Assalamualaikum


tingkatkan pembaca blog


Cara Mudah Tingkatkan Pembaca Blog | Sementara idea mencurah-curah nak update nie sebab excited selepas ada google adsense, maka terupdate lah entry aku hari nie. Sebenarnya entry nie ditaip hari khamis lepas cuma publish hari nie. Maaf terlambat sebab tunggu masa yang sesuai dan tambah coretan berkenaan hal ini.

Aku nak kongsikan cara mudah aku dapat tingkatkan pembaca blog aku. Benda senang je tapi jadi susah bila sikap malas berleluasa dalam diri. Gituuuuuu! Nie perkongsian mudah je. Jangan ingat banyak sangat langkah-langkahnya.

1. Kerapkan update blog

Aku kongsi tapi aku pun tak berapa buat. Kerapkan update blog sebab apabila kerap update, dah semestinya blog kita sentiasa lalu di newfeeds reading list blog yang follow anda. Faham tak? Takpe, bacakan lagi dibawah.

2. Kongsikan entry blog dalam media sosial

Biasanya selepas aku update blog, aku akan kongsikan link entry tersebut di pages, groups blogger di facebook dan paling penting, aku akan sertai aktiviti tukar-tukar comments di Group Malaysia Lifestyle Blogger. Kalau korang rajin, insyaAllah pembaca blog makin meningkat. Jangan malas kalau nak berjaya.


3. Gunakan teknik SEO

Cuba untuk tahu apa itu teknik SEO. Apa itu teknik SEO? Cuba google sendiri okay? Usaha itu penting. Hahahahaa.. Aku pun sampai sekarang masih cuba fahamkan apa itu SEO.

4. Blogwalking dan tinggalkan komen pada blog rakan blogger

Haa kalau dah hidup berjiran tu, rajin-rajinlah melawat jiran tu. Maksudnya rajin-rajinkan diri terjah blog orang lain. Jangan nak tunggu orang singgah blog kita. Blogwalking dan tinggalkan comments. Kita harus mulakan langkah pertama!

5. Entry yang menarik minat pembaca

Akhir sekali, lakukan posting yang dapat menarik perhatian pembaca. Tak perlu cerita tak senonoh atau gosip murahan, cukuplah dengan tajuk yang gempak dan isi yang berkualiti. Penting! Jangan nak sibuk bercerita hal dalam kain orang.

Assalamualaikum

12 tips tingkatkan trafik blog

12 Tips Tingkatkan Trafik Blog | Sebagai seorang blogger, kita mesti nak setiap perkongsian dalam blog nie sentiasa melonjak naik. Bukan mudah untuk tingkatkan trafik blog apatah lagi kalau kita hentam kromo sahaja. Semuanya memerlukan masa dan cara untuk tingkatkan trafik blog.

 

Kalau sekadar untuk suka-suka, mesti tak kisah pasal trafik. Tetapi selepas kita tahu hanya dengan trafik blog, kita boleh jana pendapatan, barulah gigih nak tingkatkan trafik blog. Am I right? Hihihii..

 

Disini aku akan kongsikan dengan korang macam mana nak tingkatkan trafik blog selepas beberapa bulan aku cuba praktikkan. Alhamdulillah.. menjadi tau tips nie! Kaedahnya mudah, antara korang usaha atau tidak untuk lakukannya.

 

Tips 1: Info yang bermanfaat

Kalau sebelum nie selepas je aku taip segala ayat dalam blog, terus aku hit button publish tanpa semak semula isi kandungan dalam tu. Itu salah!

 

Sebelum korang hit button publish tu, pastikan artikel tu bermanfaat untuk semua walaupun sekadar luahan perasaan korang. Jangan tajuk gempak macam Majalah Mangga tapi isi hampeh!

 

Tips 2: Pengisian yang padat dan lengkap

Google nie suka kalau pengisian blog kita padat dan lengkap. Kalau lebih daripada 300 patah perkataan tu sangat bagus tetapi bukan sekadar banyak patah perkataan je. Pengisian haruslah bermanfaat!

 

Aku pun masih praktikkan benda nie. Tingkatkan dulu pengisian dalam artikel baru boleh tingkatkan trafik blog.


