Assalamualaikum


Instant Shawl By Miracle Caliph Exclusive Yang Selesa Dan Adjustable | Nak pilih tudung, bukan perkara yang mudah tau! Kalau nak beli, banyak yang perlu kita titikberatkan tentang tudung nie. Antaranya warna, material, labuh tudung, corak dan sebagainya.

Aku pulak sejenis gila tudung. Aku suka beli tudung tapi bila aku pakai tak selesa, aku terus simpan. Membazir kan? Sehingga aku berjumpa sehelai tudung nie, seriously selesa. Kain tu sejuk dan mudah terbentuk tau walaupun instant shawl. So, tak ada istilah muka aku extra bulat.

Instant Shawl by Miracle Caliph Exclusive. Shawl nie mudah terbentuk, kain super sejuk dan corak yang simple. Selain mudah terbentuk, shawl nie sesuai untuk semua jenis muka tau. Bulat, bujur, panjang, tirus atau apa-apa, semuanya sesuai pakai. Labuh? Boleh adjustable tau dengan panjang shawl dua meter.

So, korang jangan risau. Nak pakai, beli je instant shawl by Miracle Caliph Exclusive nie. Tak sampai 10 saat, dah siap! Kalau tak sempat nak gosok tudung, tak ada masalah dengan material kain moss crepe emboss nie. Tak gosok pun tak apa. Jimat masa!


Nampak tak video tu? Hanya dengan sehelai instant shawl by Miracle Caliph Exclusive, boleh gayakan dengan empat style tudung. Sangat mudah! So, alang-alang korang layan video tu, mehh sini aku kongsikan dengan korang cara pemilihan tudung.

1. Pilih yang sesuai dengan bentuk muka
Pastikan anda memilih tudung yang sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka anda. Jika kena dengan bentuk muka, ia kelihatan cantik dan terletak.

2. Kain yang senang dibentuk
Pakai tudung yang senang untuk dibentuk, seeloknya jenis kapas dan bawal. Anda akan rasa lebih selesa dan tampak kemas. Sebaik-baiknya tudung itu sepadan digayakan dengan baju anda sama ada kasual ataupun tidak rasmi.

3. Elak warna kusam
Bagi mengelak anda tampak lebih berusia, elakkan daripada memilih warna tudung yang gelap dan kusam. Pilihlah warna yang terang yang mampu membuatkan anda nampak ceria.

4. Jangan pakai tudung dan baju daripada warna yang sama
Cuba elakkan daripada memakai tudung dan baju dengan warna yang sedondon. Anda kena bijak bermain dengan warna agar penampilan anda menonjol dan berbeza.

5. Pilih tanpa corak
Sebenarnya anda kelihatan lebih ceria jika menggayakan tudung kosong dengan warna cerah seperti oren, kuning, merah jambu, biru dan sebagainya. Tudung tanpa corak juga sepadan digayakan dengan pakaian anda yang bercorak. Kalau dua-dua bercorak, nanti nampak berserabut.

Dan korang jangan pening kepala fikir kerana instant shawl by Miracle Caliph Exclusive nie ada empat warna yang menarik seperti purple floral, hitam abstract, pink absctract dan nude abstract. Walaupun bercorak tetapi corak tu tak terlampau obvious sangat. So, sesuai untuk baju yang bercorak.


Dan berita baik untuk korang yang teringin nak instant shawl by Miracle Caliph Exclusive nie. Pihak Miracle Caliph berbesar hati nak bagi hadiah #hijabrukayyahdoubleloopshawl by Miracle Caliph Exclusive. Selain pengeluar uniform, Miracle Caliph juga mengeluarkan fashion apparel di bawah jenama Miracle Caliph Exclusive.

