Assalamualaikum


Kenangan Swab Test Dan Pakai Gelang Pink | Tak pernah aku sangka bila aku terpaksa pakai gelang pink yang ditakuti oleh rakyat Malaysia sekarang. Rasa macam penjenayah pun ada bila pakai gelang pink. Semua orang pandang semacam je. Fikir negatif laa tu!

Macam mana aku boleh terjerumus pakai gelang pink? Aku nie positive ke? Tidak! Aku tak ingin pun pakai gelang nie. Gelang nie menakutkan aku okay! Sebelum nie tengok orang lain je pakai gelang pink. Sekali aku kena pakai gelang pink. Hahahahaa..

04 Jun 2021 tu aku tetiba je asyik bersin-bersin. Aku dah laa ada resdung. Kalau bersin je, tak lama mesti sakit tekak. Serious weyy! Tak lama lepas tu aku sakit tekak. Biasanya aku bila tonsil membengkak. Tapi aku cepat kali nie, aku terus beli Dequadin Pastilles Menthol.

05 Jun 2021 tu aku dah start hilang deria bau. Bukan totally hilang cuma kurang peka bau tu. Aku dah gelabah biawak! Tapi masih cuba fikir positive sebab taknak asyik negatif je, kang aku takut. Makin aku takut bila bersin-bersin, selsema, sakit tekak dan sakit kepala.

Lepas tu, aku terus tak senang duduk. Aku dah mula fikir negatif je. Macam mana kalau aku nie positive covid-19? Aku fikir mak ayah aku sebab aku masih duduk dengan mereka. Anak-anak saudara aku yang duduk sekali nie. Ya Allah! Masa tu hanya Allah swt je tahu macam mana takutnya aku.

Apatah lagi bila aku teringat yang aku ada jumpa orang ramai masa nenek aku meninggal pada 01 Jun 2021. Sebab masa nenek aku meninggal, ada pelbagai umat manusia. Dan ada sebarang kemungkinan ada pembawa. Kan? Aku taknak negatif dah.

Baca: Perginya Insan Yang Aku Sayangi

Sampai laa 09 Jun 2021, aku tergerak hati nak call Pejabat Kesihatan Daerah Dungun (PKD). Itu pun selepas aku update status kesihatan dalam MySejahtera. Lepas aku update dalam MySejahtera, keluar suspected case. Sebab aku ada kebarangkalian mempunyai jangkitan covid-19.

Bila aku dah call PKD, aku bagitahu symptoms yang aku alami dan aku bagitahu pihak PKD yang aku yakin aku tak ada contact rapat dengan sesiapa. Pihak PKD tenangkan aku dan offer aku untuk buat swab test pada 10 Jun 2021. Aku bersetuju je laa. Bila aku dah bersetuju, pihak PKD minta aku datang petang tu untuk pakai gelang pink dan ambil surat kuarantin.

Maka bermula laa episode kuarantin aku 09 Jun 2021 sehingga 10 Jun 2021. Lemah betul aku bila dah pakai gelang pink. Aku tak boleh pergi ke mana-mana pun. Hanya duduk di rumah. Stress tahu tak?!

10 Jun 2021 tepat pukul 10.00 pagi, aku tiba di Klinik Kesihatan Kuala Abang untuk swab test. Ramai orang yang kena swab test masa tu. Aku duduk jauh jauh sebab aku takut. Aku cuba intai-intai yang kena buat swab test. Eee ngeri tengok batang panjang terjolok masuk mulut dan hidung.

Bila nama aku dipanggil, lemah lutut aku. Masa kena masukkan benda tu dalam mulut, aku dah termuntah. Rasa macam tercekik tulang ikan pun ada. Bila masuk yang hidung pulak, geli geli nak terbersin aku. Hahahahahaa.. pedih sikit je!

Aku terus tanya bila boleh tahu result PCR aku tu. Katanya dalam tiga hari. Ya Allah! Masa tu tak sabar betul nak tunggu keputusan. Berdoa minta Allah swt jauhkan aku, keluarga, rakan-rakan dan orang yang aku sayang dari sebarang penyakit.

Baca: Perbezaan RTK Dan PCR Covid-19

13 Jun 2021 pada pukul 09.50 pagi, aku dah terima mesej untuk membuat semakan keputusan swab test. Ya Allah! Berdebar teruk aku masa tu. Rasa hilang jantung aku. Nak klik link tu pun takut. Aku berterus-terusan fikir bukan-bukan.

Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah! Bersyukur sangat. Masa dapat result nie, aku nak nangis dah! Tak cakap banyak, terus bagitahu ma ayah aku. Tak lama lepas tu baru aku WhatsaApp dalam group family bagitahu adik beradik yang lain. Sebab dari awal, aku tak bagitahu aku pakai gelang pink. Memang aku tunggu keputusan, baru aku nak bagitahu.

Aku pun terus WhatsApp bilik gerakan PKD sini. Nak tanya perihal potong gelang sebab aku pun keputusan negatif kan. Tak sabar nak potong gelang. Dah berapa hari tak keluar rumah. Mati kutu aku asyik terperuk je dalam rumah.

Yesss! Boleh potong gelang pink nie. Kalau aku pakai gelang pink nie, terasa macam dihukum je. Semua orang pandang negative!

Selamat tinggal gelang pink yang menakutkan! Walaupun tidak positive, tak ada contact rapat tapi takut tu takleh nak gambarkan. Lega! Aku bebas tanpa gelang pink.

6 Comments

  1. Alhamdulillah
    Harap2 dah sihat sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. insyaAllah, aamiin. Terima kasih ;)

      Delete
  2. alhamdulillah.. smoga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Part ni seram...akak pernah kena 2 kali...rasa ternoda hidung...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa betul! Ternoda hidung. Eyqa dah tiga kali termasuk kluster gong pasir

      Delete