Blackhead Dan Whitehead Hilang Dengan Dua Bahan - Eyqa Hasnan

Friday, 22 December 2017

Blackhead Dan Whitehead Hilang Dengan Dua Bahan

Assalamualaikum


Disebabkan busy dan penat dengan kerja, muka tak terjaga. Jerawat bermaharajalela diwajahku. Oh tidakkk! Stress tengok muka sendiri. Jerawat sana sini, lepas tu aku picit sampai berparut hitam. Hahahahaa.. Padan muka! Muka jadi berparut hitam 😑

Bila dah jadi parut nie, aku nie asyik tenung muka kat cermin. Bila zoom in zoom out ala-ala sinetron Indonesia, nahhhh! Terjumpa sekelompok blackhead dan whitehead bahagian t-zone. Makin stress aku dan mula lah adegan google sana sini cari petua. Maklumlah, dah berparut teruk muka nie. Takkan aku nak tambah dengan benda-benda macam tu.

Akhirnya! Aku jumpa satu petua mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ada kat dapur tu je. Korang pun boleh je ikut langkah mudah dan berkesan nie. Harap dapat membantu untuk hilangkan blackhead dan whitehead pada muka korang juga.

Bahan-Bahan
1. Soda Bikarbonat
2. Limau Nipis

Langkah-Langkah
1. Sediakan tiga sudu kecil soda bikarbonat dalam bekas
2. Cuci muka dengan bersih dan wapkan dengan air suam
3. Perahkan limau dalam bekas yang terisi soda bikarbonat tersebut
4. Sebatikan dan sapu di wajah
5. Biarkan sehingga kering
6. Setelah kering, gosok perlahan-lahan dan cuci dengan air bersih


Dah siap! Memang cun melecun je lepas tu sebab kulit jadi halus mulus dan blackhead tu semua hilang! Sukanya pegang kulit sendiri. Sikit lagi nak mulus macam baby. Hihihihiii..

7 comments:

  1. Selalu buat jugak. Memang berkesan ^^

    ReplyDelete
  2. Ada cuba juga ni Eyqa. Memang best. Tapi sementara tu kena tahan pedih lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaaa a'ah. Pedih sikit sebab citrus kan

      Delete
  3. petua tradisional nie..bahan pun senang jumpa dekat dapur..nanti nak cuba hehe

    ReplyDelete