Assalamualaikum


Drama Slot Lestary - Kampung People 2 Full Episode | Kampung People musim ke-2 disiarkan bermula 17 September di slot Lestary TV3. Mengekalkan pelakon asal dan penampilan baharu seperti Adibah Noor dan Fizz Fairuz. Drama Kampung People 2 disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Sinopsis

Memaparkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan. Namun, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung. Demi memujuk isterinya Mona, Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.