Assalamualaikum



Shopping Raya Dengan MyRamadhan Campaign Di Platform PG Mall | Bulan Ramadhan tak lama lagi bakal menjelma tidak lama lagi. Begitu juga dengan bulan Syawal. Raya oii! Korang dah siap ke persiapan raya tu? Walaupun sekarang kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, raya tetap raya. Kalau tak boleh pergi ke mall, korang boleh shopping online je.


Pernah dengar PG Mall tak? PG Mall nie platform membeli-belah tempatan dalam talian nombor satu di Malaysia tau! Dan untuk pengetahuan korang juga, PG Mall nie mengalu-alukan semua orang walaupun untuk peniaga baru yang ingin menjual secara dalam talian. PG Mall bertujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Selain itu, walaupun kita dalam mood #stayathome, shopping tetap shopping tau! Dalam PG Mall nie, banyak promosi tengah tunggu korang tu! Nak raya, makin banyaklah promosi tengah menunggu. Tapi korang jangan risau tau! Harga kaw-kaw murah!


Setiap hari akan ada Hot Day Sale tau. Hot day sale ini mempunyai tiga slot setiap hati. Slot pertama pada pukul 10.00 pagi, slot kedua pada pukul 4.00 petang dan slot ketiga pada pukul 9.00 malam. So, korang boleh grab mana-mana sale nie dan diskaun sehingga 80%. Wow! Banyak tu!


Untuk makluman korang, PG Mall akan mengadakan MyRamadhan Campaign bermula 17 April 2020 sehingga 05 Mei 2020 ini. Tak lama dah nak kempen nie nak start nie. Dah boleh buat planning apa je yang nak dibeli untuk raya. Eh eh! Walaupun kempen raya, masih ada diskaun yang menanti korang tau.


Untuk pembelian yang pertama, korang akan dapat RM15 off dengan minimum belian RM50 atas satu resit. Dan untuk 1000 orang yang pertama, korang ada peluang untuk rebut dua keping MyRamadhan Campaign setiap seorang.

Jika korang dah pernah shopping dalam PG Mall nie, korang boleh dapat RM5 off dengan minimum belian RM30 atas satu resit. 1000 orang yang pertama, rebut peluang korang untuk MyRamadhan Campaign tanpa limit pembelian untuk setiap seorang. Wow!

Dan dengan minimum belian RM150, korang boleh dapat RM25 off tau! Tapi nie limited edition tau. Hanya 200 orang yang terawal sahaja yang boleh rebut peluang untuk memenangi MyRamadhan Campaign sekeping setiap orang. Dan semua ini ada terma dan syarat ya!


Dalam pada itu, korang boleh membuat pembayaran menggunakan Maybank QRPay dan korang boleh menikmati 10% cashback dihadkan pada RM10 semasa membuat pembelian dengan pembelian minimum RM30 melalui Maybank QRPay atau MAE. Dan penggunaan ini hanya dua kali sebulan. Promosi membuat pembayaran menggunakan Maybank QRPay ini sah sehingga 20 April 2020 sahaja.


Korang juga boleh menikmati 15% cashback tanpa minimum pembelian dan dihadkan pada RM10 semasa membuat pembelian dan bayar menggunakan Boost! Promosi membuat pembayaran menggunakan application Boost ini sah sehingga 19 April 2020.


Pada waktu yang sama, shopping dengan PG Mall dan korang boleh dapat bonus mata tambahan sebanyak 50% daripada Air Asia Big. Dan jika korang dah ada Air Asia loyalty points, korang boleh guna dalam platform PG Mall itu! Wohooo! Banyaknya yang menarik dengan PG Mall nie.



Ehh jap! Nak bagitahu korang nie. PG Mall ada mengadakan cabutan bertuah dua kali sebulan tau. Dan cabutan dibuat setiap 15 dan 30 hari bulan pada setiap bulan. Sempena Love You 3000Campaign, korang berpeluang mendapat cabutan bertuah PG Mall C-Wallet bernilai RM3000.

PG Mall juga turut memberi ganjaran kepada pembeli dan juga orang lain yang menggunakan referral links untuk membeli dari PG Mall. Dengan membeli-belah dan mengajak orang lain juga untuk menikmati Shop-Share-Earn konsep unik ini dengan korang boleh mendapat cashback sehingga 3.5% untuk selama-lamanya tau! Ehh jap! Korang juga boleh guna c-wallet korang untuk membuat pembelian dalam platform PG Mall tau! Kalau nak top up c-wallet korang? Top up je dalam platform PG Mall tu. Mudah je kan?
Pada era globalisasi ini, semuanya makin canggih tau! Nak shopping apa-apa pun mudah je sekarang. So, apa kata korang install PG Mall dalam handphone korang sekarang dan boleh scan je QR code nie untuk mendaftar dalam PG Mall. Tunggu apa lagi tu? Cepatlah!