Jadi, kalau nak instant shawl by Miracle Caliph Exclusive nie, korang follow step bawah nie:
  1. Terhad kepada seorang hanya sehelai sahaja
  2. Hanya perlu tanggung kos postage: RM10 Semenanjung Malaysia dan RM15 Sabah Sarawak
  3. Like dan follow page: https://www.facebook.com/MiracleCaliph/ 
  4. Untuk postage, bank in ke: 
    De Miracle Empire (Maybank)
    No. Account: 5620 8560 6801
  5. Terhad pada 500 unit sahaja
  6. Whatsapp terus ke: Miracle Caliph Exclusive
Assalamualaikum


Pencuci Muka Suchi Sah Digunakan Ketika Ihram | Bila bercakap pasal mengerjakan haji atau umrah, mesti akan mengalami kulit kering. Yelaa, cuaca kita tak sama. Ada yang sampai kulit menggelupas tau! Tapi kini, ada satu produk untuk selesaikan masalah itu.

Pernah dengar tak pencuci muka Suchi? Haa! Aku pun first time dengar produk tu. Tapi aku nie sejenis nak cuba. So, aku dapatkan produk tu dan aku cuba almost two weeks. Dan hasilnya kebabom babe! Seriously, aku tak tipu.

Aku kalau guna apa-apa produk, memang aku guna betul-betul. Dan pencuci muka Suchi nie highly recommended by me. Kenapa aku recommend sangat produk nie? Sebab bila cuci muka tu, sangat bersih walaupun tidak berbuih.

Kaya Dengan Aqua Cacteen


Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Aloe Vera dan Aqua Cacteen. Dirumus khas untuk membersihkan, melembapkan dan menghidratkan kulit. Tanpa pewangi dan alkohol dan sah digunakan ketika ihram.

Cara Penggunaan Pencuci Muka Suchi



Letakkan sedikit pencuci muka di tangan dan buihkan. Sapu dan urut pada muka. Kemudian, bilas sehingga bersih.

Sah Ketika Ihram


Produk ini antara produk yang sah ketika ihram, tanpa pewangi dan alkohol. Dan yang paling penting, mempunyai mempunyai pengesahan GMP. Memang yakin dan selamat gitu!

Harga

Hanya RM18 sahaja untuk 100ml.


Selain pencuci muka, banyak lagi produk lain yang Suchi keluarkan. Antaranya bedak talkum, pelembap bibir, deodorant dan banyak lagi. Tak rugi tau untuk cuba.


Untuk maklumat lanjut, layari links di bawah:

Website: https://suchiofficial.com/
Facebook: Suchi Official
Instagram: @suchiofficial
Assalamualaikum


Cabaran 30 Hari Dengan Collagen Drink Malaysia | Apabila bergelar seorang wanita, sudah menjadi lumrah untuk menjaga penampilan diri lebih berbanding lelaki. Tapi kalau jaga luaran je, tak guna juga. Penjagaan dari dalaman juga sangat penting dan berkesan tau.

Aku nie walaupun berusia 24 tahun, aku mempunyai masalah kulit wajah berjerawat dan berparut. Dan aku tak boleh salah guna produk. Jika salah, aku terpaksa tanggung akibat kulit breakout yang teruk. Buntu mencari jalan penyelesaiannya. Aku taknak nampak tua dari usia. Apatah lagi apabila kekurangan kolagen dalam badan.


Akhirnya, aku jumpa satu produk yang bagus untuk kulit. Produk ini baru sahaja dilancarkan pada October 2019. Disebabkan produk ini, aku sahut Cabaran 30 Hari Dengan Collagen Drink Malaysia.

Dengan 1 box ini mempunyai 30 sachet dan hanya minum sehari satu sachet sahaja. So, kalau korang beli 1 box nie pun, dah cukup untuk sebulan. Seperti yang kita tahu, kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut. Selain itu, kolagen turut memainkan peranan penting terhadap tulang.


JeanC 30 Hari Hidrolisis Minuman Kolagen + Astaxanthin adalah produk Malaysia yang halal dengan GMP & Mesti. Produk ini juga bebas gluten dan bebas GMO. Jadi, tak perlu risau! Halal dan selamat tau.



