Assalamualaikum

Lebih 10 Pakej Rawatan Di iRehab Dengan Harga Yang Terendah | Otak manusia adalah organ yang paling kompleks yang berperanan untuk mengawal fungsi tubuh. Apabila berlaku serangan strok dan darah tidak dapat sampai ke kawasan otak, secara automatik beberapa fungsi tubuh akan terjejas. Sebagai contoh, pesakit akan berkemungkinan besar untuk mengalami gangguan penglihatan sekiranya strok menyerang di bahagian belakang otak. Kesan strok terhadap tubuh badan manusia berbeza-beza bergantung kepada lokasi berlakunya salur darah tersumbat dan berapa banyak tisu otak yang terlibat.

Apa Itu Strok?

Strok dikenali sebagai penyakit serebovaskular. Ia dimana berlaku apabila saluran darah tersumbat atau pecah lalu menyebabkan kegagalan beberapa bahagian otak untuk berfungsi. Bahagian otak yang kritikal boleh mengalami kerosakan kekal yang tidak boleh dirawat.

Pandemik Covid19 yang melanda dunia sekarang menyebabkan kita perlu menghadkan sesi rawatan di hospital. Untuk dapatkan rawatan susulan pun perlu mengikut SOP yang disediakan serta mengurangkan kadar kehadiran pesakit dalam satu masa.

Kesian pada pesakit yang memerlukan rawatan susulan. Kini, aku akan kongsikan dengan korang satu pusat pemulihan yang pakar dalam perkhidmatan pemulihan strok dan neurologi.


iRehab Stroke and Physiotherapy Centre

iRehab Stroke and Physiotherapy Centre ialah pusat pemulihan strok dan neurologi yang menawarkan pelbagai rawatan seperti Cardiopulmonary Therapy, Vestibular Therapy, Lokomat Therapy, Stroke Therapy dan banyak lagi.

Selain itu, iRehab juga menawarkan pelbagai pakej rawatan dengan harga terendah untuk pesakit menghadiri sesi rawatan dengan kerap agar dapat membantu pesakit proses penyembuhan dengan lebih pantas. Rawatan susulan sangat penting bagi pesakit selepas strok.

Antara rawatan yang lain ditawarkan ialah physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy. So, korang hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital dengan tarikh yang korang perlu hadir untuk mendapatkan harga yang terendah itu.

Korang yang nak buat temujanji itu boleh hubungi iRehab sekarang ditalian 012 906 1690 atau 017 988 0324. Maklumat lanjut korang boleh layari laman web di bawah:

Website: https://irehab.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/irehab.neurocare/
Instagram: https://www.instagram.com/irehab.neurocare/

Assalamualaikum


Pelihara Dirimu Wahai Wanita | Seseorang wanita itu sangat berharga. Makhluk yang dicipta Allah SWT kaya dengan kelembutan, kehalusan dan kasih sayang. Islam meletakkan darjat setiap wanita itu sungguh tinggi sehingga mereka dijanjikan syurga dengan begitu mudah sekali! Nilai harga diri mereka terlalu tinggi sehingga tidak ternilai. Jika dilihat wanita di zaman Rasulullah SAW, mereka ini sangat dimuliakan. Sebelum tibanya Islam, wanita dibunuh dan dilayan tidak lebih dari seorang hamba. Dengan hadirnya wahyu dari Allah SWT, diperintahkan bahawa  kaum perempuan itu dipelihara dan dilindungi dengan sebaik-baiknya.

Wanita ini sangat lembut dan manja sifatnya, hatinya mudah tersentuh mahupun terluka, dan juga merupakan salah satu ujian besar buat kaum lelaki. Jadi mengapakah kaum wanita itu disuruh untuk memelihara dirinya dengan baik?

Dijauhi dari mata-mata atau pandangan jahat

Seperti mana Allah SWT telah memerintah kaum lelaki agar menundukkan pandangan dan mengawal nafsunya, kaum wanita juga diperintahkan oleh Allah SWT untuk menutup aurat dengan baik agar dirinya terpelihara daripada niat jahat kaum lelaki di luar sana. Penutupan aurat yang sempurna merupakan salah satu cara yang dapat digunakan sebagai perlindungan diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Terpelihara daripada fitnah

Apakah yang dimaksudkan dengan fitnah? Ujian terbesar bagi kaum lelaki adalah wanita. Wanita yang tidak memelihara dirinya seperti bergaul bebas, membuka aurat atau berperilaku tidak senonoh akan mendedahkan dirinya dengan fitnah dunia yang merbahayakan seperti pelacuran, contohnya. Maruah diri seorang wanita harus dipelihara agar tidak dipijak oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya.

