Minum Air Coklat Setiap Hari Pun Boleh Kurus?

Assalamualaikum

Minum Air Coklat Setiap Hari Pun Boleh Kurus? | Hari nie nak berceloteh sikit untuk lepaskan rasa jealous di hati. Jujur cakap, bila tengok orang lain kurus, alahai cantiknya body dia! Waktu tu, mula lah pasang angan-angan nak berbadan kurus macam orang lain. Penat dah tengok diri sendiri bulat macam belon panas tapi melantak tetap tak ingat dunia. Macam mana nak kurus kalau gini.

Walaubagaimanapun, hati semakin membuak-buak tatkala melihat ramai pengguna BOBBA FITZ menunjukkan testimoni masing-masing yang berjaya menurunkan berat badan hanya dengan minum air coklat setiap hari. Eh, minum air coklat setiap hari pun boleh kurus? Lain macam betul nie.

Dengan rasa ingin tahu dan keinginan untuk mencuba, nak dijadikan rezeki betul-betul dapat produk minuman diet dalam perisa coklat dengan nama Bobba Fitz ini. Produk minuman diet untuk kurus ini merupakan minuman diet pertama dalam perasa coklat boba dan ianya adalah produk kurus lulus KKM. Semestinya selamat untuk orang macam aku nak minum. Alhamdulillah. 

Jom Kenali Bobba Fitz Dengan Lebih Lanjut 

Sebelum mencuba sesuatu produk sudah semestinya kita kena tahu dulu apakah info mengenai produk tersebut. Begitu juga dengan produk minuman diet perasa coklat bobba yang diberi nama Bobba Fitz ini. Nak cuba, kena tahu dulu maklumat lanjut mengenainya barulah hati tak rasa risau. 

Untuk pengetahuan bersama, Bobba Fitz merupakan produk terbaru yang boleh dianggap sebagai salah satu minuman kurus terbaik daripada syarikat Tejja Herbs. Syarikat Tejja Herbs ini merupakan sebuah syarikat bumiputera yang aktif dalam menghasilkan produk dengan menggunakan bahan semulajadi. Dan menurut info yang tertera di website utama mereka, produk Bobba Fitz nie halal dan mempunyai kelulusan KKM juga.

Kandungan Yang Digunakan Dalam Penghasilan Minuman Diet Bobba Fitz

Kandungan bahan yang digunakan dalam penghasilan minuman Bobba Fitz ini dipilih secara terperinci dan diadun dengan rasa yang boleh diterima ramai. Hasilnya, minuman diet Bobba Fitz bukan hanya mempunyai banyak kelebihan dalam membantu tubuh badan tetapi juga mempunyai rasa yang sedap untuk diminum. Nampaknya syarikat Tejja Herbs benar-benar mengambil perhatian tentang perkara-perkara sebegini demi pelanggan.

Antara bahan utama yang ada di dalam minuman diet Bobba Fitz ini adalah:

Cocoa Powder
Serbuk koko yang terpilih jadikan perasa bobba yang sedap

Non-Diary Creamer
Krimer bukan tenusu ini sebagai pengganti kepada susu segar

Hoodia Gordonii
Hoodia merupakan tumbuhan seperti kaktus yang tumbuh di gurun Afrika Selatan, Botswana, Namibia dan Angola. Kebelakangan ini, Hoodia sangat popular dipasarkan kerana membantu untuk menurunkan berat badan. Tetapi dalam Bobba Fitz ini, Hoodia dimasukkan dalam kuantiti yang sedikit.

Fructose
Fructose tekandung di dalam buah-buahan dan gula fructose merupakan gula alami dari buah-buahan yang jumlah tidak terlalu banyak.

Whey Protein
Whey Protein dipasarkan sebagai makanan tambahan dalam produk kesihatan. Dan Whey Protein ini membantu untuk anti radang, kanser dan sebagainya.

