Kejutan Hari Lahir Untuk Si Dia

Assalamualaikum

Kejutan Hari Lahir Untuk Si Dia | Sementara off day, rajin je laa duduk depan komputer nie nak update blog. Kalau tak, memang tak laa aku nak layan blog. Nie rajin pun sebab dah settle kemas bilik yang bersepah teruk sebab busy kerja. Balik je kerja memang tak layan nak kemas bilik. Aku layan penat dan tidur terus.

Entry nie pun aku kongsikan supaya jadi kenangan untuk aku. Kira macam entry #lovehaterelationship aku. Hihihihii.. gigih kan aku update walaupun dah terlambat hampir seminggu. Masa pun tak sesuai sangat tapi okay laa tu, aku tetapkan nak coretkan kenangan disini.

Pada 02.08.2020 hari tu birthday si dia. Sebulan sebelum hari bermakna tu, aku dah penat google nak bagi hadiah apa. Kalau boleh, nak hadiahkan sesuatu yang dia akan pandang selalu. Dan sebelum dia buat apa-apa, dia fikir dulu bila tenung hadiah yang aku bagi tu.

Apa yang aku hadiahkan? Aku hadiahkan sekeping gambar yang aku telah frame kan. Gambar aku edit biar nampak seakan smudge art walaupun tak. Aku tak pandai nak bermadah macam orang lain, aku tak pandai nak manja and whatsoever. Bila aku mampu buat kejutan simple macam nie pun, bagi aku dah satu kejayaan. Hahahahaa..

Sebenarnya, aku buat hadiah tu simple sangat. Dalam kotak tu, aku letak coklat, frame gambar, perfume, kad ucapan dan 12 nota kecil sebagai luahan hati aku untuk dia. Okay laa tu untuk orang tak reti nak sweet macam aku nie.

Walaupun aku dah wish dalam Whatsapp, wish depan-depan, wish lagi dalam kad ucapan tetapi aku tetap nak coretkan ucapan disini. Kenangan yang tak akan aku dapat atau beli dari mana-mana tempat. Terlalu istimewa untuk aku.

Selamat ulangtahun kelahiran buah hatiku nan satu. Semoga Allah swt sentiasa kurniakan rezeki yang berlipat ganda buatmu, merahmati hidupmu, panjangkan usia, berikan kesihatan yang baik dan sempura serta bahagia disamping orang yang menyayangi dirimu. Percayalah, semua orang sayangkan dirimu.

Terima kasih kerana selalu ada denganku. Aku terima mu seadanya sebagaimana dirimu menerima diri ini yang serba kekurangan. Dengan bertambahnya usiamu, semakin matang abang dalam menangani masalah yang mendatang. Semoga Allah swt permudahkan urusan abang dan urusan kita.

Happy 30th birthday my man!

Aku menaip nie tetiba terbit rasa sedih. Sedih bila fikirkan banyaknya dugaan yang mendatang. Selalu goyah tetapi bertahan demi perasaan yang mendalam ini. Lalui dugaan demi dugaan. Betul, syaitan akan selalu ganggu orang yang bina masjid nie.

Post a Comment

2 Comments