan perbelanjaan wang anda. Buatlah kaedah yang sesuai dengan keperibadian dan gaya hidup anda. Seboleh mungkin asingkan 10% wang gaji anda untuk disimpan.

2. Utamakan Keperluan Primer

Lihat  agihan bulan lalu untuk mengetahui apakah kemasukan wang anda dapat memenuhi perbelanjaan setiap bulan. Buatlah catatan keperluan yang harus dibayar seperti untuk sewa rumah, membeli makanan dan perbelanjaan sekolah anak.

Kurangkan juga pengeluaran wang untuk perkara yang tidak perlu seperti membeli pakaian baru setiap bulan dan makan di luar setiap minggu. Utamakan keperluan primer agar tidak terjadi pemborosan pada wang anda.

3. Agihan Pendapatan

Catatlah jumlah kemasukan wang agar anda dapat mengira berapa jumlah wang yang harus belanjakan untuk bulan berikutnya. Apakah anggaran anda sudah tepat dan dapat menutupi semua perbelanjaan? Jika tidak, cubalah tahan daripada berbelanja untuk perkara yang dirasakan tidak diperlukan. Gunakan 90% daripada wang gaji anda untuk memenuhi keperluan termasuk kegunaan peribadi manakala 10% lagi untuk disimpan.

Credit: Usahawan.com
Assalamualaikum

Lemak adalah sangat penting kepada badan kita. Namun sekiranya lemak di dalam badan kita melebihi tahap normal, ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Fungsi lemak kepada badan ialah:
  1. Membekalkan tenaga kepada bahan dalam keadaan kekurangan karbohidrat seperti semasa berpuasa atau kebuluran.
  2. Membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K di dalam usus.
  3. Sebagai simpanan tenaga.
  4. Membantu membentuk satu lapisan pelindung pada permukaan organ-organ badan.
  5. Membentuk lapisan penebat di bawah kulit untuk mengawal suhu badan kita pada paras normal dan mengelak diri kita daripada kesejukkan.
  6. Membantu dalam fungsi fisiologi saraf, kulit, rambut dan hormon.



Formula Kiraan

Formula ini mungkin tidak berapa tepat tetapi boleh dijadikan rujukan. Masa mengukur adalah di waktu pagi dengan perut kosong setelah tidur sekitar 8 jam.

Formula untuk kanak-kanak: Body Fat % = (1.51 x BMI) – (0.70 x Umur) – (3.6 x Jantina) + 1.4
Formula untuk orang dewasa: Body Fat % = (1.20 x BMI) + (0.23 x Umur) – (10.8 x Jantina) – 5.4

NOTA PENTING!
Jantina, Lelaki = 1, Perempuan = 0.
Assalamualaikum

Image result for whatsapp

Penggunaan WhatsApp sememangnya memudahkan komunikasi malah mampu melancarkan urusan kerja akan tetapi arahan majikan melalui aplikasi WhatsApp selepas waktu bekerja dikatakan memberi tekanan kepada pekerja.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, apabila urusan kerja masih berlaku menerusi aplikasi WhatsApps selepas waktu pejabat, ia merupakan satu tekanan kepada pekerja serta aplikasi itu tidak sesuai digunakan untuk urusan rasmi pejabat.

"Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya. Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan," tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika pekerja bekerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa tapi itu hanya terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Namun, apa yang menjadi dilema ialah arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain.

Sementara itu, pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.


Seorang kakitangan disebuah institut perniagaan di ibu negara berkata, sudah menjadi lumrah majikannya memberi arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media sosial.

Katanya, perkara tersebut menganggu emosinya apabila perlu memikirkan urusan kerja sewaktu dia bersama keluarga.

Selain itu, ia juga menimbulkan salah faham dalam kalangan ahli keluarganya kerana masa berkualiti dengan mereka sering diganggu.

Dia yang turut bersetuju sekiranya pihak sumber manusia memberikan garis panduan lebih jelas mengenai batas waktu urusan bekerja sejajar dengan perkembangan dengan teknologi semasa ataupun mempunyai insiatif khas serta elaun sekiranya ada perbincangan kerja di luar waktu bertugas.

Jelasnya, dia lebih suka jika ada budi bicara diantara majikan dan pekerja dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Credit to: Siakap Keli
Assalamualaikum

Siapa baca entry aku Cipta Hadiah Dengan Idea Tersendiri? Aku ada bagitahu yang aku nak beli cushion kan? Tapi aku hanya manusia biasa. Aku merancang tetapi Dia yang tentukan, gituuuuu! Hahahahaa.. Aku tak beli cushion pun! Nak tahu aku beli apa? Sehelai t-shirt cotton yang sangat selesa.

