PCOS Mengganggu Hidup Aku

by - Sunday, October 20, 2019

Assalamualaikum


PCOS Mengganggu Hidup Aku | Setelah kian lama tak update blog kesayangan nie, hari nie tekadkan diri nak update. And sama macam sebelum nie, niat nak update blog setiap hari. Tercapai ke tak? Hahaha.. Tak berani nak cakap sebab waktu kerja aku sangat busy. Orang nampak macam aku makan gaji buta, but I'm not! Aku masih tahu halal haram oi..

Semalam masa tengah mandi, terdetik dalam hati. Kenapa aku tak update blog eh? Kalau ikutkan banyak cerita aku bercerita dalam blog. Blog nie kan dunia maya aku. Tanpa gangguan sesiapa. Aku boleh luahkan apa sahaja. Takde laa nampak berkisahkan cerita produk semata-mata. Ahh gituwwww! Terus pagi nie buka blog and taip entry nie. Nak update malam tadi tapi tu laa. Mengantuk sangat mata semalam.

Ehh panjang betul mukadimah aku! Okay, let's we begin.

Korang pernah dengar pasal Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) tak? PCOS ini ialah gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita dalam lingkungan umur reproduktif atau kata mudah yang belum menopause dan keadaan yang boleh mengganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita.

Punca PCOS tidak diketahui tetapi boleh dikaitkan dengan penyakit yang diwarisi oleh ahli keluarga yang lain. Namun, gejala yang timbul akibat PCOS ini juga berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan. Wanita yang menghidap PCOS ini mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu menyerupai lelaki.


Apakah simpton penyakit PCOS?

  • Kitaran haid yang tidak teratur, berpanjangan dan dalam kuantiti yang banyak
  • Kenaikan berat badan atau obesiti
  • Kencing manis
  • Kolesterol tinggi
  • Kemandulan
  • Ketumbuhan bulu yang berlebihan seperti lelaki seperti misai, janggut dan di bahagian dada
Kenapa aku sibuk bercerita pasal PCOS nie? Apa kaitannya? Bagi aku, ini kisah duka aku yang mengganggu hidup aku. Taktahu dah sahih atau belum. Doktor yang check aku masa kali pertama cakap ada, dua orang doktor yang check aku semalam follow up cakap tak ada. Yang mana lagi betul? Aku buntu dan aku masih ragu-ragu. Kalau tak ada, alhamdulillah. Kalau ada, moga semuanya baik-baik sahaja.

Aku ada masalah haid tidak teratur sejak Tingkatan 4. Aku anggap benda tu normal. Bila aku turunkan berat badan, masalah haid tidak teratur aku selesai. Bila aku sambung belajar, terjadi lagi! Dan aku perasan aku ada lebihkan bulu; misai. And aku anggap benda tu sebab aku always pakai mask. So, tertarik bulu-bulu halus dan tumbuh misai. Hahahahaa itu anggapan aku dulu!

Bila aku masuk alam pekerjaan, haid tidak teratur kadang-kadang sahaja terjadi. Dan aku terbiasa dengan situasi sebegitu. Sampai laa tahun nie, aku alami sakit perut bahagian kiri. Kerap dan sakit secara tiba-tiba. Aku tiba-tiba terdetik pasal cyst. Esokkannya terus ke Klinik Kesihatan untuk check. Bila aku cerita pada doktor, doktor suruh aku baring untuk scan. Doktor cakap perut belah kiri sedikit bengkak. Bila scan lagi, doktor kata ada something bersaiz 4cmX2cm.


Doktor cakap mungkin PCOS. Terus aku dihantar ke makmal untuk ambil darah dan doktor aku siapkan surat untuk follow up dengan pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu. Tapi sepanjang aku berjalan dari bilik doktor ke makmal, aku tak nampak apa. Mata aku kabur. Tahan sebak! Macam tak percaya. Lagi sebak bila doktor tanya aku ada plan nak kahwin atau tak. Plan nak kahwin tu memang ada. UjianMu untukku besar sungguh.

Lepas ambil darah semua tu, aku terus masuk kereta. Menangis! Aku tengah hadap benda tu seorang diri. Aku cuba call D tapi dia tak angkat. Masa tu aku dah fikir nak dia lepaskan aku. Sebab? Risiko bila seorang wanita penghidap PCOS nie susah untuk hamil. Aku takut benda tu! Emo teruk aku hari tu. Menangis sepanjang jalan. Berhenti menangis pun bila dah masuk parking office.

After three weeks, aku ke Klinik Kesihatan lagi untuk ambil result darah dan surat. Doktor lain pulak yang rawat aku. Doktor suruh aku baring untuk scan lagi sebab result aku okay. Semuanya normal. Bila doktor scan, doktor cakap tak ada apa dalam perut aku. Clear! Tak macam scan sebelum nie. Doktor panggil doktor bilik sebelah untuk scan aku and betul, clear!

Aku sedikit lega tapi apa yang 4cmX2cm hari tu? Apa yang doktor tu scan tiga minggu lepas? Apa yang menyebabkan aku selalu sakit? Aku tertanya-tanya sampai sekarang. Walaupun doktor cakap tak ada PCOS tapi aku masih perlu berjaga-jaga. Disebabkan aku ada masalah berat berlebihan, aku perlu turunkan berat badan.

Lega tapi tak macam dulu. Aku masih berjaga-jaga. Perut belah kiri aku masih sakit. Doa yang baik-baik untuk diri ini. Aku sangat-sangat perlukan sokongan. Seriously, masa doktor cakap first check up tu, aku lemah. Aku tak mampu nak hadapi. Aku kalah..

You May Also Like

6 Comments

  1. Hpoefully everything will be fine... InshaAllah

    ReplyDelete
  2. insyaallah..kawan ammi 2 org ada PCOS. Yang sorang dapat anak seawal 3 bulan perkahwinan yg sorang lagi agak lambat dalam setahun setengah.

    Dia amalkan jaga diet. Means dia eat clean, kurangkan food yg ada gluten. Dan alhamdulillah dia berjaya conceive dan baby pun dah 1 bulan lebih.

    Kita usaha je..rezeki anak, jodoh semua tu ditangan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan amalkan eat clean. Takut jugak!

      Delete
  3. Semoga semuanya dipermudahkan untuk eyka. KakYa doakan eyka cepat sembuh okey. Be strong baby sayang..

    ReplyDelete