Perbezaan RTK Dan PCR Covid-19

Assalamualaikum


Perbezaan RTK Dan PCR Covid-19 | PKP 3.0 disambung lagi. Kes makin meningkat dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bacaan kes akan menurun. Menakutkan betul penangan kluster perayaan. Ini semua sikap tidak bertanggungjawab rakyat kita.

Dah bagitahu tidak dibenarkan rentas negeri dan daerah, tidak boleh keluar rumah tetapi masih ada yang ingkar dan balik kampung dalam diam. Kesannya, muncul kluster perayaan dan dah berapa ramai yang dah meninggal dunia akibat jangkitan covid-19.

Tipu lagikah covid-19 tu? Adakah covid-19 tu agenda yang kerajaan sahaja? Tepuk dada, tanya selera. Jangan terlampau buta! Sibuk balik kampung sampai nyawa orang tidak bersalah tergadai. Sibuk nak balik kampung sampai menyusahkan front liners kita yang sedia penat.

Let's move to another chapter! Okay, pernah tengok kan orang yang bergejala buat swab test? Dan korang mesti pernah dengar kan berkenaan RTK dan PCR? Apa perbezaan RTK dan PCR nie? Sama je ke?

Perbezaan RTK Dan PCR Covid-19

RTK adalah singkatan bagi Rapid Test Kit. Ia adalah ujian 'on the spot' yang dilakukan secara terus dan anda mendapat keputusan dengan segera.

Terdapat dua jenis RTK iaitu RTK Antigen dan RTK Antibodi.

Buat masa sekarang, hanya RTK Antigen sahaja yang digunakan untuk mengenalpasti jangkitan awal COVID-19. Manakala RTK Antibodi tak disarankan bagi fungsi saringan awal.

RTK Antigen adalah ujian swab hidung dan tekak manakala RTK Antibodi pula adalah ujian darah. Walaubagimanapun, jika keputusan RTK Antigen positif, korang masih perlu melakukan RT-PCR kerana ketepatan ujian RTK masih belum memuaskan buat masa ini.

Untuk kepastian jangkitan, RT-PCR masih perlu dilakukan kerana ia adalah ujian rasmi bagi jangkitan COVID-19 dan ujian paling tepat yang kita ada sekarang.

RT-PCR adalah singkatan Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction pula adalah ujian swab hidung dan tekak yang mana doktor melakukan ujian dan menghantar sample tersebut ke makmal. Hanya makmal sahaja yang boleh mengeluarkan keputusan.

Ujian ini secara am akan siap dalam masa 24 hingga 72 jam bergantung kepada kepadatan makmal di Malaysia. Pada waktu ini makmal-makmal di kawasan red zone memang sudah terlalu tepu dan kita akan terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan keputusan.

Secara am nya ujian RT-PCR diterima semua pihak untuk urusan pengurusan seperti tuntutan perkeso, naik kapal terbang, merentas negeri dari red zone dan lain-lain. Manakala RTK pula hanya diterima oleh sebahagian pengurusan.

Untuk kepastian, tanyakan pihak yang korang berurusan jenis ujian mana yang mereka terima. Kerana setiap dari mereka ada SOP tersendiri.

Justeru itu, kalau korang ada gejala covid-19 nie, cepat-cepat buat swab test tau! Ataupun hubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan laporkan gejala korang. InsyaAllah dorang akan bantu korang. Jangan terlambat atau buat sambil lewa. Takut menyesal dikemudian hari.

Post a Comment

0 Comments