Assalamualaikum


Resepi Sotong Masak Kicap Lemon | Sekarang aku masih dalam #misigantipuasaeyqahasnan. Maklum laa, aku nie suka sangat ganti puasa last minutes. Taktahu apa masalah aku. Padahal boleh je nak ganti awal-awal tapi malas. Kalau last minutes macam nie, reti pulak speed sikit ganti tu.

So, sahur tadi aku rajin sikit. Biasanya aku goreng ikan makan dengan sambal belacan je atau aku goreng ayam. Tapi sahur tadi aku buat sotong masak kicap lemon tapi kicap tu aku tak letak banyak pun. Aku tak nak sotong aku hitam sangat sebab perapan pun dengan kunyit.

Bahan-bahan

1. 3 ekor sotong sederhana besar *potong, cuci dan toskan
2. 1 biji bawang holland *dipotong bulat
3. 2 biji bawang merah *blend
4. 2 ulas bawang putih *blend
5. 2 biji cili padi *potong
6. 2 batang bendi *potong
7. 1 sudu kecil blackpepper
8. 1 sudu kecil lada sulah
9. 2 sudu kecil jus lemon
10. 1 sudu kecil serbuk kunyit
11. 3 sudu besar kicap

Cara-cara

1. Perapkan sotong yang telah dicuci dengan serbuk kunyit, lada sulah, blackpepper, jus lemon, bawang merah dan bawang putih selama 20 minit
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Masukkan sotong yang telah diperap dan biarkan sehingga separuh masak
3. Masukkan bendi dan gaul seketika
4. Masukkan kicap dan korang boleh tambah sedikir air jika nak berkuah
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Taburkan bawang holland dan cili padi yang telah siap dipotong
7. Gaul biar sekata dan siap!

Tahu tak? Kalau korang perap lagi lama, lagi best tau! Rasa masam lemon tu cukup. Bila dah letak lemon nie, perasa lain tak payah letak banyak pun tak apa. Dah sedap! Tak percaya? Korang boleh cuba sekarang..

8 Comments

  1. tq tq.
    semlm aida buat sotong kunyit masak sos tiram.
    lenkali boleh cuba ni plak. ada rasa2 lemon di situ ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome aida ;) Haa lepas nie boleh try resepi nie pulak. Best sebab rasa masam lemon cenggitu.

      Delete
  2. Wah, nie boleh cuba nie... Kebetulan rumah akak ada sotong lebih... hihi

    ReplyDelete
  3. Wah, ada resepi kicap buh lemon. Pestime tengok eyqa. Kreatif resepi.

    Makan dgn nasik panah² ni sedak 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try laa.. sedap tau! A'ah, makan dengan nasi panas. Fuhh! Tak tengok kiri kanan dah

      Delete
  4. Akak pun sama malas nak ganti puasa tapi kena ganti gak...sedapnya lauk sotong..nanti nak cuba la masak macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa akak.. sekarang menyesal sebab lambat sangat ganti puasa. Haa! Akak cuba laa.. best tau!

      Delete