Dengan kandungan yang bagus untuk badan nie, aku terus mulakan Cabaran 30 Hari Dengan Collagen Drink Malaysia. Tak sabar nak tengok hasilnya masa aku mula-mula cuba tu. Alhamdulillah, hasilnya sangat membantu aku untuk built up aku punya confident level sebab kulit makin sihat.

Untuk permulaan, korang hanya perlu ambil 1 sachet dan tuang dalam gelas yang mengandungi 150 ml air putih. Shake shake uols dan minum! Sedap sangat sebab rasa berries tu. Ingat tau! Hanya 1 sachet setiap hari.


Selepas 10 hari penggunaan, aku mula rasakan kulit muka aku moist. Walaupun aku mempunyai kulit combination, tapi tetap moist. Moist berbeza tau dengan kulit berminyak. Dan aku mula rasa jerawat aku tidak muncul terlampau kerap macam dulu.

20 hari penggunaan, pori pori kulit aku kian tertutup. Dan parut-parut jerawat kian pudar. Haa paling penting! Blackhead dan whitehead aku berkurang. Kesan sangat cepat dan kulit aku cepat pulih. Bukan tu je tau, parut-parut lain pun makin pudar.


Haa tengok gambar before dan after tu. Jujur, selepas 30 hari penggunaan, memang muka aku makin bersih. Bebas jerawat dan parut. Bila sentuh, kulit sangat moist! Paling penting, pori-pori makin tertutup. Ya Allah! Sukanya aku sekarang.

So, kalau korang berminat nak 'cuba try test' produk nie, korang boleh terus click link http://jeancmalaysia.refr.cc/eyqahasnan. Confirm korang puas hati dengan produk JeanC Collagen Drink nie. Hanya RM89 sahaja untuk 1 box.

Maklumat lanjut, layari je links dibawah:

Facebook: @jeancmalaysia
Instagram: @jeancmalaysia
Assalamualaikum


Drama Slot Lestary - Kampung People Full Episode | Drama bersiri di Slot Lestary TV3 akan menghiasi hari korang dengan drama terbaru lakonan Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Ditayangkan bermula 11 Disember, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Sinopsis
Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.


Episode 01

 
Episode 02

 
Episode 03

Episode 04

Episode 05

Episode 06

Episode 07

Episode 08


Episode 09

Episode 10

Episode 11

Episode 12


Episode 13 (Episode Akhir)
Assalamualaikum


Tidak Cepat Atau Lewat Walaupun Sesaat | Apabila ajal menjelma, tidak akan pernah cepat atau lewat walaupun sesaat. Besar atau kecil, banyak atau sedikit amalan dan pahalanya, apabila sampai ajalnya, tetap pergi jua. Pergi meninggalkan kita yang masih khayal dengan duniawi.

Pagi nie aku kejutkan dengan berita pemergian rakan blogger, Abam Korie. Allahuakbar! Bangun pagi nak pergi kerja, buka Whatsapp dulu. Baca dalam group geng KBBA bagitahu yang arwah dah tak ada, terkejut! Semalam baru like status facebook arwah ucap selamat pagi.

Aku tidak pernah bertemu muka dengan arwah. Aku kenal dengan arwah masa aku join kelab blogger tu. Jujur aku katakan, arwah sangat baik! Tutur kata arwah tiada yang menyakitkan hati. Sentiasa positif. Betul laa, bila orang baik-baik pergi, kita turut terkesan.

Betapa ramai orang yang sihat tetapi meninggal dunia tanpa alasan dan berapa ramai pula yang sakit namun umur masih panjang. Dan ramai pemuda yang sihat di pagi dan petang hari, namun tanpa disedari kain kafannya sedang dipersiapkan untuknya.

Dalam tidak sedar, betapa ramai orang yang sakit diambang kematian tetapi dia kembali sihat sementara orang yang melawat dan merawatnya pergi menghadap Illahi.

