Assalamualaikum


Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood | Dah jemu makan nasi, kita makan western pulak. Spaghetti aglio olio seafood jadi pilihan sebab aku kurang minat carbonara dan bolognese. Lagipun spaghetti aglio olio paling mudah. Tak renyah pun nak buatnya.

Aku nak kongsikan dengan korang macam mana nak masak spaghetti aglio olio seafood yang sangat mudah nie.

Bahan-bahan

1. 400 gram spaghetti
2. Secubit garam
3. Minyak zaitun
4. 10 ulas bawang putih *cincang halus
5. 2 sudu besar cili flakes
6. 1 sudu besar daun parsley
7. 2 sudu kecil lada hitam
8. 8 ekor udang *bersih dan toskan
9. 2 ekor sotong *potong, bersih dan toskan
10. Lobak merah *potong dadu
11. Tomato ceri *potong dua
12. Broccoli
13. Capsicum *potong dadu
14. 1 sudu kecil oregano
15. 3 sudu besar keju parmesan *optional
16. Lemon *optional

Cara-cara

1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan garam dan minyak zaitun. Kemudian, masukkan spaghetti dan biarkan sehingga lembut. Angkat dan toskan!
2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan udang, sotong dan apa-apa seafood yang korang nak letak
4. Masukkan cili flakes, lada hitam dan secubit garam
5. Masukkan tomato ceri, lobak merah, broccoli dan capsicum
6. Masukkan spaghetti dan gaul rata
7. Taburkan oregano dan parsley dan gaul rata
8. Akhir sekali, taburkan keju parmesan, perahkan sedikit jus lemon dan siap!

4 Comments

  1. feveret sangat aglio olio ni!!!

    wahhh, blog eyqa cantek da skrg, nampak sangat lama tak singgah..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn? Sedap tau spaghetti aglio olio nie.

      Hihihii.. thank you Iq. Penat fikir template tau!

      Delete