Assalamualaikum


Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Al Hijrah Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Kemaman | Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Sebagai contoh, di Terengganu, Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Al Hijrah, sebuah rumah anak yatim di Taman Alam Perdana Binjai meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Al Hijrah, Encik Ustaz Zaki.

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.


“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Encik Ustaz Zaki.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.


“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.


“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di PT 4972 Taman Alam Perdana, Binjai, 24000 Kemaman Terengganu. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.
Assalamualaikum


Enam Punca Make Up Bercapuk Dan Tidak Tahan Lama | Bila raya makin hampir, selain resepi kuih raya yang kian orang cari, tips make up atau dikenali solekan juga makin ramai yang cari. Yelaa.. raya mestilah nak cantik.


Tapi macam mana kalau make up dah cantik, kening dah on point tapi tidak tahan lama? Bercapuk! Apa yang punca make up bercapuk nie? Stress betul kalau make up bercapuk. Terus moody sepanjang hari. Baju dah cantik, tudung itik dah on point tapi make up hancur. Adoii!

Jom aku kenalkan dengan korang, enam punca make up bercapuk dan tidak tahan lama.

1. Kerap Selalu Menyentuh Wajah

Kehangatan tangan korang dan digabungkan bersama sentuhan yang berterusan akan merosakkan make up. Ia juga akan menyebarkan kuman dan membuat jerawat semakin teruk. So, jauhkan tangan korang dari wajah!

2. Produk Yang Berlebihan

Jika korang memakai pelembap dan bedak asas dalam masa lima minit pada waktu pagi, make up korang tidak akan bertahan lama. Korang perlu biarkan pelembap menyerap ke dalam kulit sebelum memakai make up.

Baca: Tips/Petua : Kulit Licin Dengan Sebiji Tomato

3. Pemilihan Bedak Asas Yang Salah

Dah tengahari, bedak asas di wajah mula nampak bercapuk bermakna bedak asas itu tidak sesuai. Jika kulit korang sejenis berminyak, korang perlu pilih bedak yang berasaskan air atau bebas minyak.

4. Tidak Menggunakan Setting Spray

Sama seperti primer, setting spray juga mempunyai fungsi untuk membuat make up bertahan lebih lama. Selain itu, make up korang akan kelihatan lebih natural dan kurang 'cakey' selepas menyemburnya.

5. Tak Ada Powder

Untuk make up lebih tahan lebih lama, korang perlukan powder juga. Any liquid make up has to be set. Jika tidak, ia takkan bertahan.

6. Touch Up Menggunakan Brush

Tahukah korang bahawa brush hanya akan merosakkan make up. Lebih baik jika touch up menggunakan beauty blender. Teknik patting motion tidak akan merosakkan bedak asas seperti brush.

Akhir sekali, korang perlu berhati-hati tau! Minggu depan dah raya, jangan salah step. Kang make up bercapuk, moody! Nahhh, aku belanja tutorial make up untuk korang.


Baca: Rutin Penjagaan Kulit Harian, Mingguan, Bulanan Dan Tahunan
Assalamualaikum


Bayar Zakat Secara Online Lebih Mudah, Pantas Dan Selamat | Alhamdulillah.. hari nie hari yang ke-19 kita sebagai umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Tetapi Ramadhan 1441H ini akan aku kenang dan ingat sampai ke akhir hayat. Kerana dunia sedang diuji dengan wabak pandemik Covid-19. Walaupun Covid-9-19 sedang melanda dunia, korang dah bayar ke belum tu? Zakat fitrah tu rukun Islam yang wajib kita selesaikan tau!

Tapi macam mana nak bayar zakat sekarang? Kita diarahkan untuk #stayathome dan menjaga jarak sesama sendiri untuk #breakthechain wabak ini. Haa! Sekarang dah boleh bayar zakat secara online agar lebih mudah, pantas dan selamat. Bayar zakat online? Tiada salam dan akad dengan amil dilantik. Boleh ke? Lembaga Zakat Selangor telah membantu kita untuk jelaskan hukumnya.


Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Rukun Zakat

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةًۭ تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌۭ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ۝

" Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " - Surah At-Taubah (Ayat 103)

Syarat Wajib Zakat Fitrah 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah: 
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. 
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
  • Waktu Wajib
    • Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Waktu Afdal
    • Sebelum sembahyang Hari Raya
  • Waktu Sunat
    • Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu Makruh
    • Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Waktu Haram
    • Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Kini, Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara atas talian yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).


Terdapat beberapa cara untuk korang bayar zakat secara atas talian ini. Antaranya:-

1. eZakat Pay
Dengan cara yang mudah:-

2) Aplikasi E-Wallet
Untuk melalui aplikasi dalam telefon bimbit, terdapat dua pilihan untuk membuat pembayaran zakat. Antaranya:-
  • GoPayz
  • Boost

Elektronik Zakat Online (EZO)
 
Selain itu, bagi memudahkan pembayar zakat untuk menyemak salinan bayaran zakat secara atas talian melalui Elektronik Zakat Online (EZO). Platform ini diperkenalkan juga untuk pembayar zakat menyemak bayaran zakat sepanjang tahun, mencetak penyata zakat dan mengemaskini maklumat peribadi. Golongan asnaf juga boleh mendaftar dan membuat semakan status bantuan.

Dan berita baik untuk pembayar zakat, sepanjang Ramadhan ini terdapat hadiah menarik menanti korang dan pemenang akan dipilih berdasarkan e-cabutan bagi semua kategori pemenang yang ditetapkan. Cara penyertaan:-
Jom tunaikan kewajipan kita sebagai seorang Muslim dengan lengkapkan rukun Islam yang keempat ini. Dengan membayar zakat, kita dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik. Walaubagaimanapun, kita perlu kekalkan #stayathome dan #staysafe.