Aku nie mudah tergoda! Elok dah pilih cushion, tetiba ternampak t-shirt yang boleh tulis apa sahaja yang kita mahu. Aku pun apa lagi, terus excited! Gali idea dalam kepala, google some words yang sesuai dengan aku. Then, tadaaaaaaaaa! Unboxing!


Cantik tak? Aku sukakan konsep simple. Tak suka gambar sampai penuh. Cukup sekadar ayat yang kena dengan jiwa aku. Ramai yang cakap lawa dan sukakan material cotton tu. Memang serap peluh! Korang tak nak ke? Takkan asyik nak pakai t-shirt tertera PDI je 😂😂😂 Okay okay just joking.


Process untuk siapkan pesanan ialah 4hari - 9hari. Janganlah kau order macam-macam tapi kau expect benda tu boleh siap sehari. Tapi hasilnya sangat memuaskan. Tak percayalah? Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart. Memang tak rugi! Tunggu apa lagi? Jom jom tempah. Ada discount menanti anda semua. Process penghantaran pun cepat! Jangan lupa tempah okay!

Nak tempah lagi nie. Ada birthday kenalan tak lama lagi. Mungkin aku boleh pilih dan tempat melalui printcious. Lagi mudah kerja aku! Yeayy thank you printcious kerana mudahkan kerja orang selalu busy dan malas bersesak di kedai cenderahati.
Assalamualaikum

 

LENGGONG: Perjalanan enam sekeluarga dari Terengganu bercuti di Perak, berakhir tragedi apabila tiga terbunuh termasuk sepasang kembar, selepas kenderaan mereka dirempuh dari belakang oleh treler, ketika berhenti di persimpangan empat lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di sini, pagi tadi.

Dalam nahas jam 11 pagi di Jalan Kuala Kangsar-Gerik itu, pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail, 8 dan Nur Ain Hanifah serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, mati di tempat kejadian.

Manakala ibu bapa mereka, Ismail Yaacob, 53 dan Zarina Yong, 44, yang berasal dari Kampung Balai Besar, Dungun, Terengganu, cedera parah. Seorang lagi anak pasangan itu, Nur Ain Harizah, 13, yang duduk di belakang bersama adik kembar dan kakaknya, cedera ringan.

Selain kenderaan utiliti sukan, Honda HRV, dinaiki keluarga terbabit, treler muatan sisa ikan yang dipercayai mengalami masalah brek itu, turut merempuh tiga lagi kenderaan iaitu Nissan Grand Livina, Toyota Hilux dan Nissan Sentra, yang berhenti kerana isyarat lampu merah di situ.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Mat Isa, berkata selain enam beranak terbabit, dua lagi mangsa yang cedera berada dalam Nissan Grand Livina.

"Siasatan awal mendapati treler berkenaan dari arah Gerik ke Kuala Kangsar, dipercayai mempunyai masalah brek sebelum melanggar empat kenderaan itu yang berhenti di simpang empat MRSM Lenggong kerana isyarat lampu merah.

"Tiga mangsa yang terbunuh dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat, sementara siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Ismail berkata, keluarga terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Terengganu untuk bercuti di Kuala Kangsar.

Bila baca artikel tu, remuk hati aku! Taktahu nak ucapkan macam mana lagi. Sejujurnya aku tiada pertalian darah dengan mangsa-mangsa tetapi aku ada pertalian saudara iaitu cikgu dan anak murid. Ismail Bin Yaacob tu cikgu aku semasa aku sekolah rendah. Allahuakbar! Sedih tak terkata 😭

Cikgu Ismail nie pernah ajar aku. Dia sangat baik! Tak suka marah-marah. Selalu senyum je dan suka sangat bergurau. Aku ingat masa aku buat latihan bola tampar, dia ada tengok anak-anak murid main. Tangan aku ligat menaip entry nie, aku seperti terdengar deruman motor dia dulu. Terbayang-bayang senyuman dia 😭😭😭

Semoga cikgu Ismail Bin Yaacob dan isterinya, Zarina Yong cepat sembuh dari kritikal. Al-fatihah untuk anak-anaknya yang telah maut ditempat kejadian. Tiga orang anaknya telah pergi menemuiMu ya Allah tanpa sempat ayah dan ibunya melihat untuk kali terakhir 😭 Aku pun baca latest update melalui facebook anak cikgu Ismail. Simpati dengan mereka yang kehilangan adik-adik sekelip mata.


