Assalamualaikum

Menggapai Awan Ke London Bersama Airbus A380 | Bila dah bekerja nie, perasaan ingin melancong ke keluar negara tu meluap-luap. Apatah lagi bila dah pegang duit sendiri. Kena menabung lagi nie. Tapi sejak dulu aku ingin jejak kaki ke London. Apa lagi, terus aku search apa yang menarik di London dan mencari info serta membuat plan untuk menjayakan misi Menggapai Awan Ke London Bersama Airbus A380 aku.

Apa yang menarik perhatian aku kali ini untuk menjayakan misi pertama ini ialah kapal terbang! Yang menjadi pilihan setelah mencari ialah Malaysia Airlines A380. Dan seperti menjadi pilihan ramai, haruslah nak seat tepi tingkap kan? Kononnya menenangkan dapat melihat awan putih di luar sepanjang perjalanan. Tengah search tentang flight pun dah terbayang-bayang pemandangan itu!

Selain itu, Airbus A380 ini merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia dan perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Heathrow mengambil masa kira-kira 14 jam. Namun, semestinya perjalanan tidak begitu terasa lama kerana penumpang kebiasaannya akan tidur atau menikmati perkhidmatan hiburan yang disediakan. Antara yang disediakan oleh Malaysia Airlines ini dan boleh kita mengisi waktu terluang sepanjang perjalanan ialah menonton filem, mendengar lagu serta belajar Bahasa baru. Bestnya!

Gigih aku search sepuasnya tentang Airbus A380 nie berdasarkan pengalaman orang lain. Yelaa, kali pertama nak terbang tinggi. Tak pernah naik flight lagi, mestilah jakun sikit. Hihihiii.. Yang aku tahu tentang Airbus A380 selepas baca pengalaman yang lain, sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan dua hidangan utama dan beberapa makanan dan minuman ringan. Kacang masin haruslah ada dalam pesawat!

Hidangan menu pertama adalah ikan atau ayam yang dihidangkan bersama nasi dan sayur-sayuran. Selain itu, antara menu sampingan ialah salad segar, sepotong kek, keropok dan roti berserta cheese dan mentega. Itu baru hidangan menu pertama tau! Macam seronok je naik A380 nie. Mewah dengan makanan tau!

Hidangan menu kedua pula seharusnya sama pilihannya. Ikan atau ayam yang dihidangkan bersama nasi dan sayur-sayuran. Dan menu sampingan haruslah sama. Tetapi yang menarik pilihan aku, minuman pilihan yang ada ialah kopi, teh, air mineral, minuman berkarbonat dan jus buah. Jangan risau! Pramugara dan pramugari yang ramah-tamah sedia menawarkan refill untuk minuman. Tapi kalau aku nanti, air mineral tetap menjadi pilihan. Tak suka air manis! 

Tapi tahu ke korang? Aku nie sebenarnya ada beberapa tempat di London yang aku nak pergi. Ini antara plan aku yang wajib aku pergi! Nak jadikan kenangan kepada anak cucu nanti. Nikmati sementara masih bujang ini. Mana tahu pergi sana nanti boleh bawa balik calon menantu omputih untuk parent aku. Hihihii..

Hyde Park


Apa yang aku baca sebelum ini, Hyde Park nie menjadi tumpuan ramai dengan kedudukan taman di tengah bandar London ini. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang sekitar, antanya jogging, berbasikal, main bola, berkelah dan lain-lain lagi. Tapi aktiviti wajib bagi pelancong haruslah bergambar disini. Berhampiran dengan Hyde Park ini juga ada Kensington Palace iaitu salah sebuah kediaman diraja.

Buckingham Palace


Buckingham Palace ini salah satu tempat wajib pergi jika ke London. Aktiviti yang menarik dan menjadi tumpuan disana ialah Changing Guard Ceremony yang antara upacara tertua dan terkenal. Nama sebenar adalah Guard Mounting. Upacara ini berlangsung untuk pertukaran shift antara pengawal-pengawal istana pada tarikh-tarikh tertentu.

Itu antara dua tempat yang menarik memang aku akan pergi kalau ke London nanti. London Eye, London Bridge, St. James Park, Primark, Queensway dan banyak lagi yang menarik disana. Sebenarnya, tempat yang aku nak pergi lebih kepada bergambar. Kerana aku ingin mencipta kenangan disana! 

Setelah aku membuat senarai pendek beserta budget untuk bercuti, insyaAllah aku menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines ke luar negara. Seharusnya Malaysia Airlines menjadi pilihan utama aku. Aku ingin berterima kasih kepada Malaysia Airlines kerana mengadakan Malaysia Airlines promotion, di mana mereka telah menawarkan pelanggan sehingga 40% tiket penerbangan ke destinasi terpilih serta pelbagai faedah perjalanan termasuk tambang kanak-kanak diskaun, bagasi tambahan dan tempahan hotel. Dan tawaran ini juga termasuk dengan tambang kami termasuk elaun bagasi diperiksa dalam 30 kg kelas ekonomi, ditambah makanan percuma dan hiburan dalam penerbangan unggul dan tiada caj kad kredit tersembunyi. Dengan tawaran ini, aku dapat pergi bercuti ke London, United Kingdom tidak lama lagi. Terima kasih, Malaysia Airlines!