Bantal Quilted DAS Abdul Global (DAG) Bantu Aku Tidur Lebih Lena

Assalamualaikum

Bantal Quilted DAS Abdul Global (DAG) Bantu Aku Tidur Lebih Lena | Pernah tak korang alami sakit tengkuk akibat salah posisi tidur. Aku nie biasa terkena bila terlampau penat. Bangun je sakit tengkuk dan kepala. Dan punca sebenar ialah tidur dengan menggunakan bantal yang tidak sesuai.

Bila dah kerap sakit macam tu, aku terus buat keputusan tukar bantal. Nak tidur yang selesa, kena laa sediakan tempat dengan suasana yang selesa. Bantal yang berkualiti adalah kunci utama untuk dapatkan tidur yang lena.

DAS Abdul Global (DAG)

Sebelum nie pernah dengar je bantal DAS Abdul Global (DAG) nie. Bila dah sakit tengkuk sebab tidur menggunakan bantal keras tu, terus je aku google bantal yang terbaik di Malaysia. Bantal DAS Abdul Global (DAG) ini antara jenama bantal yang bertaraf hotel terbaik di Malaysia.

Apa lagi? Terus aku dapatkan bantal ini ya. Bantal terbaru keluaran DAS Abdul Global (DAG). Excited dah nak guna bantal nie. Maklum laa.. pengantin baru. Aku taknak sakit tengkuk atau husband aku alami sakit tengkuk tu.

Bantal Quilted DAS Abdul Global (DAG)

Bantal Quilted adalah keluaran terbaru DAS Abdul Global (DAG) dan ini adalah 2 dalam 1 bantal - microfiber fabrik dan microfiber fabrik dengan quilted pertama DAS Abdul Global (DAG). Rekaan quilted yang kemas dan eksklusif. Dengan isian Microfiber yang super lembut dan selesa untuk korang dapatkan tidur yang berkualiti. Bantal quilted DAS Abdul Global (DAG) ini direka khas dengan double piping untuk menyerlahkan kekemasan bantal.

Selain itu, teknologi fabrik yang digunakan boleh menyerap lembapan dan cepat kering tau! Dengan kelebihan ini dapat membantu mengurangkan masalah berpeluh ketika tidur. Tidur yang lebih selesa kerana bantal ini membantu menyesuaikan mengikut keadaan suhu persekitaran.

Bantal Quilted DAS Abdul Global (DAG) sangat pentingkan keselesaan pengguna. Bantal quilted terbaru ini selamat digunakan kerana ianya anti bakteria dan tidak berbau. Jadi tiada bau kepam pada bantal ya! Biasanya kita risau kalau bau kepam rambut melekat pada bantal.

Jika korang nak cuci bantal tersebut, tidak digalakkan untuk basuh menggunakan mesin basuh. Takut merosakkan keaslian isian bantal tersebut.

Aku dah tidur dengan bantal quilted nie. Seriously best sebab lembut. Bila bangun tidur, tak ada rasa sakit kepala atau sakit tengkuk. Memang puas hati dan highly recommended! Husband aku pun suka sangat dengan bantal nie.

Jadikan Hadiah Untuk Tersayang

Kalau nak bagi hadiah, coklat dah biasa. Tetapi kalau Bantal Quilted DAS Abdul Global (DAG) dijadikan sebagai hadiah, sangat sesuai dan nampak ekslusif ya. Didatangi dengan kotak yang warna menarik dan tak perlu balut dah.

Buat Duit Dengan DAS Abdul Global (DAG)

Kalau dah pakai bantal nie, takkan tak nak kongsikan dengan orang lain kan? Tapi kita kongsi kali nie sambil buat duit. Macam mana tu? Mudah je..

Korang tak perlu keluarkan modal dan pegang stok pun. Jadi, korang tak pening kepala fikir bila stok masih banyak kat tangan korang. Tak perlu susah-susah fikir nak keluar pos sebab semuanya HQ akan uruskan.

Korang hanya perlu promote je dengan menggunakan marketing tools yang disediakan. Dan founder DAS Abdul Global (DAG) sendiri akan guide korang setiap minggu tau! Tak ada pengalaman? Tak perlu risau dah. Korang mesti boleh! Zero to hero~

Mana Nak Dapatkan Bantal Quilted DAS Abdul Global (DAG) Dengan Harga Diskaun

Nak beli bantal, mestilaa nak harga diskaun kan? Mehh sini aku nak kongsikan dengan korang satu code untuk korang beli bantal quilted dengan harga super duper murah. Korang hanya klik link di bawah dan terus boleh beli dengan harga murah tau!

 https://daspillow.com/quilted-pillow?coupon=eyqa

Bagi korang yang berminat untuk cuba bantal-bantal DAS Abdul Global (DAG) nie, korang boleh layari website atau media sosial DAS Abdul Global (DAG) seperti di bawah:

Website: https://www.dasabdulglobal.com/

Facebook: https://www.facebook.com/dasabdulglobal/

Instagram: https://www.instagram.com/dasabdulglobalofficial/

Post a Comment

0 Comments