Cara Mudah Tingkatkan Pembaca Blog

Assalamualaikum





Cara Mudah Tingkatkan Pembaca Blog | Sementara idea mencurah-curah nak update nie sebab excited selepas ada google adsense, maka terupdate lah entry aku hari nie. Sebenarnya entry nie ditaip hari khamis lepas cuma publish hari nie. Maaf terlambat sebab tunggu masa yang sesuai dan tambah coretan berkenaan hal ini.

Aku nak kongsikan cara mudah aku dapat tingkatkan pembaca blog aku. Benda senang je tapi jadi susah bila sikap malas berleluasa dalam diri. Gituuuuuu! Nie perkongsian mudah je. Jangan ingat banyak sangat langkah-langkahnya.

1. Kerapkan update blog

Aku kongsi tapi aku pun tak berapa buat. Kerapkan update blog sebab apabila kerap update, dah semestinya blog kita sentiasa lalu di newfeeds reading list blog yang follow anda. Faham tak? Takpe, bacakan lagi dibawah.

2. Kongsikan entry blog dalam media sosial

Biasanya selepas aku update blog, aku akan kongsikan link entry tersebut di pages, groups blogger di facebook dan paling penting, aku akan sertai aktiviti tukar-tukar comments di Group Malaysia Lifestyle Blogger. Kalau korang rajin, insyaAllah pembaca blog makin meningkat. Jangan malas kalau nak berjaya.


3. Gunakan teknik SEO

Cuba untuk tahu apa itu teknik SEO. Apa itu teknik SEO? Cuba google sendiri okay? Usaha itu penting. Hahahahaa.. Aku pun sampai sekarang masih cuba fahamkan apa itu SEO.

4. Blogwalking dan tinggalkan komen pada blog rakan blogger

Haa kalau dah hidup berjiran tu, rajin-rajinlah melawat jiran tu. Maksudnya rajin-rajinkan diri terjah blog orang lain. Jangan nak tunggu orang singgah blog kita. Blogwalking dan tinggalkan comments. Kita harus mulakan langkah pertama!

5. Entry yang menarik minat pembaca

Akhir sekali, lakukan posting yang dapat menarik perhatian pembaca. Tak perlu cerita tak senonoh atau gosip murahan, cukuplah dengan tajuk yang gempak dan isi yang berkualiti. Penting! Jangan nak sibuk bercerita hal dalam kain orang.

Post a Comment

33 Comments

  1. Tips yang sangat berguna..
    Blogwalking paling mudah tingkatkan pembaca tapi LZ selalu tak consistent..
    Lepas ni kena rajin melawat jiran tetangga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih LZ. Sama lah tak consistent. Update pun sama..

      Delete
  2. Good tips! sekarang nk dpt kan trafik yg genuine tu agak payah jugak la kan..tapi ni haaa dah ade tips kena la ikut! hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Hihihii.. Traffic pun bersaing sekarang.

      Delete
  3. Terima kasih perkongsian mudah tetapi sering Kita lupa ianya memberi impak besar pada blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Betul tu.. Sebab ini jugak boleh buatkan trafik blog menurun.

      Delete
  4. K.sal pun sampai sekarang masih berusaha nak naikkan SEO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa sama lah Kak Sal. Eyqa pun masih google lagi teknik SEO

      Delete
  5. Ana skrg tgh gigih update setiap hari. Cuma bab adsense tu xlepas sebab katanya banyak gambar. Kita ni dah lah suka upload gambar byk2. Hehe. Blogwalking tu pun penting sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana cuba revert to draft dulu entry yang banyak gambar. Lepas tu, cuba update blog lebih daripada 300 patah perkataan..

      Delete
  6. Allahuakbar terharu akak baca artikel ni. Terima kasih Eyqa. Akak masa tahun 2003 menulis blog, akak tak buat artikel menarik lagi. More kepada personal dan emosi hahaha. Kemudian SEO memang kena banyak belajar even ada free plugin. Dr mengenal SEO kita tahu nak jadi kan artikel tu menarik.

    Bayangkan kalau dapat event memang lari dari minat kita? Kita mesti lakukan research. Masa hadir event itu sendiri dah observe product dan founder dia. Kemudian barulah hasil kan artikel menarik sepanjang zaman. Slowly belajar. Sebab apa yang penting sebagai blogger ia harus lah dari pengalaman kita dan bukan dibuat-buat macam best. Lihat audience kita. Suka penulisan bagaimana. Hehe.

    Terima kasih sudi join FB group Malaysia Lifestyle Blogger. Tu sebenarnya tag line blog akak. Tapi sebab rasa bertanggungjawab nak rakan blogger terus menulis dan pelbagai kan komen di artikel kita. Ini lah yang mampu akak lakukan. Ibarat macam kerja amal. Hehehe. Terima kasih support!! Love you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama akak. Samalah, masa mula-mula blogging dulu more to personal & emosi. Kisah putus cinta pun boleh terjebak masuk blog. Hahahaha.. Love you more akak :*

      Delete
  7. Betul tips ni. Kekuatan blog dan entri pun main peranan kan. Bab SEO tu memang tak pandai. Nak Google juga sekejap lagi. Kita pun hentam ajelah asal ok. Kekerapan update tu perlu juga, at least dapat tambah trafik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. SEO tak reti lagi takpe, cuba focus on kekerapan update. Lepas tu main SEO. Boom!! Traffic pun naik. Lagi bagus kalau pandai main SEO dan kerap update

      Delete
  8. Having your own domain also important to ensure your blog more visible to visitors.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess, thank you Betty Liew. I forgot about domain :D

      Delete
  9. betul tu,,,sedang belajar berblog dengan lebih sistematik dan merajinkan diri.

    ReplyDelete
  10. Bagus post ni..betul mmg kena slalu update..mcm hilma kena consistent post video ontime/ hari yg dah tetap so pembaca / viewer kita tertunggu2 gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss.. Kita sendiri boleh tahu bila dan pukul berapa viewer kita ramai masuk blog/channel. So, dari situ kita boleh tahu bila dan pukul berapa boleh publish entry/video.

      Delete
  11. Bab rajinkan melawat jiran tegangga tu kadang2 org tak buat.. kekadang jiran dtg bertandang tak jugak singgah balik.. jiran dtg komen .. takde laa dia nak g singgah... singgah laa kejap umah jiran hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Japgi ai pun singgah rumah you okay. Hahahahaaa

      Delete
  12. Tq eyqa..lps ni kena lg rajin sharw lah..tq ..tips ni semuanya best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome :* Yaa, kena rajinlah sikit lepas nie

      Delete
  13. this is very important tips and in my opinion SEO is very important as well. To optimize the search engine of course is your keyword. the more repetition in your one keyword could up your link into page one of google but remember never have too over it as this will be keyword spam. best is 5 repetition for 300 wordings.

    Racheal

    ReplyDelete
  14. Nice sharing Eyqa. Semua point tu memang betul. Tapi tu lah bila dah malas tak boleh nak cakap apa la. Nak berjaya kena usaha. Orang lain mampu bagi nasihat dan jalan, sekarang terpulang dekat diri sendiri.

    Semoga Myra lebih rajin lepas nie. Aaminn

    ReplyDelete
  15. ehe kita pun sm tgh nk up balik penulisan entri adoi berkurun jari jemari kejung walau ada google adsense. Dah pernah checkout duit hasil google tu pun . seronok yeee

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas tips jalan-jalan ziarah rakan-rakan. Lepas ini akan lebih ketuk pintu rakan blogger. InsyaAllah.

    ReplyDelete