Assalamualaikum


Resepi Kupang Masak Pedas | Bila kelaparan melanda, terus berangan nak makan itu, nak makan ini. Macam-macam makanan yang aku terbayang.. tapi teringat kupang masak pedas yang aku pernah makan, terus rasa nak masak kupang. Haa apa lagi? Terus start enjin kereta, pergi beli bahan-bahan.


Bahan-bahan

1. 1 kg kupang *bersih dan toskan
2. 2 biji bawang besar *kisar
3. 3 biji bawang merah *kisar
4. 5 ulas bawang putih *kisar
5. 20 tangkai cili kering *kisar
6. Air asam jawa
7. 2 sudu sos tiram
8. 1 batang serai *diketuk
9. 1 biji bawang besar *dipotong bulat

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan serai yang diketuk
3. Masukkan sos tiram
4. Masukkan kupang dan gaul dengan bahan tumisan
5. Masukkan air asam jawa dan gaul biar sebati
6. Tutup kuali 5 minit supaya kupang masak
7. Perasakan dengan garam dan gula
8. Tabur bawang besar yang dipotong bulat dan siap!

12 Comments

  1. Sedapnya...mana la nak dapat kupang segar ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Eyqa. Lama dah tak makan kupang. Terliur tengok resepi ni. mudah je.

    Ouh Eyqa orang ganu ya. Samalah kita.

    Akak follow sini ya 1495

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah dan bahan-bahan pun sikit je guna. Tapi rasa memang tip top. Hyee! A'ah orang Terengganu je

      Delete
  3. Lama tak masak kupang kat rumah nih, terliur pula tengok kupang masak pedas

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. terus terasa kat mulut ni. haha

    ReplyDelete