Assalamualaikum


Dimana Lokasi Nasi Dagang Padu Di Kuala Terengganu | Terengganu Darul Iman bukanlah satu destinasi percutian yang asing lagi pelancong-pelancong di Malaysia dan dari luar negara. Pulau dan pantai yang cantik seringkali menjadi tumpuan pelancong-pelancong. Tetapi apa yang menarik untuk aku kongsikan dengan korang kali ini di negeri kelahiran aku nie ialah mengenai salah satu makanan tradisi Terengganu iaitu Nasi Dagang. Haa.. pernah makan tak? Ke favourite korang? Kalau tak pernah makan, korang patut cuba.

Aku nie kalau ke Kuala Terengganu akan cuba merungkai sendiri beberapa kedai nasi dagang yang dikatakan memang sedap dan terbaik di Kuala Terengganu nie. Disebabkan aku nie dari Dungun, sebuah daerah dalam negeri Terengganu Darul Iman nie, hanya memandu je laa. Tapi jika korang dari Kuala Lumpur, dengan bantuan train KLIA Transit yang super pantas, korang akan sampai ke KLIA dalam masa kurang dari setengah jam sahaja. Kalau anda ingin mencuba train nie, anda boleh dpatkan tiket di KLIA Transit online ticket promo di laman Traveloka.

Selain itu, kalau korang terkena timing yang cantik, korang akan dapat harga promo. Mendarat sahaja di airport Kuala Terengganu, korang boleh terus dapatkan private transport yang korang dah book siap-siap dari Traveloka untuk ke hotel. Dan kalau korang inginkan perkhidmatan private transport dari mana-mana airport, korang juga boleh dapatkan airport taxi promotion yang di provide oleh Traveloka juga.

Okay la.. apa kata aku senaraikan beberapa gerai nasi dagang yang sedap di sekitar Kuala Terengganu nie? Lepas nie kalau korang datang ke negeri bersih serba nan indah nie, boleh terus serbu. Jom kita mulakan.

Nasi Dagang Kak Pah


Aku yang dalam negeri Terengganu nie, memang breakfast aku dahulu kan nasi dagang. Kenapa? Favourite aku nie! Banyak yang jual nasi dagang tapi untuk kena dengan selera tu, susah tau! Tapi di sini, nasi dagang Kak Pah nie memang best! Nasi dagang Kak Pah antara yang terbaik di Terengganu. Kalau korang nak cuba nasi dagang Kak Pah nie, kedai Kak Pah ini terletak di Medan Selera Batu Burok. Dan kalau korang nak cuba, sila pergi awal tau! Kang habis, melepas korang nak rasa nasi dagang Kak Pah yang sedap ini. Banyak lagi pilihan makanan selain nasi dagang yang boleh korang cuba.

Nasi Dagang Atas Tol


Kedai nasi dagang yang beroperasi lebih dari 10 tahun. Menjanjikan hidangan nasi dagang yang sedap dan menyelerakan. Apa yang buatkan aku kata sedap? Sebab aku dah nikmati nasi dagang nie dan teh ais tu. Aku sampai awal pun terpaksa parking jauh tau! Ramai orang dan sanggup beratur demi nasi dagang atas tol nie. Haa kalau datang berdua, salah seorang kena beratur dan sorang lagi kena cari meja.

Nasi Dagang Kak Jah


Untuk nasi dagang kak jah nie, aku boleh katakan boleh tahan juga sedapnya. Ia terletak betul-betul didalam bandar Kuala Terengganu. Kalau korang menginap di bandar, tak sampai 10 minit pun korang dah boleh sampai ke kedai nasi dagang Kak Jah nie. Walaupun namanya gerai nasi dagang, gerai Kak Jah nie juga ada menyediakan sarapan yang lain daripada yang lain iaitu pulut kuning atau lebih dipanggil sebagai nasi kunyit. Nak rasa yang lebih padu, korang boleh makan dengan telur masin dan beberapa lagi lauk lain yang disediakan di kedai Kak Jah nie.

Nasi Dagang Mak Ngah


Nasi dagang Mak Ngah merupakan salah satu gerai nasi dagang yang boleh tahan popular juga di Kuala Terengganu. Ia mempunyai pelanggan setianya yang tersendiri. Nasi dagang Mak ngah nie terletak berdekatan dengan Taman Rekreasi Chendering. Kalau korang pergi semasa musim cuti persekolahan, korang akan dapat lihat banyak kereta yang diparking sepanjang jalan semata-mata untuk ke gerai nasi dagang Mak Ngah nie. Dikatakan juga gerai nasi dagang Mak Ngah nie adalah antara yang lama juga beroperasi sejak tahun 60-an. So, korang tunggu apa lagi? Jom la singgah kedai nasi dagang Mak Ngah.

Itulah dia beberapa gerai nasi dagang yang aku dah cuba. Kalau ikutkan dalam senarai, ada lagi beberapa kedai nasi dagang yang lain. Tapi ini sahaja yang sempat aku cuba dan kongsikan kepada korang. Next time kalau aku ada masa lebih lagi dan aku ke Kuala Terengganu nie, saku akan cuba lagi beberapa kedai makanan tradisi di sini. Kalau korang ada cadangan kedai nasi dagang yang menarik, boleh la share dengan aku okay.