Kopi Organik Terbaik Masa Kini - The Koppi

Assalamualaikum
Siapa peminat kopi? Aku bukanlah penggemar kopi dan memang tak suka minum kopi. Kalau depan mata nie ada dua pilihan sama ada air detox dan kopi, aku sanggup minum air detox 😂 Punyalah tak suka kopi sejak dulu.. Kopi ibarat musuh ketat aku sebab adik beradik kopi semua aku tak minum. Kadang-kadang sanggup tak minum air kalau orang hidangkan air kopi.

Tapi selepas diperkenalkan dengan The Koppi iaitu 100% kopi organik, aku dah mula rasai nikmatnya secawan kopi. Kalau korang nak tahu, The Koppi nie hasil usahawan orang kita iaitu Encik Hafizi atau lebih dikenali sebagai Gee. Encik Gee nie ialah Founder The Koppi. Rajin berbakti kepada tanah untuk menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi tanpa kimia dan bebas racun. Biji-biji kopi ini jugak dipetik sendiri.

Racun kimia dan baja kimia tidak digunakan dalam kebun ini tau! Maksudnya, kulit buah kopi yang telah dikopek tu akan ditabur pada pangkal pokok agar ia dikompos menjadi baja. Organik baja okay! Say no to chemical.. Haaa! Ini part paling special! The Koppi juga mencipta baja sendiri okay. Hanya dengan menggunakan kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang kemudiannya diperam selama dua minggu. Ia seperti "Garbage Enzyme".

Untuk pengetahuan semua, kopi ini tiada campuran bahan-bahan lain. Jadi rasa kopi itu lebih "strong" dan kaw. Sebagai contoh campuran bahan-bahan lain seperti marjerin, gula, gandum, garam, bijan dan arang tempurung. Penggunaan marjerin dan gula secara berlebihan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan.




Beginilah kebun The Koppi di Sungkai, Perak. Kebun yang dijaga dengan bersih dan rapi. Kebun yang bersih lebih terjamin dari segala aspek penting. Dan gambar dibawah adalah bunga sebelum jadi buah kopi. Bunga yang sangat wangi seperti bunga melur. Wanginya hanya pada waktu pagi tau! Kalau waktu pagi tu, seluruh kebun kopi tu akan berbau wangi.




Untuk pengetahuan, The Koppi yang dihasilkan ini adalah gabungan dua jenis kopi iaitu Liberica dan Robusta. Liberica bentuknya lebih lonjong dan tirus manakala bijinya lebih besar. Jika dipanggang, baunya semerbak tetapi rasanya tidak sekuat Robusta. Ingat! Robusta lebih pahit. Kandungan kafein sangat tinggi. Kalau ada yang pernah kopi Vietnam, haa itu kopi Robusta ya.


Di atas ini adalah gambar biji kopi yang telah dikopek. Isinya direndam terlebih dahulu. Proses ini dipanggil sebagai "Fermentation". Proses "fermentation" ataupun lebih dikenali sebagai rendam ambil masa minimum 3 hari. Untuk pastikan isi yang manis tadi lekang dari biji kopi, air akan tukar setiap hari sehingga jernih sebelum dijemur.


Haaa ini bila air dah bersih tau! Masa ni biji kopi dah kesat sebab isi yang manis tadi dah. Selepas itu, biji kopi dijemur dalam talam besi atau aluminium supaya cepat kering. Dijemur sehingga betul-betul kering dalam tempurung kopi tu. Kalau cuaca panas terik, masa yang diperlukan untuk jemur 4 hingga 7 hari sahaja. Kalau musim hujan, sehingga dua minggu.


Biji kopi yang dah kering selepas dijemur akan terus ditumbuk sehingga tempurung biji tu pecah. Yang hijau itulah akan digunakan untuk dijadikan kopi. Selepas tumbuk, proses seterusnya ialah mengasingkan tempurung biji kopi dan biji kopi berwarna hijau tu. Tempurung biji kopi tu sangat keras dan tajam.


Proses seterusnya ialah panggang biji kopi itu. Biji kopi dipanggang menggunakan mesin yang khas untuk panggang biji kopi. Suka aku ingatkan disini, biji kopi terendam dalam air lebih lama akan lebih berasid. Sebab itu ada jenis brand kopi ada rasa masam "after taste". Selepas panggang biji kopi, biji kopi akan direhatkan sekurang-kurangnya 3 hari untuk keluarkan minyak dan aroma. Itu dipanggil proses Degasses. Proses panggang menggunakan "roaster" atau pemanggang yang mengenakan angin panas ataupun dikenali "hot blower" pada biji kopi. Bukan macam main masak-masak tu ya 😅


Inilah kopi yang dihasilkan setelah dikisar dan menjadi serbuk. Untuk menghasilkan hasil yang berkualiti dan bermutu tinggi, memang sedikit sukar. Tapi hasilnya mampu puaskan hati. Dan tengok dibawah ini. 

Nampak jernih kopi tetapi rasa kopi yang sangat kaw! Jernih tak bermakna kurang rasa kopinya tau. Macam mana? Ada yang teringin nak rasa The Koppi? Kopi ini tidak akan meninggalkan rasa masam seperti sesetengah kopi yang lain. Sangat berkualiti dan dijamin halal. Dan ini contohnya secara ringkas perjalanan menghasilkan kopi yang berkualiti.  




Bagi yang teringin nak berminat untuk menikmati keenakkan The Koppi ini, boleh layari terus Facebook ataupun Instagram The Koppi. Istimewanya aroma The Koppi sehingga dilamar untuk menjadi supplier kopi di The Canteen milik Chef Adu. Bukan calang-calang kopi ya. The Koppi juga telah mencipta nama di akhbar Sinar Harian dan Segmen DIY TV Alhijrah. Tahniah The Koppi!

Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak deal dengan Encik Gee, boleh contact:-
Facebook : The Koppi
Instagram : The Koppi
Whatsapp : 018-923 5644

Post a Comment

13 Comments

  1. Memang sedap sangat THE KOPPI ni.. Rasa secawan terus jadi terlajak bercawan-cawan.. kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Tati. Punyalah sedap The Koppi nie. Memang kaw!

      Delete
  2. Sedap The Koppi ni.
    Dari tak boleh minum memang kita boleh minum kan sebab dia light

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul.. Sebab bukan macam kopi yang lain. The Koppi lain daripada yang lain.

      Delete
  3. Lisa suka kopi.. sini pemes kopi kluang.. lain2 tak try lagi . hm rasa nk cuba lak. pure koppi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pure kopi lisa. Sesuai untuk orang macam Lisa yang sukakan kopi. The Koppi salah satu pilihan terbaik!

      Delete
  4. Wow terbaiklah, semuanya proses sendiri tanpa bahan kimia. Kalau akak lebih suka beli kopi camni untuk husband.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul.. Lebih berkhasiat dan selamat untuk semua :)

      Delete
  5. If you've never enjoyed coffee, you may not have found the right brew for you, kan.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. Siqah peminat kopi dan first time dengar brand ni. Siqah cuba nanti. Nampak sedap je korang cakap. Pantang dengar kalau ada orang kata kopi sedap. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah, you have to try it! Memang sedap gilaaaaa!

      Delete