Drama Slot Akasia - Sekali Lagi Cinta Kembali Full Episode

Assalamualaikum

 


Drama Slot Akasia - Sekali Lagi Cinta Kembali Full Episode | Drama adaptasi novel 'Sekali Lagi Cinta Kembali' karya Anna Milia akan mengisi slot Akasia TV3 iQIYI bermula 13 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama. Drama 28 episod terbitan A. Aida Production, diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama.


Sinopsis

Aira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai kerana nasihatnya. Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.


Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka kunci hatinya kepada mana-mana perempuan.


Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka?

 


 

Post a Comment

0 Comments