Garcinia Combogia
Garcinia Combogia merupakan bahan terpenting dalam Bobba Fitz kerana membantu menurunkan berat badan. Dalam Bobba Fitz, Garcinia Combogia tiga kali ganda lagi cepat untuk turunkan berat badan.

7 Kelebihan Dan Keistimewaan Minuman Diet Bobba Fitz Dari Tejja Herbs Untuk Lelaki & Wanita

Bobba Fitz boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita dengan syarat mesti berumur 18 tahun dan ke atas.

Minuman diet Bobba Fitz ini mempunyai banyak kelebihan hasil daripada isi kandungan bahan-bahan selamat dan semulajadi yang digunakan itu.Terdapat tujuh kelebihan utama pada Bobba Fitz yang menyebabkan ianya sangat istimewa.  Antara kelebihan tersebut adalah:

  1. Membakar lemak tepu dan kalori dengan kadar lebih cepat dan pantas
  2. Meningkatkan metabolisma untuk mempercepatkan lagi penurunan berat badan
  3. Minuman diet paling berkesan untuk mengurangkan selera makan
  4. Mencantikkan kulit
  5. Minuman kurus lelaki perempuan untuk membuang lebihan toksin dan mengempiskan perut dengan lebih cepat dan berkesan
  6. Membantu mengecilkan pinggang, lengan dan peha
  7. Minuman sedap untuk kurus ini membantu mengawal selera makan

Testimoni Pengalaman Sendiri Sebelum Dan Selepas Minum Bobba Fitz Selama 10 Hari

Sekotak Bobba Fitz mengandungi sebanyak 10 sachet dan 10 sachet ini adalah untuk pengambilan selama 10 hari. Alhamdulillah, walau pada awalnya bertujuan untuk review minuman Bobba Fitz, tetapi aku berjaya minum Bobba Fitz selama 10 hari tanpa sebarang masalah. Rasanya yang sedap buatkan aku rasa tak susah untuk minum setiap hari selepas breakfast.

Alhamdulillah.. selepas 10 hari aku amalkan Bobba Fitz ini sebagai minuman tambahan, berat badan aku kian menurun walaupun dalam angka yang kecil. Baru sekotak aku minum dah nampak perubahan! Sedangkan sebelum nie bukan main susah lagi nak turunkan berat badan. Pelbagai cara dah aku cuba tapi tak jalan.

Terkejut jugalah dengan result ni kerana ternyata hanya dengan minum minuman coklat setiap hari pun boleh kurus!

Nampaknya lepas nie boleh laa aku pakai baju lama-lama aku yang dah sekian lama aku peram dalam almari sebab tak muat. Tak sia-sia aku amalkan Bobba Fitz selepas breakfast setiap hari. Cepat je mengecil! Patutlah ramai yang cakap Bobba Fitz ni berkesan.

Kalau dulu sebelum aku amalkan Bobba Fitz, aku cepat sangat rasa lapar tau! Kerap ke dapur cari makanan, akulah tu. Kalau kat office pula, kerap sangat buka drawer cari jajan. Mulut ni asyik nak mengunyah je. Susah betul nak stop habit ni. Tapi lepas aku amalkan Bobba Fitz, semuanya makin berubah! Aku yang sekarang, dah tak kalut cari jajan macam dulu lagi. Kenyang je rasa perut ni tau!

Betul laa, Bobba Fitz nie dikenali sebagai minuman diet untuk turunkan berat badan. Tengok! Aku pun dah tak perlu risau lagi nak top up jajan dalam drawer. Sebab jajan yang sedia ada pun tak habis makan. Asyik kenyang je manjang camana aku nak telan.

Ini hasil untuk 10 hari, baru habis sekotaklah kiranya. Kalau beli dan minum lagi, mungkin berat badan akan terus menurun.

Ramai Pengguna Bobba Fitz Lain Memberikan Testimoni Yang Hampir Sama

Rasa kenyang dalam tempoh yang lama setiap hari bukan saja aku sorang yang rasa tapi pengguna Bobba Fitz yang lain turut merasakan hal yang sama. Besar kemungkinan disebabkan oleh kandungan bahan yang digunakan hingga mampu memberikan rasa yang lebih selesa dan kenyang pada perut berbanding dulu.

