Assalamualaikum
 
 

 
 
Muka Breakout Disebabkan Tati Skincare | Aku pernah beberapa kali guna Tati Skincare. Bukan nak burukkan mana-mana pihak cuma aku berkongsi tanpa selindung apa-apa maklumat ya.
 

Haritu aku pakai Tati Skincare. Muka aku yang kusam gara-gara tersalah pakai local product Babies Blink jadi flawless. Parut pudar, jerawat tak ada, cerah yang berbeza. Sampai ramai yang tegur dan housemates aku cuba pakai Tati Skincare. Memang lawa oii!

Bila aku stop pakai, jerawat naik satu persatu. Besar besar okay! Lepas tu muncul jerawat pasir atas dahi. Kulit slowly bertukar gelap dan kusam sampai buruk je rasa. Masa tu hanya Allah swt je tahu level confident jatuh merundum sampai sekarang.
 

Tapi bulan lepas aku cuba beli Nano White di drugstore. Excited tu jangan cakaplaa. Siap terbayang-bayang muka dah cantik tak lama lagi. Bila guna Nano White tu, jerawat tak naik cepat sangat. Tapi muka jadi makin gelap dan kusam. Allahu! Sedihnya!

Sampai masa aku nak meeting dengan bos haritu, bos siap perli lagi tanya makan collagen ke. Sedih weyy masa sebab tahu laa muka aku terlampau teruk breakout. Masa standby sebab ada wedding kat resort, budak barista datang tegur aku depan-depan tanya kenapa makin gelap. Rasa nak menangis je masa tu.
 
 
So, aku ambil jalan terbaik! Aku dah set nak mulakan rawatan dari dalam. Hari nie first day aku consume supplements. Aku makan Virgin Coconut Oil (VCO) D'Aura dan Vitamin C Pahang Pharma. Keberkesanan taktahu lagi macam mana. Testimoni banyak yang cakap kulit makin okay. Skincare je taktahu nak guna apa. Ingat aku try Cosmoderm Vitamin E tu. Cuma sunblock taktahu nak try mana satu. Any suggestion?
❝ Doakan supaya kulit muka aku kembali pulih ya. Penat tau bila selfie, kena edit letak filter sebab malu nak upload gambar muka breakout! ❞