Tips 3: Manfaatkan SEO

SEO (Search Engine Optimization) nie sangat terkenal di bibir para blogger. Hanya yang mahir mampu praktikkan SEO sepenuhnya dalam sesuatu artikel mereka. Tetapi tak bermakna kita tak mampu tau!

 

Dengan sedikit ilmu tentang SEO pun dapat membantu untuk tingkatkan trafik blog. Kuncinya, rajin belajar dan rajin untuk usaha!

 

Korang boleh belajar banyak benda tentang SEO, keywords dan banyak lagi dengan Bite Media Consultants.

 

Tips 4: Pautan ke artikel lama

Bila dah lama artikel korang publish dan artikel tu tak berapa menarik, memang tenggelam takkan timbul laa kan. Korang perlu tahu bahawa interlink adalah salah satu cara untuk meningkatkan trafik blog.

 

Kenapa? Bila dah update artikel baru, selitkan sekali artikel lama dah entry tersebut. Dengan kaedah tersebut, pembaca akan habiskan masa lebih lama dalam blog korang.


Tips 5: Responsive template blog

Pemilihan template blog memainkan peranan penting tau! Pilh template blog yang responsive dan pastikan template tersebut mudah untuk pembaca navigate ke sesuatu artikel lain. 


Tips 6: Register google analytics

Dah register Google Analytics? Setiap hari aku akan semak trafik blog aku melalui google analytics. Berpandukan google analytics, aku akan tahu artikel mana yang menjadi pilihan ramai, berapa orang yang singgah, bounce rate dan banyak lagi!

 

Bounce rate tu penting tau! Apabila bounce rate aku tinggi, aku gelabah semua. Bounce rate tu mainkan peranan penting untuk blog tau.


Tips 7: Update blog secara konsisten

Jangan setahun sekali nak update blog. Korang perlu update blog secara konsisten agar pembaca tahu yang blog nie masih wujud. Nanti orang lupa kewujudan blog kita jika jarang sekali baru update.

 

Sebagai permulaan, update blog seminggu sekali. Kemudian, korang boleh cuba buat kekerapan untuk update blog. Satu entry setiap hari? Boleh cuba?

 

Baca: 4 Hal Berkaitan Broken Link

 

Tips 8: Emailkan artikel baru kepada pembaca

Kalau korang perasan widget aku ada follow by email kan? Aku wujudkan benda tu untuk memudahkan urusan aku. Macam mana?

 

Setiap kali aku update artikel terbaru, followers aku akan terima notifikasi melalui email. Maka secara tak langsung, followers aku akan tahu terdapat artikel baru. Mudah bukan?

 

Tips 9: Ping link artikel baru ke media sosial

Selain tips 8 aku tu, ping link artikel ke media sosial. Media sosial mempunyai pengaruh sangat tinggi! Dan itu sangat membantu untuk menarik pengunjung ke blog kita.

 

Sebagai contoh, groups dalam facebook. Aku join banyak groups blogger dalam facebook. Jadi, setiap kali aku publish artikel terbaru, aku akan ping aku punya link artikel disitu. 


Tips 10: Galakkan pembaca untuk kongsikan artikel

Pastikan dibawah artikel korang terdapat button share to media sosial. Kerana cara itu mudahkan pembaca untuk kongsikan artikel korang ke media sosial mereka. Secara tak langsung kenalan mereka tahu kewujudan dan artikel menarik korang.


Tips 11: Bina networking sesama blogger

Rakan blogger merupakan rakan maya kita. Jadi, korang tak boleh beranggapan mereka itu musuh untuk bersaing. Kita perlu berinteraksi sesama blogger supaya dapat berkongsi tips tentang blog, event bersama dan sebagainya.

 

Networking itu penting untuk luaskan lagi pengalaman dan lebarkan sayap dalam dunia blogging ini. 


Tips 12: Guna kaedah backlink sesama blogger

Pernah dengar kaedah backlink? Kaedah ini sangat menarik tau! Kerana dengan kaedah backlink, kita dapat membantu sesama blogger untuk memperkenalkan lagi artikel mereka.