Di bawah ini adalah sebahagian daripada testimoni pengguna lain terhadap minuman diet Bobba Fitz. 



Cara Pengambilan Untuk Minum Bobba Fitz

Cara nak minum Bobba Fitz ni sebenarnya mudah saja. Ia bukan saja boleh dibancuh dengan air panas suam tetapi juga dengan air sejuk. Minum minuman diet Bobba Fitz ini benar-benar terasa seperti sedang minum minuman perisa coklat sedap yang kita sudah biasa. Kesan selepas pengambilannya pula adalah seawal 7 hingga 14 hari.

Langkah 1 : Campur satu sachet Bobba Fitz 20 gram ini bersama 120 ml air sejuk di dalam shaker

Langkah 2 : Shake sehingga semua larut

Langkah 3 : Sedia untuk nikmati sekali sehari selepas sarapan pagi

Jangan Risau, Harga Bobba Fitz Sangat Berpatutan Dan Berbaloi 

Bobba Fitz, rasanya memang wajib diri ini miliki Bobba Fitz untuk membantu meningkatkan metabolisma dalam badan. Jangan risau, harga masih di tahap mampu milik. Untuk seluruh Semenanjung Malaysia ia dijual dengan harga RM79 sekotak manakala untuk pasaran seluruh Sabah dan Sarawak pula, dengan harga RM89 sekotak.

Sekotak Bobba Fitz mempunyai 10 sachet. Untuk hasil lebih cepat, korang boleh grab sekali Bobba Toxx. Bobba Toxx ini berperanan sebagai detox bagi melancarkan lagi sistem pencernaan. Jadi jika diambil kedua-duanya secara bersama, InshaAllah hasil untuk turunkan berat akan lebih cepat berkesan lagi.


Boleh Sertai Team Tejja Herbs Untuk Tambah Duit Poket Sebagai Agent Dan Dropship

Jika korang nak tambah duit poket sebagai agent dan dropship, korang boleh sertai team Tejja Herbs sekarang untuk menjana pendapatan dari rumah. Mereka akan guide korang untuk sama-sama berjaya dalam dunia bisnes penjualan produk-produk keluaran syarikat mereka. Ada banyak lagi produk keluaran syarikat Tejja Herbs selain daripada Bobba Fitz, minuman diet perasa coklat boba ini.

Kaedah pembelian Bobba Fitz dan produk-produk keluaran syarikat Tejja Herbs yang lain mudah saja. Kalau korang nak grab Bobba Fitz dan Bobba Toxx khususnya, korang boleh WhatsApp terus ke talian +6012-5476657 atau korang boleh buat pembelian secara atas talian menerusi laman web rasmi Tejja Herbs sekarang!

BOBBA FITZ - Minuman Diet Pertama Rasa Coklat Boba
Nak Usaha Untuk Kurus? Boleh Cuba Bobba Fitz dari Tejja Herbs

Website : https://tejjaherbs.com/
Facebook : https://www.facebook.com/BobbaFitzHQ/
Instagram : https://www.instagram.com/bobbafitz.hq/

#bobbafitz #pengalamanminumbobbafitz  #minumandiet #minumankurus #tejjaherbs

Post a Comment

9 Comments

  1. Tergoda pulak bila kata boba.. kalau coklat, boleh kurus pulak memang nak cuba nnt

    ReplyDelete
  2. Wah ni nak ni. Minum sedap boleh kurus. Harga pun berbaloi.

    ReplyDelete
  3. siapa suka rasa2 choc ni boleh cuba..
    untung2 boleh kurus sekali hehe..

    ReplyDelete
  4. Ramai yang reviews produk ni bagus.

    ReplyDelete
  5. singgah sini.. review yg best.. adik ipar pun jual :)

    ReplyDelete
  6. Makan/minum coklat jadi gemuk tu mitos semata-mata.

    ReplyDelete