Assalamualaikum

Image result for whatsapp

Penggunaan WhatsApp sememangnya memudahkan komunikasi malah mampu melancarkan urusan kerja akan tetapi arahan majikan melalui aplikasi WhatsApp selepas waktu bekerja dikatakan memberi tekanan kepada pekerja.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, apabila urusan kerja masih berlaku menerusi aplikasi WhatsApps selepas waktu pejabat, ia merupakan satu tekanan kepada pekerja serta aplikasi itu tidak sesuai digunakan untuk urusan rasmi pejabat.

"Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya. Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan," tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika pekerja bekerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa tapi itu hanya terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Namun, apa yang menjadi dilema ialah arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain.

Sementara itu, pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.


Seorang kakitangan disebuah institut perniagaan di ibu negara berkata, sudah menjadi lumrah majikannya memberi arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media sosial.

Katanya, perkara tersebut menganggu emosinya apabila perlu memikirkan urusan kerja sewaktu dia bersama keluarga.

Selain itu, ia juga menimbulkan salah faham dalam kalangan ahli keluarganya kerana masa berkualiti dengan mereka sering diganggu.

Dia yang turut bersetuju sekiranya pihak sumber manusia memberikan garis panduan lebih jelas mengenai batas waktu urusan bekerja sejajar dengan perkembangan dengan teknologi semasa ataupun mempunyai insiatif khas serta elaun sekiranya ada perbincangan kerja di luar waktu bertugas.

Jelasnya, dia lebih suka jika ada budi bicara diantara majikan dan pekerja dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Credit to: Siakap Keli