Assalamualaikum


Seringkali wanita membelanjakan gaji bulanannya hanya untuk sepasang kasut Charles & Keith yang sudah lama diidamkannya. Belum lagi hasrat berbelanja yang membuak-buak ketika melewati rak penuh dengan pakaian berjenama yang menarik.

Apakah anda termasuk dalam kalangan wanita yang tidak dapat menahan hasrat berbelanja tersebut? Tentunya gaji sebesar manapun tidak akan cukup untuk memenuhinya. Terdapat beberapa cara mengendalikan gaji bulanan anda agar tidak cepat tiris:
1. Gunakan Kaedah yang Tepat

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk mengendalikan wang gaji anda, salah satunya adalah membuat anggaran bulanan yang sesuai dengan kemasukan dan perbelanjaan wang anda. Buatlah kaedah yang sesuai dengan keperibadian dan gaya hidup anda. Seboleh mungkin asingkan 10% wang gaji anda untuk disimpan.

2. Utamakan Keperluan Primer

Lihat  agihan bulan lalu untuk mengetahui apakah kemasukan wang anda dapat memenuhi perbelanjaan setiap bulan. Buatlah catatan keperluan yang harus dibayar seperti untuk sewa rumah, membeli makanan dan perbelanjaan sekolah anak.

Kurangkan juga pengeluaran wang untuk perkara yang tidak perlu seperti membeli pakaian baru setiap bulan dan makan di luar setiap minggu. Utamakan keperluan primer agar tidak terjadi pemborosan pada wang anda.

3. Agihan Pendapatan

Catatlah jumlah kemasukan wang agar anda dapat mengira berapa jumlah wang yang harus belanjakan untuk bulan berikutnya. Apakah anggaran anda sudah tepat dan dapat menutupi semua perbelanjaan? Jika tidak, cubalah tahan daripada berbelanja untuk perkara yang dirasakan tidak diperlukan. Gunakan 90% daripada wang gaji anda untuk memenuhi keperluan termasuk kegunaan peribadi manakala 10% lagi untuk disimpan.

Credit: Usahawan.com

12 Comments

  1. Selalu buat saving awal awal. Asingkan duit belanja dengan duit simpanan, Tapi at the end terpakai jugak ^^'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa sama laa. Saving or tak sama je

      Delete
  2. Boros memang membawa masalah :D

    ReplyDelete
  3. Kalau single mungkin senang nak kawal. Dah ada anak susahnya lahai. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa eyqa yang single pun tak terkawal.

      Delete
  4. hehehhe... walaupun bkn kaki shopping atau branded person tp... krik krik juga.. hahhaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa krik krik perkara biasa..

      Delete
  5. Akak memang tak belanja utk benda tak perlu. Kecuali dapat bonus ke atau duit terpijak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyqa kadang-kadang je dapat duit terpijak. Hahahahaaa

      Delete