Assalamualaikum

Sinopsis Filem Nowhere | Perjuangan Ibu Hamil Selamatkan Diri Di Tengah Laut

Sinopsis Filem Nowhere | Perjuangan Ibu Hamil Selamatkan Diri Di Tengah Laut | Kalau sebelum nie kita tengok cerita percintaan, hantu, peperangan tapi kali nie kita tengok cerita berkaitan survival.

File Nowhere yang ditayangkan bermula September 2023 menjadi trending sehingga kini. Ianya merupakan sebuah filem asal Sepanyol tontonan seluruh dunia. Boleh saksikan filem ini menerusi Netflix atau OnStream.

Sinopsis Filem Nowhere | Perjuangan Ibu Hamil Selamatkan Diri Di Tengah Laut

Filem arahan Albert Pinto ini menampilkan dua sahaja teraju utama iaitu Anna Castillo dan Tamar Novas disamping seorang bayi sepanjangn pengembaraan.

Sinopsis Filem Nowhere

Kisah filem Nowhere bermula pada zaman dimana Sepanyol mengalami masalah kekurangan sumber asas di seluruh negara. Jadi bekalan asas nak kongsi untuk semua warga negara tidak mencukupi.

Sinopsis Filem Nowhere | Perjuangan Ibu Hamil Selamatkan Diri Di Tengah Laut

Disebabkan itu, pihak berkuasa telah mengambil pendekatan yang kejam dimana akan membunuh ibu hamil dan kanak-kanak dengan tujuan untuk mengurangkan populasi sekali gus bekalan asas cukup. Dan kerana pendekatan kejam oleh pihak berkuasa, pasangan suami isteri Mia (Anna Castillo) dan Nico (Tamar Novas) membuat keputusan untuk meninggalkan negara tersebut dan berpindah ke Ireland.

Sinopsis Filem Nowhere | Perjuangan Ibu Hamil Selamatkan Diri Di Tengah Laut

Tetapi pergerakan mereka terbatas disebabkan Mia tengah sarat hamil. Jadi Nico membuat keputusan untuk lari secara haram dengan menaiki kontena. Dalam keadaan huru-hara tersebut, tiba-tiba Nico dan Mia terpisah dengan menaiki kontena yang berlainan. Maka tinggallah seorang diri Mia bergerak ke Ireland tanpa suami disisi.

Dalam perjalanan tersebut, kapal dagang yang dinaiki tersebut telah dipukul ombak kuat dan banyak kontena terhumban ke dalam laut termasuk kontena Mia. Sejak dari itulah, Mia terus berjuang untuk hidup berada dalam kontena tersebut seorang diri. Ditambah pula, Mia telah melahirkan bayinya secara sendiri ditempat tersebut.

Maka pelbagai cabaran yang dilalui oleh Mia untuk terus servive. Bagaimana ingin mengelakkan kontena tenggelam? Macam mana nak cari sumber air bersih? Makanan? Untuk bayi yang baru lahi dan sebagainya.

Review Filem Nowhere

90% Jalan Cerita Dalam Kontena

Sinopsis Filem Nowhere | Perjuangan Ibu Hamil Selamatkan Diri Di Tengah Laut

Kalau korang tonton filem Nowhere nie, memang boleh dikatakan 90% jalan cerita dalam kontena sahaja. Disebabkan Mia hanya berada di dalam kontena di tengah laut. Dia hanya boleh menggunakan barang-barang yang ada dalam kontena itu sahaja seperti baju, bekas makanan, earphone, tv dan beberapa barang keperluan lain.

Survival Skill Terbaik

Sinopsis Filem Nowhere | Perjuangan Ibu Hamil Selamatkan Diri Di Tengah Laut

Bayangkan wanita hamil seorang diri terperangkap dalam kontena di tengah laut. Dia melahirkan anak bersendirian tanpa peralatan yang cukup. Tetapi dia cuba untuk survive di samping dia memastikan bayi dia juga mampu bertahan selama mungkin.

Barang-barang yang nampak tidak berguna itu sebenarnya banyak membantu beliau untuk survive. Antaranya bekas makanan boleh tadah air hujan untuk minum, getah pada penutup bekas makanan boleh buat tutup lubang, tali earphone boleh jadi jala ikan, wayar tv boleh buat jahit luka.

Kesimpulan Filem Nowhere

Masa tengok ramai share berkenaan filem nie, aku macam tak ambil tahu sangat. Tapi macam menarik bila setiap hari boleh dikatakan new feeds aku berkenaan filem Nowhere sahaja. Terus aku tonton cerita Nowhere nie.

Memang menarik dan best sangat! Bayangkan dia jahit luka di peha menggunakan wayar tv. Seriau okay! Tapi bab yang aku tak boleh nak tengok dan terus rasa termuntah masa dia makan uri bayi. Euww! Aku rasa boleh nak tengok scene tu.

Akhir sekali, kalau korang nak tengok filem Nowhere, pastikan tiada anak-anak disekeliling ye. Kerana ada scene yang tidak sepatutnya seperti Mia melahirkan anak dalam keadaan telanjang. Jadi, ada yang tak patut ditayangkan.