Assalamualaikum

Slot Lestary TV3 - Melastik Ke Hatimu Full Episode | Drama adaptasi novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick. Drama romantik komedi terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Azmi Hata. Drama ini bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.

Sinopsis

Mengisahkan Haura (Janna Nick) seorang pekerja kilang yang berpewatakkan kasar, tetapi hidupnya sering diatur oleh ibunya. Percintaan Haura dengan jejaka pilihannya, Naim (Hafidz Roshdi) dihalang oleh ibunya, Mak Limah (Azizah Mahzan) kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya demi kesenangan keluarga mereka. Naim pula hanyalah seorang peon, yang semestinya dipandang rendah oleh Mak Limah.

Bukan Haura sahaja, malah kakaknya Faida (Puteri Sarah Liyana) juga dijodohkan oleh Mak Limah untuk berkahwin dengan Azzam, seorang yang berada juga atas sebab yang sama. Faida sebagai seorang anak yang baik mengikut kemahuan ibunya. Namun, Mak Limah kecewa apabila selepas berkahwin, dia mendapati Azzam walaupun seorang yang berada, tetapi dia juga merupakan seorang yang kedekut.

Naim pula sedar yang Mak Limah enggan bermenantukannya namun dia tidak mudah berputus asa dan cuba mengambil hati keluarga Haura. Haura yang sering bermasalah ditempat kerja mula menarik perhatian Pengurusnya, Ziyyad (Andi Bernadee). Ziyyad pula mula menyimpan perasaan terhadap Haura dan mula mengumpul maklumat tentang Haura secara rahsia. Dalam masa yang sama, Mak Limah bertemu Naim dan mengatakan dia setuju dengan hubungan Naim dengan anaknya tetapi dengan syarat pertunangannya adalah Naim mesti membawa wang hantaran sejumlah RM20 ribu. Naim bersetuju dengan syarat tersebut dan akan berusaha untuk mendapatkan wang tersebut.

Namum, pada hari pertunangannya, Naim tidak muncul dan tidak dapat dihubungi. Haura sangat kecewa dan oleh kerana marah dia menyerahkan kepada ibunya untuk buat keputusan selanjutnya. Dalam pada itu, Ziyyad yang mengetahui situasi Haura muncul menjadi penyelamat dengan menghantar rombongan meminang. Merasa lega dengan kehadiran Ziyyad, Mak Limah menerima lamaran Ziyyad dengan hati terbuka apatah lagi mengetahui Ziyyad merupakan pengurus kilang tempat Haura bekerja.

Adakah Haura akur dengan keputusan ibunya dan menerima Ziyyad? Adakah Naim akan merelakan Haura begitu sahaja?