Assalamualaikum


Minuman Campuran Botani: Surya Chlorophyll Kaya Dengan Multivitamin | Sebagai seorang manusia yang sangat tak suka makan sayur, menjadi salah satu masalah untuk mempunyai kulit yang sihat. Yelaa.. Nampak je sayur-sayuran yang kehijauan tu, dah terbayang-bayang betapa pahitnya! Kadang-kadang malu bila makan dengan staff, keliling pinggan aku penuh dengan sayur sebab asingkan. Tak makan!

Dengan itu, aku ingin memetik satu petikan:

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.


Untuk merawat masalah tak suka makan sayur nie, aku dah terjumpa sejenis minuman campuran botani yang sangat sesuai untuk aku dan anak-anak saudara aku yang tak suka makan sayur-sayuran. Yeay! Lepas nie kulit aku insyaAllah akan sihat dengan bekalan sayur yang secukupnya dalam minuman campuran botani ini.

Minuman Campuran Botani: Surya Chlorophyll [Lychee/Peach]


Aku memilih perisa laici. Seriously, sedap! Jadi, kalau ada masalah yang tak suka makan sayur tu, memang masalah selesai selepas minum minuman ini. Minuman klorofil ini telah diekstrak dari daun Mulberry yang bebas dari racun perosak. Mudah untuk diminum dan tiada bahan pengawet.



Selain itu, Surya Chlorophyll nie bukanlah pengganti sayur-sayuran tetapi menu tambahan yang mempunyai khasiat yang banyak dengan multivitamin dan mineral. Ia juga membantu untuk memperbaiki yang mempunyai masalah penghadaman, bau badan, nafas berbau dan yang paling penting dan akan menjadi kegemaran semua, membantu menjadikan kulit lebih cerah berseri dan bebas dari jerawat.

Surya Chlorophyll ini sememangnya dijamin dan mendapat pengiktirafan sijil HALAL/GMP/HACCP/BioNexus.

Cara Minum Surya Chlorophyll


Cara untuk minum Surya Chlorophyll nie sangat mudah. Hanya masukkan pati Surya Chlorophyll sebanyak 25ml ke dalam air sejuk atau suam dan terus minum. Sedap! Tidak perlu tambah apa-apa gula dan boleh dijadikan sebagai minuman harian tambahan.


Dapatkan Surya Chlorophyll Sekarang!

Bagi yang ingin mendapatkan Surya Chlorophyll ini, boleh terus dapatkan di Watson yang terdekat dengan segera. Untuk maklumat lanjut, boleh terus klik link bawah.