Facebook Aku Disabled

Saturday, 17 December 2022

Assalamualaikum



Facebook Aku Disabled | Ingatkan hari yang indah, malangnya tidak. Bangun pagi tadi, ternampak notification Instagram. Aku ingatkan notification apa, terus access Instagram aku. Ehh! Kenapa dapat notification nie?



Haa! Aku dapat notification nie. Otak aku terus jem! Aku terus terfikir, akaun Instagram baru yang mana pulak nie? Aku tak rajin laa nak create akaun baru. Terus aku ke Accounts Center dan remove baru tu.


Klimaksnya bila aku nak upload gambar dalam Facebook. Baru klik icon Facebook, terus terlogout sendiri. Aku pelik laa. Bila nak login, tak boleh dah. Bila klik forgot password, tak dapat trace akaun aku. Masukkan nombor handphone dan email pun sama, tak dapat trace. Seolah-olah tak pernah wujud!



Entah anak manusia mana qnguyen.thanhtamqzqh nie! Emosi aku sepanjang hari tau gara-gara hilang Facebook. Dah laa kat situ tempat aku cari makan melalui review. Sedih tau! Facebook dah berusia 10 tahun. Penat aku create networking kat sana 😭


Lagi bernasib baik bila aku dapat selamatkan fanpages eyqahasnandotcom. Macam mana aku dapat selamatkan? Dulu aku sempat add husband aku untuk access fanpages tu. So, selamatlah pages tu. Friends dan followers aku untuk Facebook sahaja yang hilang 😭


Korang, mehh add Facebook baru aku 👉 Eyqa Hasnan.

1 comment