48 Comments

  1. jom shopping baju raya eyqa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ciknor! Bulan depan dah raya tu. #OOTD wajib ye!

      Delete
  2. Kita tak pernah beli lagi kat PG Mall ni nak kena cuba juga lah hehehe meriah ni..

    ReplyDelete
  3. pergh..duk rumah ni kan.ingat bleh la jimat duit..non hado.lg banyak duot habis sbb online shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa duit banyak invest online shopping!

      Delete
  4. Sekarang nie mudah je nak shopping kan.

    ReplyDelete
  5. Memang jangan kata bukak, siap dah TERbeli bermacam dah hahahaha harga sangat murah..so kalau bukak, baca bismillah dulu..bab diskaun tu yang tak boleh tahan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa nie malas nak buka nie. Confirm terbeli, kan?

      Delete
  6. Pernah masuk sini tapi tak pernah beli lagi. Tapi yang sis tahu banyak juga barang dijual kat sini.

    ReplyDelete
  7. musim PKP ni mmg ramai yg shopping online..sambil shopping dpt cashback lagi syok

    ReplyDelete
  8. geram betul time pkp ni banyak online platform bagi diskaun kaw2. kan dah terjebakkkk haha

    ReplyDelete
  9. Akk dh shopping. Saje try. Beli tuppaware.. Hehe.. Cepat smpai.. Ehehe.. Banyak pilihan. .Senang nak shoppinbg. .siap ade diskaun lagi

    ReplyDelete
  10. makin byk pula kemudahan shopping online ni. nanti nk p jenguk la PG Mall ni, mana tahu ada baju raya yang boleh disambar..hehe

    ReplyDelete
  11. Ada cashback? Nielah our #newnormal sekarang kan - semua beli online sebab lebih mudah dan selamat. Ok. Rawlins pun nak check it out!

    ReplyDelete
  12. aida ahli of this pgmall.
    sebab aida bei emas monthly with pg :)
    now, pkp is timet to shop online.
    sesuai la ada such a great offer kan.
    terbaik pgmall :)

    ReplyDelete
  13. Thank you for sharing! I am so going to share this great news with my friends!

    ReplyDelete
  14. Tu la dok pikir nak beli baju kat outlet baju tahun lepas. Tapi dah PKP ni pakai yg lama or beli online la jawabnya. Boleh Bella try PG Mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh laa tu Bella try PG Mall ;) Banyak pilihan dan cashback tu :D

      Delete
  15. bagus pg mall ni. mommy ada jugak beli barang sikit dekat pg mall

    nak cari barang pun senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn? Lepas nie mommy guna PG Mall je laa..

      Delete
  16. tahun ni tak sure sama ada nak ada baju raya baru atau pakai yg tahun2 lepas. apapun2 ada pilihan lah utk beli barangan dkt tempat selain shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sebelum nie asyik Lazada and Shopee je ;)

      Delete
  17. Ada pgmall pula ye. Tak pernah demgar lagi pasal pgmall ni. Erm kalau saya terjah ni mahu ramvang mata dibuatnya. Hahaha.. Memang kempis poket nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa a'ah ada PG Mall dah sekarang. Boleh laa try ;)

      Delete
  18. best ni nanti saya beli kat sini pula. zaman camni kena berbelanja juga, supaya ekonomi mengalir

    ReplyDelete
  19. tak pernah dengar pula PG Mall. Tapi tengk latform ni bagus, memudahkan orang membeli segala barang keperluan secara online. Tak payah beratur, lagi lagi musim PKP ni. Persiapan raya? hehe ala tak sempat buat lagi. Nanti dah puasa baru fikir hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa.. now dah nak raya! PG Mall kena jadi pilihan tau!

      Delete
  20. Ok dan tengok PGMall web, nanti nak try guna ewallet, sebab PKP ni amount dalam tu ada baki tak guna langsung terima kasih Info yea.

    ReplyDelete
  21. Tak pernah lagi shopping kat platform ni. Nanti boleh usha2. Ingat nak cari jugak baju raya..walau duduk rumah ttp nak cantik raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik pada hari raya tu wajib okay! Cepatlah usha dalam PG Mall tu

      Delete
  22. Kita tak pernah tau PGMall ni tapi tgk bagus2 juga promosi dia kan? Boleh la shopping nnt di PGMall

    ReplyDelete
  23. PG Mall ni Ruby belum ada akaun dia lagi. nanti nak daftar dan tengok ada apa-apa barang berkenan tak. Hehehe

    ReplyDelete