Resepi Roti Sosej Gulung Cheese Leleh Air Fryer

Assalamualaikum


Resepi Roti Sosej Gulung Cheese Leleh Air Fryer | Bila perut lapar dan teringin sesuatu, kena rajinkan diri walaupun sifat malas dah bertahun-tahun tertanam dalam diri. Hye! Bukan susah pun nak sediakan semua nie.

Bahan-bahan

1. 1 paket sosej
2. 1 pakej cheese slice
3. 1 buku roti
4. 1 biji telur
5. Secubit garam
6. 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

1. Rebus sosej selama 5 hingga 7 minit
2. Ambil sekeping roti dan lenyekkan
3. Bila roti dah siap lenyek, letakkan satu keping cheese slice, sosej dan gulungkan
4. Di dalam bekas lain, pecahkan satu biji telur, masukkan satu sudu esen vanilla dan secubit garam. Seterusnya, kepuk telur
5. Celupkan roti yang dah siap digulung di dalam telur
6. Susun roti di dalam air fryer dan bakar selama 5 hingga 10 minit dengan suhu 180°c
7. Selepas masak, balik-balikkan roti tu dan bakar lagi 3 hingga 5 minit dengan suhu yang sama
8. Siap dan sedia untuk dihidangkan


Seriously, memang sedap tau! Haa tips untuk korang, kalau gulung tu terbuka, korang cucuk je toothpick. Memang takkan terbuka dah. Dan esen vanilla tu aku letak untuk kurangkan bau hanyir telur. Selamat mencuba tau!

Post a Comment

37 Comments

  1. resepi kudapan yang mudah. nanti bokeh try. tinggal beli roti je

    ReplyDelete
  2. I love eating sausage rolls. They are so yummy for tea. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  3. Ala sayangnya kita tak ada AirFyer lak nak cuba resipi ni hehehe kalau pakai oven atau microwave jadi tak hehehe kita tak nak goreng juga nak kurang minyak wakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. pakai oven pun boleh. Takde laa berminyak. Hihihii dah boleh cari air fryer

      Delete
  4. eh masak dlm air fryer je? senang sangat kalu ada air fryer kat rumah. dah tak payah kena panaskan minyak bagai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Takde laa berminyak. Sedap pun sedap! Hihihihii

      Delete
  5. takde air fryer tapi boleh buat cara lain. memang sedap resepi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nak goreng macam biasa pun boleh. Nak letak dalam oven pun boleh..

      Delete
  6. Assalamualaikum. Waaa nampak begitu berselera sekali.. TQ resepi yang mudah n menarik ni. Done follow #1502

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. most welcome ;) Terima kasih sebab follow!

      Delete
  7. Thank you share resepi ni. Boleh cuba nanti. Kelaparan dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome akak ;) Haa boleh laa cuba tu

      Delete
  8. Sedapnyaa...guna air fryer mudah kan, kadang sejak ada AF ni, keje nak makan dan buat sesuatu aje hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa tu laa.. sejak ada air fryer nie, banyaklah fikir menu yang mudah dan guna air fryer.

      Delete
  9. Alamak favourite snacking ni kalau boring2 tapi menarik la bole masak guna AF. Hihi ni membuat kita membuak2 nak beli AF ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat beli! Hahahahaaa best masak guna air fryer nie.

      Delete
  10. Sedapnya . Nanti boleh cuba sendiri kat rumah.. buat sendiru lebih puas hati

    ReplyDelete
  11. Sedap tu.. Lama tak buat.. Firtime nampak guna esen vanila. Boleh try ni.. Dengan cheesenya. Aummm. .melazatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kak nad. Kalau tak letak, hanyir telur tu kuat sangat bau. Boleh laa cuba. Best tau dengan cheese leleh lagi!

      Delete
  12. Ni lepas masak mesti bau aroma cheese tu kuat 1 rumah kan. Hehe. Sedap ni. Simple boleh cuba buat. Nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lepas tu leleh pulak cheese tu. Sedap sangat!

      Delete
  13. Kalau cheese je memang laju nak mencuba. thanks sebab share :)

    ReplyDelete
  14. Oh, esen vanilla pun boleh digunakan untuk hilangkan bau hanyir telur eh... bolehlah nanti guna petua ni... resipi yang sangat menarik... nanti nak try buat jugalah... thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi takde laa bau sangat hanyir telur tu. First try tak letak essen vanilla, kuat sangat bau hanyir telur. Most welcome ;)

      Delete
  15. nice! Suka resepi senang macam ni pastu pakai air fryer pulak (mentang2 diri sendiri baru beli air fryer. Hahah). boleh la try ni nanti. Nampak macam sedap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa kak iza! Cepat try resepi nie. Guna air fryer je. Mudah sangat ;)

      Delete
  16. Sedap ni.. Dulu pernah buat. Tapi bila dapat kat anak anak, dia bukak roti, then buang. Alahaaaai.. Rasa macam kecik besar kecik besarrrrr je tengok perangai tu tau..

    ReplyDelete
  17. anak-anak suka sangatlah kalau buat niii..zup zap zup zap abess

    ReplyDelete
  18. sedap nampaknya! Selalu beli di gerai je.

    ReplyDelete