 

Macam mana kaedah backlink? Korang masukkan link artikel blog mereka dalam artikel korang dan mereka buat sama seperti korang buat.

 

Dan ini sahaja tips yang aku kongsikan dengan korang. Macam aku terangkan di atas, aku pun masih praktikkan lagi sebab aku nak lonjakkan lagi trafik blog aku.

Assalamualaikum

Langgan Minyak Wangi Scentses + Co Berharga RM49.90 Sebulan Pertama Di Malaysia | Bila sebut langganan, kita kerap didominasikan dengan telco dan siaran televisyen. Tetapi tahukah korang bahawa sekarang dah ada perkhidmatan langganan minyak wangi?


Scentses + Co menyediakan perkhidmatan langganan minyak wangi bulanan untuk pelanggan mereka dengan jenama berjenama seperti Dolce & Gabbana, Versace dan banyak lagi yang pasti akan memenuhi pilihan ramai orang.


Menjadi kebiasaan, kita akan pergi ke kedai untuk membeli wangian dan cuba menghidu pelbagai jenis bauan untuk memilih yang mana sesuai. Tetapi Scentses + Co sentiasa memberikan anda pengalaman bau yang berbeza untuk setiap bulan. Ia disasarkan kepada mereka yang berminat mencuba minyak wangi berjenama berbeza tanpa komitmen.


Selain itu, di laman web mereka, syarikat telah menyediakan maklumat yang mencukupi dan profil personaliti ringkas untuk setiap minyak wangi bagi memudahkan kerja bagi setiap pelanggan.

Macam mana cara nak langgan Scentses + Co

  1. Pilih haruman yang disukai

    Korang boleh memilih haruman yang korang sukai. Scentses + Co menyediakan lebih daripada 800+ wangian idaman yang asli.

  2. Dapatkan bekalan bulanan

    Dapatkan bau wangian idaman korang sepanjang bulan. Dengan isian 8ml dapat memberikan korang tiga kali semburan setiap hari selama 30 hari dan mungkin akan bertahan lebih lama lagi.

  3. Laraskan Scent -Dule

    Nak tukar wangian bulan depan atau tukar kekerapan penghantaran? Mereka telah melindungi anda. Laraskan pesanan anda dan pembatalan percuma pada bila-bila masa. Fleksibiliti penuh.


Dengan dua pelan langganan, korang boleh memilih mengikut wangian yang menjadi pilihan hati korang.


    • LITE: RM49.90/bulan
    • LUXE: RM59.90/bulan

Uruskan Langganan Scentses + Co

Korang boleh uruskan langganan korang sendiri setiap bulan dengan mudah.


Butang "Skip" Sebulan

Dengan butang ini, bulan yang dilangkau tidak akan dicaj. Langganan disambung semula secara automatik pada bulan depan melainkan anda menjeda atau membatalkan langganan.

 

"Pause" Langganan

Selagi langganan "Pause", tidak akan ada pesanan berulang dan tiada caj dibuat sehingga pelanggan "Resume" langganan secara manual.

 

Batalkan Langganan

Batalkan langganan korang pada bila-bila masa tanpa yuran pembatalan dan tiada soalan yang diajukan.
 

Minyak Wangi Pilihan Utama - Burberry Brit Sheer

Aku memilih wangian Burberry Brit Sheer sebagai minyak wangi untuk aku keluar bersama suami tercinta. Dengan bauan haruman yang segar membuatkan aku sentiasa terasa ceria dan optimistik! Bauan gabungan bunga dan buah-buahan sangat mempesonakan. Bauan ini juga membuatkan terasa seksi.


Jangan korang taktahu ya, Burberry Brit Sheer ini antara wangian best seller di Scentses + Co. Rugi kalau korang tak pilih wangian ini.

Dapatkan Diskaun 10% Sekarang

Nak memilik wangian Scentses + Co ini? Jangan lepaskan peluang yang ada! Dengan menggunakan code EYQA10, korang akan mendapat diskaun sebanyak 10% untuk langganan bulan yang pertama. Wow! Jom-jom subscribe sekarang!

Website: https://scentsesandco.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ScentsesAndCo/
Instagram : https://www.instagram.com/scentsesandco/