Setahun Bergelar Isteri Yang Mencabar

Saturday, 22 October 2022

Assalamualaikum

 


Setahun Bergelar Isteri Yang Mencabar | Rasa macam baru lagi kenal dengan husband aku walaupun dah hampir empat tahun kenal dia sejak tahun 2018. Rasa macam baru lagi berbincang tarikh merisik, tarikh nak kahwin, beli barang-barang kahwin, selesaikan hal-hal penting yang kahwin. Alahai.. rindunya!


Baca: Dugaan Dan Kenangan Ke Arah Perkahwinan


23 September 2022, genap setahun aku bergelar isteri. Tetapi belum ada rezeki bergelar ibu. Mencabar betul bila dah bergelar isteri orang ya. Ingatkan biasa-biasa je. Teringat masa mula-mula nak biasakan diri dengan status baru tu, kacau bilau betul.

 


Ye laa, sebelum nie aku nak kerja lebih masa sampai malam pun tak apa. Bila jadi isteri orang, terkejar-kejar siapkan kerja. Pukul 5.00 petang, terus pecut balik rumah. Letak je handbag, bersilat di dapur. Husband balik kerja pukul 7.00 petang, dah boleh hidangkan lauk pauk.

 


Kadang kala aku menangis penat. Penat sebab tak sempat nak berehat, kena masak, kemas rumah, sambung basuh baju, siapkan baju kerja dan semuanya. Alhamdulillah, sekarang bahagian basuh dan sidai baju husband dah ambil alih. Dia banyak sangat membantu aku. Kalau aku tertidur kepenatan, bangun tu baju semua dah settle.


Dapat suami yang memahami juga satu anugerah terindah buatku. Dia yang memahami waktu kerja aku yang kadang kala aku balik kerja lambat, kerja lebih masa sampai malam, balik kerja je terus tidur dan sebagainya. Kalau dia tengok aku penat, dia tolong tapaukan makanan.



Selisih faham, merajuk, terasa hati itu biasa dalam rumahtangga. Tetapi itu yang menguatkan lagi ikatan ini. Ujian dalam rumahtangga sentiasa ada. Semoga hati, sayang dan rasa cinta ini sentiasa berkekalan. Selamat bercinta hingga ke Syurga suamiku.

 


اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْ أَهْلِيْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ وَارْزُقْنِيْ مِنْهُمْ وَارْزُقْهُمْ مِنِّي. اَللّٰهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ

 

“ Ya Allah, berkatilah aku di dalam keluargaku dan berkatilah mereka di dalam diriku. Berilah aku rezeki dari mereka dan berilah mereka rezeki dariku. Ya Allah, kumpulkan kami menuju kebaikan dan pisahkan kami bila Engkau pisahkan menuju kebaikan. ”


4 comments

  1. Semoga berkekalan sehingga ke Jannah.. Sy juga baru 10 bulan dlm rumahtangga.. mmg mencabar.. Tp itulah ujian kan .. Semoga bahagia selalu dan sentiasa dalam rahmatNya... Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. betul tu, memang mencabar untuk selesakan diri dengan keadaan. Tetapi ini laa kenangan terindah.

      Delete
  2. sabar, tolenransi dan sama-sama cuba memahami, insyaallah semua akan jadi baik. selamat ulang tahun eyqa dan suami

    ReplyDelete