Assalamualaikum

Si Gadis Bertambah Usia | Pada 14 March 2021, genap usiaku 26 tahun. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah swt kurniakan orang-orang yang hebat disekeliling aku. Sesungguhnya aku sangat bersyukur!

Pejam celik pejam celik, makin berginjak usia. Semoga aku makin matang, cekal dan tabah untuk tempuhi hari-hari mendatang yang penuh ranjau. Aku tak nak mengalah dan kalah dipertengahan jalan. Sakit dan penat bercampur baur.

Perlahan-lahan segala apa yang aku inginkan hampir tercapai. Semoga Allah swt permudahkan segalanya. Banyak dugaan dalam tempoh ini untuk aku merealisasikan impian aku. Tak lama dah.. sikit je lagi!

Semua ambil masa yang sangat lama. Kalau hati nie tak kental, dah lama aku give up. Tapi setiap kali nak give up, aku cuba ambil masa untuk bertenang. Dugaan datang silih berganti.

    اَللهُمَّ اِنِّىْ اَسْأَلُكَ اَنْ تَرْزُقَنِىْ رِزْقًا حَلاَلاً وَاسِعًا طَيِّبًا مِنْ غَيْرِ تَعَبٍ وَلاَمَشَقَّةٍ وَلاَضَيْرٍ وَلاَنَصَبٍ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

    Alloohumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.

    Artinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

1 Comments