Jom Kira Lemak Dalam Badan

Assalamualaikum

Lemak adalah sangat penting kepada badan kita. Namun sekiranya lemak di dalam badan kita melebihi tahap normal, ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Fungsi lemak kepada badan ialah:
  1. Membekalkan tenaga kepada bahan dalam keadaan kekurangan karbohidrat seperti semasa berpuasa atau kebuluran.
  2. Membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K di dalam usus.
  3. Sebagai simpanan tenaga.
  4. Membantu membentuk satu lapisan pelindung pada permukaan organ-organ badan.
  5. Membentuk lapisan penebat di bawah kulit untuk mengawal suhu badan kita pada paras normal dan mengelak diri kita daripada kesejukkan.
  6. Membantu dalam fungsi fisiologi saraf, kulit, rambut dan hormon.



Formula Kiraan

Formula ini mungkin tidak berapa tepat tetapi boleh dijadikan rujukan. Masa mengukur adalah di waktu pagi dengan perut kosong setelah tidur sekitar 8 jam.

Formula untuk kanak-kanak: Body Fat % = (1.51 x BMI) – (0.70 x Umur) – (3.6 x Jantina) + 1.4
Formula untuk orang dewasa: Body Fat % = (1.20 x BMI) + (0.23 x Umur) – (10.8 x Jantina) – 5.4

NOTA PENTING!
Jantina, Lelaki = 1, Perempuan = 0.

Post a Comment

8 Comments

  1. great info.. boleh kira lemak lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul tu.. Boleh lebih alert dengan pemakanan selepas nie

      Delete
  2. info berguna, tapi kakaq tak sanggup nak kira lemak kakaq weyhhh!!!!

    ReplyDelete
  3. Kejapp nak ambil calculator nak kiraa. Fuhhh

    ReplyDelete
  4. thanks sharing .baru tau ni.. pasni bole dah kira2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome. Hahahaaa sila kira betul betul ya

      Delete