Assalamualaikum

Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 Dan Pelancaran New Packaging Dream Curve | Kuala Terengganu, 13 Mac 2022 - Amylea Group Sdn Bhd atau dikenali MYLEA telah mengadakan Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 bagi meraikan para fightern(business partner), ejen-ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn Bhd untuk pencapaian tahun 2020 dan 2021. Majlis ini telah diadakan di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu. Majlis ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020 lagi tetapi terpaksa ditunda disebabkan wabak covid-19.Turut sama dalam pelancaran ini adalah pengasas Mylea iaitu Puan Amylia Farhana dan Encik Mohd Fakhrulrazi. 

Pada majlis makan malam ini juga, turut diadakan perlancaran New Packaging Dream Curve. Dream Curve merupakan minuman campuran berperisa Hazelnut Latte. Minuman ini menfokuskan penyelesaian masalah berat badan yang mana telah diberi nafas baru dengan kombinasi jus minuman detox dan meal replacement didalam satu kotak. Dirasmikan oleh Pengasas Mylea itu sendiri iaitu Puan Amylia Farhana dan Encik Mohd Fakhrulrazi.

Malam itu juga, seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya kategori fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea.

Bagi kategori fighter, penerima adalah seperti dibawah:

1. Puan Azliza Binti Ibrahim; 2020 - RM 1,889,639.00, 2021 - RM 2,559,529.00.
2. Encik Ahmad Firdaus Bin Mohamad; 2020 - RM 1,044,848.00, 2021 - RM 1,672,030.00
3. HF Stylish Enterprise; 2020-RM1, 607,414.80, 2021- RM 1,430,155.00
4. Encik Ahmad Zakhirie Bin Mohamad; 2020 - RM 958,602.00, 2021- RM 1,112,543.00

Manakala bagi kategori ejen, penerima adalah seperti dibawah:

1. Puan Najihah binti Yusof; 2020 - RM 262,421.40, 2021 - RM 419,413.75
2. Puan Wan Normalini binti Wan Ghani; 2020 - RM 299,119.30, 2021 - RM 279,986.64

Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerima adalah seperti dibawah:

1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir; 2020 - RM 1,923,343.00, 2021 - RM 754,014.00
2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi; 2020 - RM 963,453.00, 2021 - RM 562,455.55

Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam ini hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja.

Dalam majlis malam ini juga, pada akhir majlis turut disampaikan hadiah cabutan bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang akan membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar. 

Motosikal MW 110 dimenangi oleh seorang pemenang dari Selangor. Terselit kisah yang menyentuh hati Puan Amylia Farhana dan para hadirin apabila diceritakan kisah tersebut. 

Semasa Puan Amylia menunaikan umrah, pemenang yang dikenali sebagai Kak Za pernah mengirimkan doa. Beliau berdoa agar menang hadiah motosikal semasa malam pelancaran ini. Dan pada malam ini, doa itu termakbul! 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi seperti maklumat dibawah.

Cik Mas U’dah Binti Nordin
Amylea Group Sdn Bhd
No.37 (Pt810) Grd Floor, Pusat Komersial Cabang Tiga, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu.
myleaskin@gmail.com
09-6222450/ 016-3744029