Dipelihara kesucian

Kesucian diri seorang wanita harus dipelihara agar tidak dinodai oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan sesekali korang membiarkan diri termakan dengan kata-kata atau janji-janji manis seorang lelaki yang bukan mahram atau belum halal buat korang. Selagi si dia masih belum bergelar suami korang, maka peliharalah diri sebaik yang mungkin. Jauhkan diri daripada berdua-duaan dengan lelaki atau bergaul tanpa batasan. Kesucian seorang wanita itu sangat tinggi nilainya dan tidak sepatutnya diserahkan dengan begitu mudah.

Mendapat ganjaran syurga

Tahukah korang, golongan wanita itu sangat mudah dimasukkan ke dalam syurga? Meskipun begitu, wanita juga merupakan penghuni yang paling ramai dalam neraka! Maka oleh itu, jagalah diri korang dengan bertaqwa kepada Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Jangan terlalu mudah untuk mempercayai janji palsu seorang lelaki yang ingin mengambil kesempatan ke atas korang. Peliharalah diri korang kerana sesungguhnya ganjaran syurga itu lebih bermakna dan tidak ternilai harganya berbanding dengan ganjaran yang terdapat di dunia ini.

Konklusinya, harga diri seorang wanita itu sangat tinggi seperti mana yang telah dimuliakan oleh Allah SWT dalam Islam. Sentiasalah pelihara diri korang daripada perkara-perkara yang dilarang-Nya dan inshaAllah, ganjaran syurga itu pasti akan menjadi milik korang!

Assalamualaikum


Skechers And Mew Suppasit Launches Special Collaboration | Footwear brand SKECHERS has launched a special collection in collaboration with Mew-Suppasit Jongcheveevat, SKECHERS Thailand’s Brand Ambassador. Malaysian fans of the Thai actor can now get their hands on the much-anticipated “Mew Collection : The Moon Is Beautiful” exclusively on Shopee from 15 October 2020.

The Mew Collection : The Moon Is Beautiful consists of caps, t-shirts, hoodies, jackets, pants and bags, and comes in 4 different colours - black, yellow, white and grey, for customers to mix and match into several different styles. SKECHERS Thailand Brand Ambassador Mew-Suppasit not only conceptualised the idea but also selected the colour scheme and designed the logo of the entire collection.

Mew-Suppasit Jongcheveevat, SKECHERS Thailand’s Brand Ambassador said, “It was very exciting to be working with SKECHERS in creating this new line of collection, especially knowing that it will be featured in many Asian countries. I felt the need to ensure the design was suitable for different groups of people, but at the same time conveys the meaning behind the designs. I came up with ‘The Moon is Beautiful’, a Japanese belief of sending love through the moon as my inspiration in hopes of spreading my love and goodwill to customers and fans.”

The Mew Collection : The Moon is Beautiful takes inspiration from an ancient Japanese tale revolving around the confession of love through the moon. The saying “the moon is beautiful'' is another expression of “I love you”. Therefore, the collection’s logo is designed with the letter “M'' to represent both the ‘Moon’ as well as ‘Mew’. The connecting circle lines represent the moon, conveying love and relationship, along with an infinity symbol that resembles two moons together as part of the collection’s elements.

SKECHERS “Mew Collection : The Moon is Beautiful” will be available exclusively on SKECHERS Malaysia Official Store on Shopee from 15 October 2020 at https://shopee.com.my/skechers.os

#SkechersMY #SkechersXMewSuppasit

ABOUT SKECHERS USA, INC.

A $4.64 billion global leader in the footwear industry, Skechers USA, Inc. designs, develops and markets more than 3,000 styles for men, women and children. Skechers' success stems from its employees, high-quality, varied product offering, diversified domestic and international distribution channels, and targeted multi-channel marketing.

The Company offers two distinct footwear categories: a lifestyle division and performance footwear. Through licensing agreements, the company also offers branded apparel, accessories, eyewear, scrubs and more.

