Assalamualaikum



Ayam Bakar Menggunakan Oven

Sekali tajuk kauuuuu! Kemain tau 😂 Mood rajin memasak datang menyerang, maka pelbagai resepi aku google. Dari kek sampailah ayam asalkan kaedahnya guna oven. Hahahahahaa.. Disebabkan ayah belikan oven dan mixer baru, gigih aku buat kek marble petang semalam tetapi disebabkan kek aku tak cantik kejadiaannya, aku buang 😭 Aku ubatkan hati yang lara nie dengan masak ayam bakar oven berasap. Kenapa oven berasap? Sebab bau ayam yang sedap tu.

Bahan-bahan
1. Seekor ayam yang bersih dipotong dan dicuci
2. 10 ulas bawang putih (Boleh lebihkan kalau suka)**
3. 6 cili padi**
4. 2 inci halia **
5. 2 sudu besar lada hitam**
6. 3 sudu besar madu
7. 2 sudu besar sos tiram
8. 3 sudu besar kicap manis
9. 2 sudu besar sos blackpepper *Optional

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda
2. Masukkan bahan-bahan siap ditumbuk bersama madu, sos tiram, kicap manis dan sos blackpepper ke dalam bekas dan masukkan ayam, gaul sehingga sebati.
3. Perapkan ayam bersama bahan-bahan itu sekurang-kurangnya setengah jam.
4. Susun ayam di atas dulang oven yang telah dilapik dengan aluminium foil.
5. Panas oven dengan suhu 230°c selama 10minit.
6. Bakar dengan suhu 230°c selama 30minit. Selepas 30minit, balikkan ayam dan curahkan sos perapan ayam tadi diatasnya dan masak lagi 15minit.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan! Selamat mencuba.