Assalamualaikum

Drama Slot Akasia - 7 Hari Mencintaiku 3 Full Episode | Tonton drama berepisod slot Akasia TV3, 7 Hari Mencintaiku 3 (bukan adaptasi novel) bermula 16 April 2022.

 

Drama televisyen Malaysia 2022 yang menggantikan siri Harith Fayyadh ini merupakan sebuah karya arahan Jamal Khan dan menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wafariena Roslan, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly dan Liza Abdullah.

Sinopsis

Rumahtangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka.

Baca: Drama Slot Akasia - 7 Hari Mencintaiku Full Episode


Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.

Baca: Drama Slot Akasia - 7 Hari Mencintaiku 2 Full Episode