Assalamualaikum


Resepi Maggi Sotong Simple | Tengah malam layan maggi sotong. Perghh! Memang best sangat. Buat pulak extra pedas dengan cili padi. Memang kick betul! Makan masa tengah maggi tengah panas berasap lagi tu, fuhhh!

Tapi aku nie anak jati Terengganu tau! Dalam maggi aku wajib letak keropok keping tapi letak masa dah nak siap tu, baru best. Jom aku ajar korang macam mana nak masak maggi sotong nie. Keropok nie optional je tau!


Bahan-bahan

1. 1 paket maggi kari
2. 2 ekor sotong sederhana besar *cuci dan toskan
3. 1 biji bawang besar *tumbuk
4. 2 ulas bawang putih *tumbuk
5. 3 biji cili padi *tumbuk
6. 1 sudu cili boh
7. 1 sudu sos cili
8. 1 sudu jus lemon
9. 1 cawan air
10. Secubit garam 
11. 1 biji telur
12. 4 keping keropok keping *optional
13. 1 batang sawi *potong


Cara-cara

1. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak
2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan satu sudu cili boh, satu sudu sos cili dan perencah maggi kari
4. Masukkan sotong dan masukkan satu cawan air
5. Kemudian, pecahkan telur dan masukkan secubit garam
6. Masukkan maggi dan sayur yang telah dipotong
7. Masukkan keropok keping dan gaul perlahan-lahan dengan kuah maggi tu
8. Akhir sekali, masuk satu jus lemon dan siap!

Sedap weyy! Sekejap je hadap dah licin mangkuk. Korang tak nak cuba ke? Hahahaha.. kalau layan maggi sambil layan movie, tengah malam, time hujan. Perghh! Padu teruk tau!

9 Comments

  1. Wow... Wow... Wow... Mengancam ni letak sotong.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Pedas tu..tapi nampak sedap sangat.. thank share resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie pun rasa pedas sikit je.. sedap! Most welcome ;)

      Delete
  3. Wah ada letak seekor sotong yang dikelar.
    Ini megi mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. sekali sekala layan maggi cenggini syiok jugak!

      Delete
    2. Dah follow balik #1495. Tq

      Delete