Assalamualaikum

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) Di Politeknik | Sebagai bekas pelajar bagi jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian), aku ingin berkongsi serba sedikit bagi memudahkan bakal-bakal pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang jurusan ini. Benda baik kena kongsi, gituuuu! Kalau ada silap dalam perkongsian ini, yang mana boleh betulkan, sila tinggalkan komen ya.

Bidang teknologi maklumat ini sangat besar! Dan kalau korang ingin sambung pelajaran dalam bidang ini, pastikan minat korang terlebih dahulu. Jangan dah separuh jalan, nak patah balik. Rugi masa dan duit. Jom sama-sama kita fahami dulu apa jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) ini.

Program ini direka untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer. Program ini memberi pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian. Pelajar berpeluang mempelajari dan menggunakan perisian sumber terbuka dalam kursus Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Kursus pengaturcaraan dan aplikasi lain termasuk di dalam program ini adalah Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.

Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindahkan dan pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan dan menggunakan teknologi baru. Selain daripada kursus teknikal, pelajar juga mempelajari Komunikasi Bahasa Inggeris 1, 2 dan 3, Matematik, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Tamadun Islam, Ko-Kurikulum, Soft Skills dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan untuk meningkatkan kompetensi mereka di dalam soft skills.

Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:

        a. Lulus Bahasa Melayu
        b. Lulus Bahasa Inggeris
        c. Lulus Sejarah
        d. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

                 i.   Mathematics atau Additional Mathematics
                 ii.  Mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

Subjek Semester *Subjek ini mungkin ada perbaharuan


Senarai Politeknik Yang Menawarkan

1. Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
2. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
3. Politeknik Mersing, Johor
4. Politeknik Tun Syed Nasir, Johor
5. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
6. Politeknik Seberang Perai, Penang
7. Politeknik Balik Pulau, Penang
8. Politeknik Mukah, Sarawak
9. Politeknik Ungku Omar, Perak
10. Dan lain-lain ๐Ÿ˜…

Prospek Kerja

Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi rangkaian komputer, pengurusan rangkaian dan keselamatan maklumat, sokongan pelayan dan multimedia interaktif yang boleh diaplikasikan kepada bidang kerjaya yang luas dalam perniagaan dan dunia industri ICT. Pegetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja seperti Personel Penyelenggaraan, Personel Sokongan Rangkaian, Pentadbir Rangkaian, Ekskutif  Sokongan Maklumat / IT, Penyokong Teknikal Komputer, Jurutera Sokongan IT, Pembantu Jurutera Rangkaian, Pembangun IT dan Meja Bantu Teknikal.

Pesanan Kepada Semua

Pesanan kepada adik-adik yang ingin sambung pelajaran dan masih tertanya-tanya dalam bidang apa yang ingin diteruskan, aku cadangkan bidang IT kalau minat korang mendalam terhadap IT. Bidang teknologi maklumat nie sangat meluas dan pecahan terhadap bidang ini banyak. Jadi, pilih dengan betul dan fokus. Aku pun pelajar lepada Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Alhamdulillah, tak sia-sia pilih bidang nie. IT makin meluas kerana teknologi sekarang makin pantas membangun!

Kepada adik-adik, selamat maju jaya!