Assalamualaikum


Hari nie nak bagi tips yang berguna kepada semua yang ingin memilih kerja atau tempat kerja. Tidak kira sama ada fresh graduated atau yang ingin berhijrah ke company lain. Harap dapat membantu dan kalau ada tambahan, sila tinggalkan comments. Nanti aku update yang mana berguna.
 

1. Sesuai Dengan Kelayakan

Sebuah pekerjaan akan lebih mudah dan menyenangkan apabila anda bekerja di bidang yang sesuai dengan kelayakan yang dimiliki. Anda akan lebih menikmati dan merasa selesa dengan suasana kerja serta tugas-tugas yang menjadi tanggungjawab anda di tempat kerja kerana kelayakan anda dapat dipraktikkan untuk menyelesaikan semua pekerjaan.

Namun, apabila anda memilih untuk bekerja di luar kelayakan atau 'lari bidang' dengan alasan tertentu, maka adalah sangat penting untuk memiliki tekad dan kemampuan yang tinggi untuk mempelajari hal-hal baru yang sesuai dengan proffesion yang anda pilih. Tidak salah jika 'lari bidang', asalkan anda mempunyai tanggungjawab untuk menghadapi risiko dalam bidang yang baru.

2. Gaji

Kebanyakan orang akan menjadikan gaji sebagai watak utama dalam memilih pekerjaan. Kerana itu ramai yang memilih bertahan di sebuah tempat kerja yang menawarkan gaji besar meskipun skop kerja yang tidak begitu selesa dan menyenangkan, atau mereka yang memilih bertukar kerja ke tempat kerja baru dengan alasan untuk mendapatkan gaji yang lebih besar.

Gaji merupakan faktor yang sangat penting dalam pekerjaan, oleh kerana itu selalu pertimbangkan secara matang dan tidak terburu-buru mengenai hal ini. Bila anda memutuskan untuk berhenti dan mencari pekerjaan, pastikan gaji yang didapatkan di tempat yang baru akan lebih baik dan sesuai dengan jumlah kos yang akan anda perlukan, contohnya duit minyak, tol dan sewaktu dengannya.

3. Prestasi Syarikat

Bekerja pada sebuah syarikat besar akan membuat anda memiliki sebuah kebanggaan dan prestasi tersendiri. Hal ini juga akan mempengaruhi kemudahan yang disediakan dan keselesaan yang anda akan dapat di syarikat tersebut kerana sebuah syarikat besar semestinya memiliki kemampuan lebih untuk menjaga kebajikan pekerja.

Anda juga akan mendapat banyak faedah berbanding syarikat lain sehingga anda tidak ingin bertukar tempat kerja lain. Anda akan kekal di syarikat itu!

4. Lokasi Tempat Kerja

Paling penting untuk dipertimbangkan kerana ini akan mempengaruhi emosi anda di tempat kerja setiap harinya. Bekerja di bandar besar dan tempat kerja yang lokasinya jauh dari tempat tinggal akan membuat anda harus menghabiskan banyak masa di atas jalanraya. Hal ini sangat merugikan dan membuang banyak masa berharga anda.

5. Pengalaman Yang Akan Anda Dapat

Walaupun syarikat tempat anda bekerja hanya sebuah syarikat kecil, anda tetap dapat manfaatnya sebagai tempat untuk belajar sementara dan sebagai batu loncatan untuk dapat menembus syarikat yang lebih besar di waktu yang akan datang.

TAMBAHAN : Tegakkan Integriti

Setiap orang akan menghadapi dugaan masing-masing dalam alam pekerjaan. Walaupun belum berada dalam pekerjaan atau jawatan yang sesuai dengan keinginan, memiliki integriti yang tinggi di setiap pekerjaan merupakan hal yang wajib dimiliki. Kerana setiap kali anda berada di luar zon selesa, akan selalu ada hal yang boleh dipelajari dan digunakan sebagai bekalan untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Dengan begitu, anda harus bersiap sedia dengan pengalaman yang cukup bekerja di tempat yang anda inginkan!
Credit to Cermati