Ingatkan Sahabat, Rupanya Musibat

Assalamualaikum

Ingatkan Sahabat, Rupanya Musibat | Dah lama tak update blog secara santai macam nie. Sebab kebelakangan ini, aku kerap blog topik berat. Aku nak elakkan topik berat sebab ada cerita yang nak aku kongsikan. Mungkin nampak remeh tetapi itu menjadi titik musnahnya kepercayaan.


Aku seorang yang ikhlas berkawan. Aku paling mudah nak bergaul dan kepala masuk air. Jadi, bila aku berkawan, aku betul-betul hargai kawan aku. Aku boleh pendengar, penasihat, geng gelak dan sebagainya. Tetapi tak aku sangka, aku ditikam sebegitu rupa.


Dulu masa dia susah, aku tak pernah tinggalkan dia. Aku jadi pendengar masalah dan luahan dia. Kadang kala, aku penasihat peribadi dia. Sama ada masalah peribadi atau kerja, aku lah penasihatnya. Dia kerap memberitahu bahawa akulah sahabatnya. Aku yang sentiasa ada susah dan senangnya. Dan dia takkan pernah lupa jasa-jasa aku.


Dikala orang pulaukan dia, aku yang ada dibelakangnya. Aku yang teman dia makan walaupun aku banyak hal yang nak kena selesaikan. Alhamdulillah, suami sentiasa izinkan aku temankan dia. Suami aku tak terlepas dalam menjadi kawan.


Tetapi betul lah bab kata orang, jangan terlalu percayakan orang. Kelak makan diri. Betul! Bila dia dah jumpa pasangan, dia bahagia, dia lupa siapa yang tolong dia dulu. Siapa yang siang malam temankan dia untuk berkenalan. Sampai parents aku turut serta jodohkan dia atas permintaan dia.


Sungguh aku tak sangka! Aku ingatkan dia sahabat, rupanya musibat! Dia tikam belakang aku berkali-kali. Walaupun maaf dipinta, luka dan remuk hati aku takkan pernah boleh diperbaiki. Yang menjadi teman aku, pendengar setia luahan aku adalah suami aku. Sampai satu tahap, aku bercerita pada ayah aku. Aku bercerita sampai menangis teresak-esak. Sakitnya aku rasa pada saat itu!

 

Baca: Jenis Politik Kerja Yang Sangat Menjengkelkan


Sakit bila orang yang aku anggap sahabat, tikam aku sebegitu rupa. Nak buang aku bila dia dah senang. Aku ingatkan aku takkan jumpa orang macam tu. Rupa-rupanya aku silap! Orang begitu masih wujud di atas muka bumi ini.


Aku sentiasa mohon pada Allh swt agar jauhkan aku, suamiku, keluargaku dan kawan-kawan aku daripada golongan munafik sebegitu. Sesungguhnya aku amat terkesan dengan apa yang jadi.


Pada awalnya, aku hampir depression kerana hal tu. Setiap masa aku terbayang-bayang wajah dia. Aku kerap bermimpi dia berikan aku tekanan. Dan mimpi itu sentiasa berulang walaupun aku tidur pada siang hari. Mimpi yang sama!!!


Alhamdulillah.. aku kuat! Aku bangkit selepas aku kerap menangis. Aku dah tak selemah itu. Aku keraskan hati, butakan mata, bisukan mulut dan tulikan telinga. Tiada lagi EYQA HASNAN yang masuk air macam dulu bila berhadapan dengan dia. Aku jadi seorang yang tegas dan keras hati. Aku berubah!


Dan aku lebih aman sekarang. Walaupun dia sering menyakitkan hati aku, aku ada cara tersendiri untuk mengatasinya. Aku akan sentiasa kuat selepas diuji sebegitu rupa.


" Kadang antara teman dan musuh itu berbeza sangat tipis. Ada kalanya dia sokong semua yang kau lakukan, namun ada kalanya dia menusukmu dari belakang. "

Post a Comment

2 Comments

  1. Dari cerita Eyqa, aku belajar untuk tidak bergantung 100% pada kawan. Supaya aku tidak kecewa seperti yang Eyqa alami. Biarlah aku berkawan dan bergantung 10%-30% sahaja. Selebihnya aku berkawan dengan orang yang mempunyai minat yang sama seperti Blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Jangan bergantung harap pada kawan. Kawan boleh jadi lawan hanya dengan sekelip mata.

      Delete