Assalamualaikum

Bila dah nak dekat dengan tarikh birthday seseorang, mesti terfikir-fikir hadiah apa yang nak dihadiahkan. Kek, jam, baju dan teddy dah terlalu biasa sejak dulu. Hilang keistimewaannya. Sebab? Kadang-kadang hadiah yang kita dapat tersama dengan jiran sebelah. Hahahahaa.. Sedihnya!

Jadi, jom aku perkenalkan website yang boleh korang design sendiri hadiah untuk yang tersayang. Banyak tau hadiah menarik yang boleh korang pilih dan design tetapi aku pasti, kali ini takkan sama dengan orang lain. Ya, melainkan orang tu mempunyai citarasa yang sama dengan korang.

Apa kata terjah terus ke Printcious. Aku hari tu nak hadiahkan kepada seseorang pun terjah website nie je. Terus dapat idea nak hadiahkan apa. Hihihihiii.. Macam biasa, tak perlu susah-susah nak lukis atas kertas dan hantar ke kedai, hanya drag je kat website tu.
Birthday Present Ideas untuk tersayang bersama dengan Printcious.

Mug
Mug nie dah tiga kali aku beli. Dua untuk aku, satu untuk kawan aku. Memang tip top mug tu sebab bukan yang jenis mudah pecah tau. Paling best masa nak design mug nie. Nak letak gambar sendiri ke, nak letak ayat-ayat puitis semua boleh. Aku pun design satu untuk letak kat rumah dan satu lagi untuk letak kat pejabat. Sah! Tiada siapa boleh guna sebab dah tertulis nama aku disitu.

Cushion
Nampak tak macam gambar atas tu? Lawa kan? Ini contoh cushion untuk hadiah birthday. Bila bagi hadiah cushion nie kan, boleh letak atas katil. Nak tidur ke apa, mesti teringat je pada yang pemberi. Apatah lagi kalau letak gambar selfie korang, lagi mengimbau kenangan lampau kan? Hihihihiii..


Tebal oii isi dalam tu. Takde senipis kulit bawang! Tebal dan berkualiti. Memang kalau letak kepala pun, takde lah terhentak kena lantai terus. So, sila beli ya. Jangan risau! Banyak warna lain untuk korang pilih.

T-Shirt
Nie paling aku suka. Aku dah beli t-shirt nie tau! Pelbagai pilihan saiz seperti saiz S, M, L, XL, XXL.  So, kalau kawan korang seorang yang sedikit berisi comel, tiada masalah sebab ada pilihan saiz. Harganya pula RM39.90. Dan material pulak Polyester dan Spandex yang memang buat si pemakai selesa.

Canvas
Aku tengok gambar atas nie pun aku dah tertarik. Kalau aku dapat hadiah nie? Mak aii excited weyy! Canvas nie mempunyai dua saiz 12" x 12" / 30cm x 30cm dan 16" x 16" / 40cm x 40cm yang berketebalan 1cm. Abadikan gambar sweet moments korang berdua pada canvas ini. Kenangan itu tak boleh dibeli tetapi boleh diabadikan.

Ceramic Tiles
Ceramic tiles yang mempunyai dua pilihan sama ada korang nak square atau rectangle. Dan setiap pilihan mempunyai dua saiz. Contohnya square; 15cm x 15cm dan 20cm x 20cm manakala rectangle; 20cm x 15cm dan 25cm X 20cm. Paling penting ialah full colour durable sublimation printing. Memang tahan lama okay! Jom abadikan sweet moments korang dengan ceramic tiles nie.

Mousepad
Kalau mousepad nie, setiap kali guna memang akan selalu nampak. Apatah lagi kalau letak di workstation. Mana ada kedai yang jual mousepad ada gambar korang. Nampak rare dan sweet tau! Seriously cantik dan menarik. Jadi tiada alasan kawan korang lupakan korang kalau letak gambar selfie berdua. Hihihii.. Hanya RM25.90 je!

Enam pilihan untuk korang. Tak perlu susah-susah pergi kedai dan fikir panjang dah nak hadiahkan apa untuk sahabat. Printcious menyediakan kemudahan yang sangat tip top untuk korang. Aku harap enam idea dan pilihan menarik tu dapat membantu korang ya.

Haaa sebelum terlupa! Kalau korang tercari-cari best mug printing in Malaysia, jangan lupa hubungi mereka. Ehh! Worldwide okay! Printcious is also available in Singapore, Australia, Hong Kong, Canada, Philippines & Taiwan. Atau if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, birthday party photo booth is your best entertainment. Selain itu, mereka juga ada the best printing service untuk corporate company event di luar sana, contoh servis adalah lanyard printing and button badges.



11 Comments

  1. Cushion tu lawa! Buh gambar yang tersayang best buat pelok² cushion tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Nina. Buat tatap sebelum tidur. Hihihiii

      Delete
  2. Mesti penerima seronok swbab ada sentuha personal kat situ kan..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Please buat untuk Hannah dan pos letak nama dia. Hihihiii

      Delete
  4. Wow, bestnya. Memudahkan urusan sis ni! Thank for the sharing.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Hahahahaaa nak kasi kepada Rayyan je. Umi dia taknak kasi! Hahahahaaa

      Delete
  6. suka betul tengok design printcious ni

    ReplyDelete