Assalamualaikum


Sebagai yang menjaga penampilan dan kecantikan, sunblock adalah sesuatu yang sangat penting untuk digunakan setiap hari. Sunblock mampu membantu untuk melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari yang berbahaya selain daripada mengurangkan risiko masalah kulit. Di pasaran sekarang banyak sunblock yang dijual dengan kepelbagaian jumlah SPF tetapi sesuaikah dengan kulit wajah kita?

Jom sama-sama ikuti ilmu kecantikan yang ditelah dikongsikan oleh Doktor Erna Nadia.

Apakah SPF?
SPF adalah singkatan untuk sun protection factor. Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?
Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.

Kalau kita tengok produk-produk sunblock ada tulis SPF15, SPF30, SPF50. Yang mana yang sesuai dengan kita?
Jom, belajar dahulu apa itu SPF. SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Contoh pengiraannya adalah:
1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita.
Kita ambil contoh SPF15. Kita perlu tolak satu dari nilai SPF itu. Misalnya; 

SPT15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran UV. Jika SPF30, 96%.

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran UV. Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit. Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit. Kulit sawo matang 20 minit. Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan SPF15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15x10 minit=150 minit untuk bertahan. Untuk kulit sawo matang, 15x20 minit= 300 minit untuk bertahan.

Selain dari nilai SPF, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B. UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn). Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA dan UVB juga.

Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja? PA itu adalah kiraan untuk UV A. +++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock. Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UV B.

Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sunblock yang sesuai dengan anda? Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), SPF15 sudah mencukupi. Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukan SPF50.

Beza pada SPF cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama. Jadi,tak perlu SPF yang tinggi. Jangan rosakkan kulit dengan SPF yang tinggi jika tidak perlu. Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air. Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria 'water-proof'.


Okay, tips untuk memakai sunblock saya senaraikan di dalam gambar. Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunblock adalah:

1. SPF yang sesuai dengan jenis kulit dan aktiviti kita
2. Mempunyai UV A dan UV B
3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita (spray/ gel/ krim)

Akhir sekali, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita. Seperti biasa air kosong boleh membantu kulit kita untuk kelihatan lembab dan tidak kering.