Assalamualaikum

Berhenti Kerja Pada Usia 26 Tahun | Tidak pernah fikir dan terlintas dalam fikiran yang aku akan buat keputusan berhenti kerja. Sebab aku sangat suka bekerja dalam environment yang selesa dan bukan environment yang penuh dengan tipu helah.

Selepas 4 tahun, 4 bulan dan 2 minggu, akhirnya 24 Mei 2021, aku secara rasminya berhenti kerja. Aku tidak lagi memegang jawatan IT Assistant/Reservation Clerk/Sales Assistant. Aku lepas tiga jawatan yang aku pegang itu.

Berat? Tidak! Bukan keputusan yang berat untuk aku putuskan. Kerana terlalu banyak makan hati aku yang aku alami. Politik kerja sangat memberi impak negatif! Selepas aku bertahan dan kaki jilat terlampau ramai membiak, akhirnya aku berhenti.

Berhenti bukan bermakna aku kalah. Tetapi aku berhenti kerana aku tidak lagi ingin berkolaborasi dengan manusia Tuhan. Depan dia intan, belakang dia syaitan! Disana aku jumpa siapa kawan dan siapa lawan. Siapa teman dan siapa musuh dalam selimut.

Dari perspektif yang berbeza, aku terima je manusia Tuhan yang ada tu. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman dan pengajaran dalam mencari sahabat. Aku tidak marah tetapi untuk melupakan apa yang orang-orang dah khianat aku, aku takkan pernah lupa. Memaafkan? Ambil masa yang sangat lama mungkin.

Sekarang aku dalam fasa pencarian kerja baru. Tetapi dalam masa sekarang, aku cuba memberi fokus untuk kemaskan blog dan jadikan blog sebagai jalan utama untuk aku mencari rezeki, bukan lagi sampingan. Dan aku juga mengambil upah graphic design untuk poster, flyers, banner dan lain-lain.

Doakan supaya urusan aku dipermudahkan ya! Aku nak mencari yang betul-betul sesuai. Kalau boleh, majikan yang jaga kebajikan pekerja, dapat berikan kerjasama yang sepatutnya dan tidak pentingkan diri sendiri.