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya (di dunia) dengan rumah yang lebih baik (di akhirat) serta gantilah keluarganya (di dunia) dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurgaMu dan lindungilah ia dari seksa kubur atau seksa api neraka.


Al-fatihah buatmu, Khoiri Kamis. Tenang dan damailah disana. Masamu telah tiba, rehatla dengan aman. Kami semua bakal menyusul cuma cepat atau lambat sahaja. Entah kenapa terkesan sangat rasa hati ini dengan berita nie. Allahuakbar!
Assalamualaikum


Koleksi Persembahan Naqiu Boboy Di Gegar Vaganza 2019 | Gegar Vaganza 2019 sedang hangat berlangsung. Hanya dua minggu lagi sebelum Konsert Akhir Gegar Vaganza beraksi di pentas akhir dan melabuhkan tirainya untuk tahun 2019 ini.

Namun, sepanjang Gegar Vaganza 2019 berlangsung, hanya seorang penyanyi yang menarik minat aku. Naqiu Boboy! Taktahu kenapa, bila Naqiu nak menyanyi, aku takkan pernah lepaskan peluang. Jika aku betul-betul tidak berkesempatan, aku akan terus buka youtube dan layan.


Disebabkan Naqiu Boboy nie memang aku minat sejak dulu, sama macam Achik Spin, aku kongsikan dengan korang persembahan Naqiu sepanjang Gegar Vaganza 2019. Selamat menonton tau! Haaa jangan risau, entry nie akan aku update sehingga minggu akhir Gegar Vaganza.

 
Minggu 1 - Episod Cinta

Minggu 2 - Meraung

 
Minggu 3 - 1 2 3

 
Minggu 4 - Gurauan Berkasih

 
Minggu 5 - Di Ambang Wati

 
Minggu 6 - Juwita

 
Minggu 7 - Rampas

 
Minggu 8 - Percayalah


Minggu 9 - Tinting

 Naqiu Boboy Gegar Vaganza Minggu 10 - Hanya NamaMu/Always

Naqiu Boboy Gegar Vaganza Minggu 11 - Srikandi Cinta

Battle Naqiu Boboy vs Hady Mirza Gegar Vaganza Minggu 11 - Haa Tepok

TAHNIAH!!!
Fenomena apakah ini? Dua juara dalam pertandingan. Ini ke dinamakan pertandingan? Mana ada pertandingan yang ada dua juara. Apa-apa pun, tahniah kepada Naqiu Boboy dan Hady Mirza. Pecah rekod acara pertandingan ada dua juara.
Assalamualaikum


Iklan AdSense Kembali Beraksi Selepas Sebulan Suspended | Setelah sebulan menghitung hari menanti detik untuk melihat iklan AdSense aku beraksi lagi, akhirnya harinya tiba jua. Alhamdulillah.. ingatkan dah kena permanently deleted akaun AdSense aku tapi tidak.

Bila Iklan AdSense Suspended Lagi, memang stress. Sebab aku dah plan nak totally jana income aku melalui AdSense. Tak sangka kena suspended hari tu wey! Kesian kan? Taktahu apa kesalahan aku. Dah laa aku fobia gila dengan AdSense nie selepas Lulus Adsense Selepas 5 Kali Gagal.

Kalau haritu aku dah berhati-hati, kali nie aku kena extra double triple berhati-hati. Risau kalau terkena suspended and permanently delete. Menangis tak berlagu oii! Ujian betul bila akaun suspended. Rasa macam buat kesalahan besar walaupun aku tak ada pergi klik iklan sendiri.

Ini pun tengah study nak letak iklan dalam blog. Eh pelik pulak! Aku letak je code auto setup tapi merata je iklan nie muncul. Kadang-kadang dalam blog archive, kadang-kadang dalam blog list. Haih! Pelik aku.
Assalamualaikum


Clay Body Wash With Botanical Extracts By Azyma Care | Bila disebut tanah liat, kita selalu disajikan dengan produk komestik seperti foundation, bedak, lipstick dan sebagainya. Tetapi tahukah korang bahawa tanah liat salah satu bahan utama yang mempunyai banyak kelebihan yang tersembunyi. Contohnya tanah liat ini sangat bagus untuk kulit manusia. Sebab itu wujud clay body wash ini.

