Enam Punca Make Up Bercapuk Dan Tidak Tahan Lama

Assalamualaikum


Enam Punca Make Up Bercapuk Dan Tidak Tahan Lama | Bila raya makin hampir, selain resepi kuih raya yang kian orang cari, tips make up atau dikenali solekan juga makin ramai yang cari. Yelaa.. raya mestilah nak cantik.


Tapi macam mana kalau make up dah cantik, kening dah on point tapi tidak tahan lama? Bercapuk! Apa yang punca make up bercapuk nie? Stress betul kalau make up bercapuk. Terus moody sepanjang hari. Baju dah cantik, tudung itik dah on point tapi make up hancur. Adoii!

Jom aku kenalkan dengan korang, enam punca make up bercapuk dan tidak tahan lama.

1. Kerap Selalu Menyentuh Wajah

Kehangatan tangan korang dan digabungkan bersama sentuhan yang berterusan akan merosakkan make up. Ia juga akan menyebarkan kuman dan membuat jerawat semakin teruk. So, jauhkan tangan korang dari wajah!

2. Produk Yang Berlebihan

Jika korang memakai pelembap dan bedak asas dalam masa lima minit pada waktu pagi, make up korang tidak akan bertahan lama. Korang perlu biarkan pelembap menyerap ke dalam kulit sebelum memakai make up.

Baca: Tips/Petua : Kulit Licin Dengan Sebiji Tomato

3. Pemilihan Bedak Asas Yang Salah

Dah tengahari, bedak asas di wajah mula nampak bercapuk bermakna bedak asas itu tidak sesuai. Jika kulit korang sejenis berminyak, korang perlu pilih bedak yang berasaskan air atau bebas minyak.

4. Tidak Menggunakan Setting Spray

Sama seperti primer, setting spray juga mempunyai fungsi untuk membuat make up bertahan lebih lama. Selain itu, make up korang akan kelihatan lebih natural dan kurang 'cakey' selepas menyemburnya.

5. Tak Ada Powder

Untuk make up lebih tahan lebih lama, korang perlukan powder juga. Any liquid make up has to be set. Jika tidak, ia takkan bertahan.

6. Touch Up Menggunakan Brush

Tahukah korang bahawa brush hanya akan merosakkan make up. Lebih baik jika touch up menggunakan beauty blender. Teknik patting motion tidak akan merosakkan bedak asas seperti brush.

Akhir sekali, korang perlu berhati-hati tau! Minggu depan dah raya, jangan salah step. Kang make up bercapuk, moody! Nahhh, aku belanja tutorial make up untuk korang.


Baca: Rutin Penjagaan Kulit Harian, Mingguan, Bulanan Dan Tahunan

Post a Comment

6 Comments

  1. sha memang kalau sekali makeup nak gi memana memang atleast sejam 😂 sebab sha suka prep muka betul betul baru makeup tahan lama, tapi kalau takleh solat la 😂 kalau boleh solat memang pakai bedak je hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyqa tak pernah tau! Maybe sebab tu kot bercapuk! Hahaha..

      Delete
  2. Betul tu... kena ikut step make up. Kalau tak...bercapuk terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali nie taknak skip steps dah. Menyesal tau kalau bercapuk. Hilang mood raya

      Delete
  3. kalau dah makeup jarang sentuh muka. Suka makeup dengan foundation Maybelling superstay 24hrs memang tak bercapuk & stay cantik even dari pagi sampai malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai foundation Catrice je. Sebelum nie pakai Fitme. Wahh! Nak try yang Maybelline pulak laa lepas nie.

      Delete