" Ya Allah, sembuhkan mereka. Permudahkanlah saat-saat mereka melawan sakit. Jangan kau persulitkannya ya Allah. Berikanlah mereka peluang untuk melihat anak-anak mereka yang masih ada. Sesungguhnya padamu aku memohon ya Allah " 😭😭😭

Update: Cikgu Ismail Bin Yaacob telah kembali pada yang Esa pada pukul 1.40pagi 12 December 2017 😭😭😭

Innalillahiwainailaihirajiun..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah..

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين 


Cikgu, damailah disana. Sesungguhnya masanya telah. Akan selalu rindukan gurauan, nasihat dan senyumanmu. Sedih tak terkata! 😭
Assalamualaikum


Ada empat cara Allah swt memberi rezeki kepada makhluk-Nya
 
1. REZEKI TINGKAT KE-1 (YANG DIJAMIN OLEH ALLAH)
" Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya. " (QS. 11: 6) 
Artinya Allah akan memberikan kesehatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah.

2. REZEKI TINGKAT KE-2
" Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya. " (QS. 53: 39).
Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Jika ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Tidak pandang dia itu muslim atau kafir.

3. REZEKI TINGKAT KE-3
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. " (QS. 14: 7).
Inilah rezeki yang disayang Allah. Orang-orang yang pandai bersyukur akan dapat merasakan kasih sayang Allah dan mendapat rezeki yang lebih banyak. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah yang dapat hidup bahagia, sejahtera & tentram. Usahanya akan sangat sukses, karena Allah tambahkan selalu.

4. REZEKI KE-4 (UNTUK YANG BERIMAN DAN BERTAQWA)
" Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. " (QS.Ath-Thalaq/65:2-3)
Peringkat rezeki yang ke empat ini adalah rezeki yang istimewa, tidak semua orang bisa meraihnya. Orang istimewa ini (muttaqun) adalah orang yang benar-benar dicintai & dipercaya oleh Allah untuk memakmurkan atau mengatur kekayaan Allah di bumi ini.

Banyak cara dan rezeki yang Allah swt kurniakan kepada kita sebagai manusia. Cuma antara kita sedar atau tidak. Kita selalu merungut tentang orang sekeliling yang mendapat sesuatu yang diingini. Kita taktahu bahawa Allah swt sudah aturkan rezeki yang lebih baik untuk kita.

Aku pernah kongsikan di facebook satu video Aida Azlin yang berkongsi luahan tentang rezeki. Hanya bingkisan video yang simple tapi why not aku kongsikan disini?

I'm going to share with you a personal experience. I've been married for almost five years and Karim and I, we don't have children. People around us with their good intentions, I'm sure will always be like "InsyaAllah, soon", "Maybe now you takde rezeki", but I always says, "That's no true!". Alhamdulillah Allah has given me a lot of rezeki. Just not in terms of having children. My ibu shared with me something that I'll never forget. She shared with me how we all bless with different things. Some people are blesses with children, some people are blessed with amazing careers, some people are blessed with health, some people are bless with wealth. We are all blessed with different things. And my ibu said "You know Aida, Allah is very very fair. He hasn't given you children but MashaAllah, He has given you amazing in laws". And whenever I see mama and baba, I always remember what ibu said. Because it's true! My in laws are one of the greatest blessings in my life. And whenever I hear scary stories about crazy in laws, I always always feel gratefull that I have mama and baba as my in laws. I'm already bless with so many people that are in my life right now; my family and my friends. 

Why then should I waste my time and energy complaining about something that I don't have when I already have these amazing people in my life? So, if you're going through something difficult right now or if you've been waiting for something to happen or have been waiting for someone for a while and you don't know if it's coming anytime soon, why don't we flip the lens and focus towards what we already have instead of focusing what we don't have. Because let me tell you, if we keep focusing on the things that we don't have, that game in never gonna end. We will always have something that we don't have. And it gets tiring don't you think? And if you say you can't think of anything to be grateful for, the fact that you're watching my video or listening to my video, it means that you either have a sense of sight or a sense of hearing and those two things are huge blessings that some people don't even have.

There's a lot to be grateful for. And like what Allah says in the Quran, in Surah Ibrahim Ayat No.7 "If you are grateful, I will surely increase you more". And it's a win win situation, when you're grateful, your heart is at ease and at peace with what you already have. And Allah has promised us Himself that if we're grateful, we will give us even more. I really don't see any reason why we should be complaining. We truly have enough. I always believe this in areas that we think we're lacking, we actually have more than enough. And in areas where we think we are blessed, we actually have a lot more.