Marhuna Cetus Sejarah Dalam Fesyen Hijab Di Malaysia Dengan Rekaan Hijab Berbentuk Pensel

Assalamualaikum

Marhuna Cetus Sejarah Dalam Fesyen Hijab Di Malaysia Dengan Rekaan Hijab Berbentuk Pensel | Bila raya je, sibuk nak cari kelengkapan persiapan raya. Apa yang aku akan cari walaupun dah banyak aku ada ialah tudung raya. Tak kisah shawl atau bawal, aku tetap cari. Wajib okay!

Tapi tahun nie aku nak sangat pakai plain shawl sebab aku kurang ngam kalau tudung bercorak. Tercapai hasrat aku bila aku diperkenalkan plain shawl oleh Marhuna. Korang pernah tak dengar shawl Malaysia oleh Marhuna nie?

Aku nak berkongsi dengan korang serba ringkas tentang shawl yang diinspirasikan daripada sebatang pensil tau!

Sejarah Marhuna

MARHUNA berasal daripada nama seorang ibu, seorang ibu tunggal yang membesarkan pengasasnya, Puan Nabiha Mohd Mashut dan adik beradiknya dengan hasil pendapatan menjadi tukang jahit di Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor.

Berbekal minat beliau dan niat meringankan beban ibunya, Puan Marhuna Tauhib ketika belajar di universiti. Perniagaan MARHUNA awalnya bermula dengan menolong ibu beliau menjual kain pasang di blog pada tahun 2010.

Pada 2021, MARHUNA telah dibangunkan semula dan diberi nafas baharu dengan misi membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana untuk mendapatkan hijab yang berkualiti tinggi, disamping merealisasikan cita-cita ibu untuk mengubah nasib keluarga MARHUNA agar tidak terkubur begitu sahaja. Sekaligus, membantu masyarakat agar dapat sama-sama menjana pendapatan bersama MARHUNA melalui Program Dropship "Marhuna Squad Academy".


Baru-baru ini, Marhuna telah memperkenalkan rekaan hijab shawl yang diinspirasikan daripada bentuk sebatang pensel. Bila sebut tentang shawl, sudah tentu kita terus terfikirkan bentuknya yang segi empat sama.

Namun, kelainan yang ada pada Pencilbie Shawl mampu menyerlahkan keunikan kepada pemakainnya kerana bentuk tirusnya sengaja dicipta untuk membuatkan si pemakai nampak langsing dan tinggi. Ditambah lagi dengan penggunaan material yang berkualiti tinggi untuk memberi efek flowy dan premium ketika menggayakannya.

Bertepatan dengan tagline Marhuna, "The Hijab Match-Maker". Marhuna mempunyai kepakaran membantu wanita dalam mencari padanan hijab yang terbaik dan berkualiti tinggi agar bersesuaian dengan personaliti serta penampilan diri mereka, sekaligus mampu menyerlahkan keunikan dan kecantikan semulajadi wanita.

#pencilbie #pencilbiemarhuna #marhuna #marhunas #marhunaofficial #marhunamalaysia

Pencilbie Signature Shawl - Shawl bentuk pensel pertama di Malaysia

Masa aku pegang shawl nie, lembut! Seriously lembut dan tak jarang. Memang bentuk sebatang pensel dan mudah untuk kita adjust sendiri nak labuh macam mana shawl tu bila lilit. Kain yang lembut dan tidak panas.

Muka aku yang serba bulat bak pipi pau terlebih mauripan pun terletak elok bila pakai plain shawl Marhuna nie. Aku buat style lilit double pun tetap tak panas ya. Nie betul betul punya tak tipu. Nak iron shawl nie lagi laa mudah!

Dengan material premium crepe chiffon, memang flowy dan berbaloi dengan harga. Harga murah tau! Tak perlu tunggu jenama ayam serama, puyuh atau merpati untuk dapatkan material yang premium macam nie. Dengan finishing babyseam buatkan lagi kemas shawl ini.

Aku in love dengan shawl nie sampai sanggup basuh dan pakai untuk next day raya! Hahahahaa.. jangan main main ya sekali aku falling in love. Sanggup tau! Korang tak nak cuba ke shawl Marhuna nie? Aku berani jamin yang korang takkan menyesal.

Shawl nie aku pakai dari pagi sampai petang masih on point tau! Berpeluh sebab panas, cepat je serap dan kering. Cepat terjah website dibawah untuk pembelian. Jangan cakap aku tak bagitahu korang ya yang ada shawl yang da'bomb nie!

Website: www.marhuna.com
Facebook: @marhunaofficial
Instagram: @marhunaofficial

Post a Comment

2 Comments