Sebelum nie kalau sebut je clay, aku selalu terbayang-bayang tanah liat dan baunya tu. Apatah lagi bila aku diperkenalkan dengan Clay Body Wash with Botanical Extracts by Azyma Care nie. Alamak! Macam mana bau mandian nie? Dan apa kelebihannya?



Oleh kerana mandian ini mengandungi tanah liat kaolin asli yang bermutu tinggi khusus untuk penjagaan kesihatan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Disahkan halal Jakim dan turut didaftarkan dengan KKM (NPRA). Baunya? Wangi weyy! Seriously wangi. Langsung tak ada bau tanah liat macam yang aku bayangkan. Dan untuk pengetahuan korang juga, mandian ini dapat hilangkan bau badan. So, kalau korang seorang yang aktif bersukan, kerap berpeluh, mempunyai masalah bau badan dan kulit, sangat sesuai dengan mandian ini.
 



Dan sebelum aku terlupa, sekarang ramai orang suka viralkan sesuatu tanpa usul periksa. Jadi, aku akan kongsikan dengan korang perbezaan antara Sodium Laureth Sulfate = SLES dan Sodium Lauryl Sulfate = SLS.

SLS dan SLES adalah berbeza walaupun keduaa-duanya berfungsi sebagai bahan surfactent atau bahan yang dimasukkan sebagai ejen pemekat, penstabil dan bahan awet untuk ketahanan sesuatu produk tersebut. Semua produk ini akan ada SLES atau SLS ini untuk tujuan yang disebutkan tadi.

▶ SLES lebih lembut, tidak pedihkan mata, less impact pada kulit dan tidak disenaraikan sebagai bahan larangan. Harganya lebih mahal dari SLS. Kesemua produk termasuk produk bayi ada campuran SLES ini. Termasuklah produk Azyma Care Clay Body Wash.

▶ SLS pula biasanya akan dimasukkan dalam kebanyakan produk skincare tadi. Ianya lebih kuat kesan, lebih banyak buih dan harganya lebih murah. Boleh juga digunakan, tetapi dalam kuantiti yang betul. Harganya lebih murah.

▶ Untuk rujukan, pengguna boleh rujuk produk-produk mandian bayi sekali pun, memang akan ada SLES ini tapi bukan SLS.

▶ Produk Azyma Care Clay Body Wash berdaftar dengan NPRA, badan kawal selia kosmetik di bawah Kementerian Kesihatan.

▶ Produk Azyma Care di kilangkan oleh pengilang yang mempunyai taraf GMP dan ISO 9001 dan U.S Food And Drug Administration yang ketat . Pengilang ini juga mengeluarkan produk2 terkenal lain seperti Pureen dan Carrie serta produk-produk untuk eksport ke luar negara.

▶ Produk Azyma Care dalam proses mendapatkan dermatologist recommendation.


Macam mana, dah faham? Aku yang dah cuba nie, sangat bagus tau produk nie. Aku nie sejenis kulit sensitif dan kerap berpeluh. Bila pakai mandian nie, sangat segar dan badan pun tidak berbau. Gatal-gatal bila berpeluh? Tiada lagi. Seriously, aku tak tipu. Haa! Bawah nie aku sertakan video unboxing aku tau.


Kalau korang berminat nak cuba Clay Body Wash with Botanical Extracts by Azyma Care, korang boleh hubungi nombor dibawah atau WhatsApp je terus. Produk Azyma Care adalah yang terbaik dengan mengutamakan kualiti dan kesucian. 

Website: Azyma Care 
Call: 019 776 0647/03 6732 0647
WhatsApp: 019 776 0647