Celebrity product endorsees for Skechers' lifestyle collections include multi-platinum recording artist Camila Cabello and athletic legends like David Ortiz, Tony Romo, Sugar Ray Leonard and Howie Long. The Skechers Performance Division's roster of elite athletes features marathon champion and Boston Marathon winner Meb Keflezighi, and pro golfers Matt Kuchar, Brooke Henderson, Russell Knox, Wesley Bryan, Billy Andrade and Colin Montgomerie.

The Company sells its footwear in department, specialty and independent stores, as well as through more than 3,000 Skechers retail stores and online at skechers.com. Beyond the United States, Skechers product is available in more than 170 countries and territories through an international network of subsidiaries in Canada, Japan, India, Europe and Latin America, joint ventures in Asia, Mexico and the Middle East, and distributors around the world.

Headquartered in Manhattan Beach, California, Skechers is traded on the New York Stock Exchange under the symbol SKX.

ABOUT SKECHERS MALAYSIA SDN BHD

SKECHERS MALAYSIA SDN BHD is a joint venture with SKECHERS USA, INC since 2009. The company markets a diverse range of footwear and apparel for men, women and children under the SKECHERS name. For more information, please visit www.SKECHERS.com.my and follow us on Facebook (facebook.com/skechers) and Instagram (@skechersmalaysia).

 Assalamualaikum


Ekslusif Cabutan Bertuah Vits Kembali Lagi |  Baru-baru ini, sebuah pengeluar produk berasaskan mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 lagi telah melancarkan sebuat program Cabutan Bertuah berkolaborasi bersama sebuah pasaraya terbesar di Malaysia AEON yang telah mendapat sokongan  yang sangat menggalakkan. Program VIT'S AEON CABUTAN BERTUAH yang telah berlangsung sebelum ini dari tarikh  13 Ogos hingga 16 September 2020 telah berjaya di menangi seramai 54 pemenang.

Apa yang korang perlu lakukan adalah dengan hanya membeli produk VIT'S dari Pasaraya AEON seluruh Malaysia dan imbas kod yang terdapat di paket. Nombor bertuah akan di cabut secara live di Facebook Vits pada setiap hari Khamis jam 12 tengahari.

Tetapi jangan berasa kecewa jika korang terlepas tawaran hebat itu kerana Vit’s sekali lagi telah melancarkan program cabutan bertuah ini musim kedua.



VIT’S EXCLUSIVE LUCKY DRAW bakal bersiaran langsung pada waktu yang sama iaitu pada jam 12 tengahari setiap hari Khamis di Facebook Page Vits. Pelbagai hadiah menarik untuk korang menangi setiap minggu. Apa yang korang perlu lakukan adalah:

Dapatkan produk 2 pek Vits Italian Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio di pasaraya terdekat anda atau secara onlineScan QR code untuk sertai cabutan bertuah iniIsi infomasi di dalam boring tersebutNyatakan 5 angka bertuah andaMasukkan resit pembelian 2 produk VITS ITALIAN MI GORENG. Nantikan setiap Khamis di facebook live untuk undian secara live 

Hadiah untuk Vits Exclusive Lucky Draw adalah seperti berikut:

  • Grand Prize: Vespa Sprint 150
  • 1st Prize: Iphone 11 Pro Max / Samsung Galaxy Z Flip
  • 2nd Prize: Nintendo Switch / Realme 6 Pro
  • 3rd Prize: Buffalo Pro Chef Plus Air Fryer / Toros 6L Pressure Cooker
  • Consolation Prize: MiGor Facemask + Vit’s Italian Mi Goreng Series


Peraduan cabutan bertuah  ini akan dilangsungkan sehingga 26 November ini di mana semua orang berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik cabutan bertuah bernilai sehingga RM 20,000.00.

Facebook: Vits Noodles | Instagram: Vits Malaysia

Assalamualaikum


Drama Slot Lestary - Kampung People 2 Full Episode | Kampung People musim ke-2 disiarkan bermula 17 September di slot Lestary TV3. Mengekalkan pelakon asal dan penampilan baharu seperti Adibah Noor dan Fizz Fairuz. Drama Kampung People 2 disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Sinopsis

Memaparkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan. Namun, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung. Demi memujuk isterinya Mona, Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.