Assalamualaikum

5 Alasan Mengapa Cinta Sering Kali Buatmu Kecewa | Ketika menjalinkan hubungan cinta, jangan pernah korang harapkan hubungan itu bahagia semata-mata. Kerana kebahagian dan kekecewaan sebenarnya seiring bersama dalam sesebuah hubungan itu.

Macam aku, sering tertanya-tanya kenapa aku selalu kecewa walaupun saling mencintai. Tapi aku kena sedar bahawa setiap hubungan pasti akan dugaan yang badai melanda. Sekuat mana pun aku cuba pertahankan, dugaan tetap ada. Semuanya bergantung pada pasangan itu untuk pertahankan atau lepaskan genggaman itu.

5 Alasan Mengapa Cinta Sering Kali Buatmu Kecewa

1. Terlalu mencintai melebihi cinta pada diri sendiri

Kalau kita cintakan seseorang itu melebihi cinta pada diri sendiri, jangan persoalkan kenapa kita kecewa. Jika kira terlampau pentingkan dirinya tanpa memikirkan diri kita, kita akan lebih rasa kecewa bila dia tidak dapat penuhi kehendak kita.

Cintakan dia sewajarnya. Jika kita patah hati di kemudian hari, kita tidak akan terus kecewa.

2. Letakkan harapan terlampau tinggi dalam sesebuah hubungan

Dalam sesebuah percintaan, elakkan untuk letak harapan yang tinggi. Terbang tinggi di awan, kelak jatuh, sakit semuanya. Faham?

Jika hubungan tidak seperti yang diharapkan, hubungan terputus di tengah jalan, kita akan kecewa sehingga susah untuk bangkit. Maka, jalani hubungan cinta tanpa letak harapan yang terlampau tinggi.

3. Harapkan pasangan memahami sedangkan itu tidak berlaku

Kita sering mengharapkan pasangan kita untuk memahami diri dan hati kita. Sedarlah, kita bercinta sesama manusia bukan robot. Kita tidak boleh kawal dia untuk faham keadaan kita.

Kita perlu berterus terang untuk pasangan kita memahami kehendak dan kemahuan kita. Kalau nak tunggu pasangan kita memahami, kita mungkin akan mengalah awal.

4. Hanya berlandaskan cinta semata

Dalam hidup nie, banyak benda yang boleh kita lakukan. Jika kita fikirkan cinta semata-mata, jangan tanya mengapa kita kecewa. Kita berdiri di bumi yang nyata. Hidup kita bukan untuk cinta semata-mata.

Hayati dan selami benda-benda yang boleh buat kita bahagia dan rasa dihargai. Contohnya bahagiakan kedua ibu bapa, luangkan masa bersama kawan-kawan, bina kerjaya dan sebagainya. Jangan letakkan hidup untuk cinta.

5. Cinta semakin pudar

Kadang kala makin lama kita bercinta, makin pudar rasa cinta. Tak selamanya cinta akan sering mekar. Tapi bila kita seimbangkan dengan kesetiaan, komitmen dan rasa percaya, cinta itu akan sentiasa mekar.

Cinta itu sebagai tambahan dalam hidup kita. Apabila kita jalani kehidupan seharian kita, kita selitkan cinta untuk tidak kelihatan bosan.

Justeru itu, kita kena ingat bahawa cinta bukan berikan kita bahagia sahaja. Dia berikan kita pelbagai rasa untuk kita.