Assalamualaikum

Ada Hantu Filem Pertama Arahan Hairul Azreen | Filem pertama arahan Hairul Azreen, 'Ada Hantu' telah menemui penonton secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 13 Ogos 2021. Bagi aku jalan cerita memang best dengan plot twist tu.

Kalau baca review di Twitter pun, memang rata-rata memuji Hairul Azreen telah berjaya dalam filem ini. Korang patut tonton filem Ada Hantu. Aku tak tipu! Memang best dan kelakar dengan plot twist tu. Pelakon pun best ya!

Sinopsis

Mengisahkan tentang Aliff (Zahiril Adzim), ‘Youtuber’ dan skeptikal terhadap semua perkara ghaib, yang mencabar rakan-rakannya untuk bermalam di sebuah rumah lama, terbengkalai – dikhabarkan pernah dimiliki oleh jeneral tentera Jepun yang telah menyeksa dan membunuh semua orang di sekelilingnya dengan kejam – untuk membuktikan bahawa hantu itu tidak wujud. Ketika malam menjelang dan Aliff kehilangan rakan-rakannya, dia segera menyedari bahawa rumah itu bukan semua yang dia bayangkan.